LoveStory.com
By najibah_awang
SETIAP cinta itu ada ceritanya
tersendiri. Cerita yang meraikan dua insan untuk jadi satu. Cinta yang membuka
mata sebagai sahabat dan menghargai antara satu sama lain. Jadi, lovestory.com
sebagai bahan cerita cinta yang mewarnai sang pencinta.
********************************************************************************
CERPEN SATU – JIKA AKU ISTERIMU
MENJADI isteri itu adalah impian
setiap wanita yang single. Begitu juga dengan aku, aku masih lagi belajar di
Sekolah Menengah dan berada di tingkatan Empat. Muda kan ?
Aku sekarang sedang membuat buku
to-do list aku jika aku bergelar isteri nanti. Bermula dengan makan bersama,
candle light dinner dan sebagainya. Aku sekarang memang single sejak lahir.
Tiada siapa pun yang minat aku sejak di bangku sekolah rendah lagi sebab aku
terkenal sangat dengan title “budak pandai” rasa macam menyampah gila lahai dengan
title ni.
Sebab itu, tiada siapa yang berani
menyapa aku, apatah lagi, ajak “couple” kan ? haha. Aku pula memang jenis
taksub dengan cerita-cerita cinta ini lebih-lebih lagi, novel dan rancangan
televisyen jam tujuh malam itu.
“Hoi,
Rin, aku nak pinjam buku kau. Nak tiru!”
“Tak
baiklah tiru-tiru kerja orang!”
“Hah!
Peduli pula aku! Bagi sini cepat!”
Haikal memang jahat, suka sangat
tiru semua kerja sekolah aku. Bukannya nak berusaha buat sendiri. Dah la gemuk!
Suka sangat buli aku pula tu! Haikal ini kawan aku sejak tadika lagi dan dialah
orang paling pemalas dalam dunia bab-bab belajar ini.
***************************
DI taman permainan.
Aku sedang sibuk membuat buku cantik
aku to-do list tercinta ini. Hari ini, aku lukis gambar pergi tengok wayang
bersama. Almaklumlah, aku orang kampong, tak pernah pun tengok wayang. Kalau
orang bandar ni, mesti rasa pelik kan. Tetapi aku tahulah wayang itu apa.
Haha.Jangan cakap aku tak tahu pula ya!
“Hoiii!”
“Pekaklah
telinga aku Haikal!”
“Eeee..
geli gila next step, pergi tengok wayang bersama-sama”
Aku terus tutup buku aku itu. Jahat
betul Haikal ini. Konfem esuk habis dibahannya satu sekolah! OMG!
“Korang
semalam kan, Rin itu kan dia kan… buat to-do list as isteri~”
“Tidddddddddddaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk!”
Tercungap-cungap aku bangun daripada
tidur pasal si malaun gila itu. Berkali-kali aku istighfar. Rupanya-rupanya itu
mimpi. Aku doa cepat-cepat biar Haikal boleh lupa semuanya. Amin! Aku kembali
menyambungkan tidurku.
Keesokan hari, aku berdebar-debar
rasa tidak selesa sebab takut Haikal buat onar pula kat sekolah. Mati la aku
mesti kawan-kawan sekolah cop aku sebagai perempuan miang nak kahwin.
Loceng sekolah yang terakhir telah
pun bunyi, tiada apa pun yang berlaku. Haikal dah lupa agaknya, bisik aku
sendirian.
“Rin.Rin.Rin.
Nak pinjam buku semalam.”
“Buku
apa kau ni,Haikal?”
“Buku
to-do apa tah. Aku nak juga tengok apa yang beria-ria kau buat. Haha”
“Buku
itu rahsia. Kau tak yah nak sibuk nak tahu bagai!”
Haikal pergi dengan motosikalnya
sambil tersengih-sengih. Aku terus menuju ke rumah aku. Aku belek semula buku
to-do list aku. Hehe. Aku terbayang jika aku isterinya Lee min ho yang segak
dan bergaya itu, habis satu sekolah kejar aku nak minta signature dia. Tak
boleh! Tak boleh!
