“Kadang-kadang perkahwinan yang tidak ada
cinta tapi punya restu ibu ayah itu lebih berkekalan sampai syurga berbanding
punya cinta sebelum kahwin tetapi akhirnya cerai berai. Kerana cinta itu boleh
disemai, nak. Kau fikirkanlah kata-kata ibu ni ya.”
Ayat yang selalu hadir dalam minda aku yang
kosong ini. Mana tidaknya aku kan satu-satunya
anak perempuan Pak Cik Mad Ghani. Aku pun berjalan dan aku ternampak Haikal
sedang merawat patient aku. Bang Leman. Aku perhati sahaja cara dia merawat
patient aku itu.
“Kenapa dia yang ambil alih kerja aku pula, eh?”
Monologku
sendirian. Aku perhatikan dia sangatlah ramah dan baik dengan Bang Leman.
Banyak pula yang dibualkannya itu.
Tiba-tiba,
tangan aku tertepis pasu bunga kaktus yang diletakkan berhampiran dengan bilik
Bang Leman. Bang Leman dengan Haikal terkejut dan memandang ke arah pintu wad.
Aku tak sempat untuk melarikan diri kerana