Jika aku ini isterinya seorang
dokter, mesti hidup aku senang. Kalau sakit, boleh manja-manja, haha! Eh! Tak
boleh juga, aku kan nak jadi dokter. Tak boleh! Tak boleh! Pekerjaan suami
isteri tak patut sama.
Jika aku isterinya seorang pilot,
pergh! Mesti seronok, dapat jenjalan atas awan free. Lagi satu, bila
saudara-mara tanya laki kerja apa, mesti konfiden je aku nak jawab. Yelah kerja
pilot kot! Okey, set! Suami aku mr pilot!
********************
10 tahun berlalu….
New Zealand. 4 April.
“Cepat
lah dokter Rini! Cepatlah dokter. Kita hampir nak terlepas pesawat ni!”
“kejaplah
sayang oi! Nak update insta story dulu!”
Sayang? Kejap. Kejap. Ini bukan
suami aku ya. Ini pembantu peribadi aku yang sangatlah suka membebel. Itu
memang kerjanya paling tiptop sepanjang dia jadi manager aku.
Manager? Ya. Aku bukan artis ya. Aku
dokter Arini. Setelah lama aku menghabiskan pelajaran aku di United Kingdom,
aku masih single sejak daripada lahir. Dah tu, aku kan demand sangat nak kan
sangat encik pilot! Walaupun duk ulang-alik UK dengan Malaysia tiada pula pilot
yang terpikat dengan aku! Aku doakan jodoh aku ada kat dalam pesawat yang aku
naik ni nanti.
“Attention
to passenger. Koh! Koh!”
Pengumuman ditunda, yang
jurupengumum itu terbatuk-batuk dan sesak nafas. Aku tanya pada pramugari dan
pramugari membawa aku ke pintu hadapan pesawat yang mana tempat itu hanya khas
untuk para juruterbang. Aku hanya fokus pada pesakit itu sahaja. Aku memberi
rawatan yang sekadar mampu dengan alatan aku yang minimal. Akhirnya pesakit itu
diletakkan dibahagian belakang, bersebelahan dengan kerusi aku.
Setelah beberapa jam, kami telah
sampai di Malaysia. Aku pula rushing sebab aku ada mesyuarat dengan pihak
tertinggi hospital.
“Dokter!
Dokter!”
Aku menoleh belakang seorang pilot
memanggil aku. Aku memalingkan muka aku dan tunggu dia berhadapan dengan aku.
“Terima
kasih banyak.”. katanya sambil tersenyum manis.
Aku tercengang. Tercengang sebab dia
masya-Allah handsome sangat-sangat! Aku terus berlari ke bilik air untuk
melihat keadaan aku masa itu. Aku lihat makeup aku terletak tak? Ke dah cair
macam ais?. Okey. Terletak. Memang terletak. Cantik juga anak pak cik Seman ni.
Manager aku berlari-lari ke arahku dan bertanya keadaan aku lalu dia memberikan
sekeping kertas.
“018-9667845
Call saya. Saya nak balas budi awak.”
Aku sekali lagi tercengang. Perasaan
tengah bercampur baur. Hati pula berdegup laju. Mr pilot yang ditunggu-tunggu.
Aku terus rushing mendapatkan proton persona aku lalu bergegas ke hospital.
Ketika
di rumah, aku memikirkan semula tentang kertas tersebut.
‘balas
budi aku?’ monologku sendirian.
‘aku
kan dokter. Dah memang tugas aku kot. Tapi bila lagi aku dapat peluang camni.
Boleh jumpa mr pilot aku.’
“Hoiiii.
Rin. Kau berangan apa weh?!” kata-kata leeya, manager aku juga roommates dan
housemates aku membuatkan monologku lenyap ditelan masa yang ligat berputar.
“mana
ada apa-apa”
“tipu!”
“yelah!!”
“kau
berangan nak berjodoh dengan Mr Pilot kan ???”
“mana
ada wey!”
“pergi
jela wey berjumpa dengan dia. Bila lagi kau nak dapat peluang ni. Call cepat
sementara dia tak fly kat mana-mana.”
“ye
juga eh. Okey. Okey. Aku try.”
Tanganku bergetar menekan keypad di
telefon bimbit aku. Aku cuba menelefon beliau, Mr Pilot. Hati aku berdegup
kencang. Tiba-tiba,
satu panggilan masuk terlebih dahulu daripada Haikal.
“ish!
Sibuklah mamat ini!”
Aku
menolak panggilan Haikal dan terus menekan semula Mr Pilot. Dapat disambungkan.
Tiba-tiba, satu panggilan lagi masuk. Kali ini ibu aku pula yang menelefon.
“Hujung
minggu ni Rin balik tak? Ni mak mertua nak jumpa Rin ni.”
“ha?
Tang bila pula Rin ada mak mertua ibu….”
“Eh!
Bakal mak mertua, aduh mak silap pula! Hujung minggu ni kamu bertunang.”
“Ibuuuuuu!!!
Mana boleh macam tu ibu!”
“kalau
nak reject ke apa ke, balik awal!”
*******************************
Panggilan daripada ibu terputus.Aku
jadi makin serabut. Serabut dengan macam-macam. Aku mendiamkan diri. Memikirkan
segala hal. Siapalah yang rajin nak jadi mak mertua aku ini! Rasa marah mula
membuak. Memang aku sudah 26 tahun, tetapi aku berhak kan, cari jodoh sendiri.
Mesti ibu tak percaya dengan aku.
Ring!
Ring! Ring!
“Ye
apa dia lagi kau nak Haikal!”
“Ye.
Saya bukan Encik Haikal. Saya Encik Muhammad Soo Ho. Ni Dokter Rin ke?”
“
ye saya. Siapa ni ya? Saya kenal ke ?”
“Eh.
Tanya kita pula. Awak yang call saya.
Saya pilot yang awak selamatkan pagi tadi. Ingat tak? Saya ingat nak
balas budi awak.”
“Ohh!
Ohh!”
‘apa
pasal la dengan aku ni ya Rabbi!’ aku menampar muka aku sendiri.
“Dokter.
Dokter dengar tak ni?”
“ye
saya dengar.”
“maaflah
saya ganggu dokter. Saya nak ajak dokter makan sebelum saya fly ke Spain
nanti.”
“oh
boleh! Boleh!”
The Warung Café. Jam 8 malam.
AKU
dah pun bersiap dengan tudung ariani baru beli pagi tadi, dengan lipstick aku
dan make up aku yang disiapkan oleh Leeya. Aku memakai jubah supaya nampak
tinggi hahaha. Aku sedang menunggu Mr Pilot aku sambil aku menikmati
pemandangan bandar di waktu malam.
“Peep!”
bunyi petikan jari manusia. Aku menoleh. Mr Pilot aku memberikan sejambak bunga
dengan senyuman yang sangat lebar.
“Hai.”
Maka bermulalah kami berkenalan. Dia
memberitahu aku namanya begitu kerana dia mempunyai kacukan melayu-korea.
Ayahnya korea manakala ibunya melayu. Dia saling tak tumpah macam rupa-rupa
artis korea. Dia juga berkata dia bersyukur aku selamatkan dia waktu tu. Dia
juga banyak bercerita tentang perkara-perkara yang membuatkan dia sakit. Aku
tak tahu dan tak leh nak kata dia sakit apa sebenarnya. Haritu pun, aku hanya
lakukan CPR sahaja. Dia sempat bertanya kepada aku.
“Siapa
Haikal sebenarnya?”
“Ah.
Tu kawan saya, dia telefon saya malam tu. Itu yang saya ingatkan awak tu.”
“oh.
Bukan boyfriend ke?”
“bukan
lah! Jadi dokter ni tak sempat nak bercinta sana sini.”
“tapikan
you sempat singgah kat hati I.”
Aku terus terdiam dan ketawa
seikhlasnya. Kalau lah betul semua tu Soo Ho, aku dah lama ajak kau jumpa
parents aku! Dia juga menghantar aku pulang ke rumah sewa aku. Aku
melambai-lambai tangan dan mengucapkan terima kasih. Jauh daripada sudut hati
aku, aku ingin bertemu lagi dengan dia. Terasa macam ada satu chemistry dengan
Mr Pilot ni.
Jika aku isterinya Mr Pilot, apa
yang akan jadi eh? Aku akan dapat fly kat mana-mana free ke? Atau aku kena
berhenti kerja aku? Atau aku akan hidup sorang-sorang sebab dia asyik fly je.
Kalau dia hilang macam MH370 tu macam mana eh? Kalau kapal terbang meletup
macam MH17, macam mana pula ? Cepatnya
aku menjanda! Alah! Entah-entah dia pun dah ada awek. Yelah, dia kan mesti dah
ade awek punya. Mr pilot kan selalunya playboy sebab diaorang kan
handsome-handsome. Aku pula tak pernah bercinta, kalau aku terlebih jealous
macam mana pula! Haih! Keliru weh!
Ring! Ring! Ring!
Haikal menelefon aku. Aku menolak
panggilan dia. Apa bendalah dia nak ni!
Dia menghantar sms kepada aku.
“Woi
angkatlah phone tu gila!”
Aku menelefon dia semula. Maka,
bermulalah perang kucing anjing ni.
“Apa
benda orang gila!”
“oh
kau gila kan aku pula eh, kau tu pekak kea pa weh!”
“masalahnya
kau nak apa Encik Haikal oi?”
“aku
nak kau jangan balik hujung minggu ni!”
“wey
ade apehal pula! Mak aku suruh aku balik!”
“kau
jangan baliklah gila! Kau tak tahu lagi ke hah?! Ke buat-buat tak tahu ni!”
“tahu
apa bendanya gila!”
“Bakal
mak mentua kau tu, mak aku lah gila!”
“serius
lah wehhhhhh!??”
Aku tercengang! Aku terus mematikan
panggilan daripada Haikal itu, Apa kenalah dengan mak long aku yang seorang
ni?! Daripada kecil lagi dia asyik nak mengenakan aku dengan anaknya, Haikal
Hazmi itu. Aku ni kalau boleh tak naklah kawin sepupu. Dah la sepupu, satu
tempat kerja, satu sekolah dulu, satu university pula. Haih! Meluatlah aku
tengok dia tu kat mana-mana ada! Jadah apalah Puan Seri Hajah Syarifah Rahimah
ni. Dia businesswoman kot, banyak lagi kenalan yang dia kenal. Kenapalah nak
aku juga jadi bakal menantu dia ni! Aduh.
Nak pecah kepala aku,
Ting!
Bunyi satu mesej whatsapp masuk
daripada Soo Ho.
“Good
night awak!”
Aku
still tak boleh tidur dengan masalah yang haru biru macam ni. Aku masih
memikirkan caranya bagaimana aku tidak diperjodohkan dengan Haikal si beruk tu!
Haikal tu memang tak berhati perut kalau dengan perempuan. Itulah sikap dia
yang aku tak berapa suka.
‘Aku takkan kahwin dengan mamat tak
guna tu, si Haikal itu!’
‘kalau aku ajak So Hoo kahwin dia
nak ke?!’
‘alahai kitaorang tak serius pun tak
lagi cemana, aduh!’
‘biarlah tidur jelah senang!’
Monolog aku sendirian yang tidak
tahu entah bila akan habis dek masalah yang berbagai-bagai. Masalahnya esuk itu
sudah masuk hari minggu. Malasnya nak balik kampung, nak kena dengar bebelan
orang tua aku tu.
Antara ayat yang akan dilontarkan
nanti ialah:
“Kau
tu dah 27 tahun. Kawan-kawan kau semua dah beranak pinak dah! Kau still solo
lagi!”
“nak
jadi andartu ke?
“siapa
lagi yang nak ke kamu kecuali anak mak long je lah!”
**********************************
(jumpa next page ya) :)
No comments:
Post a Comment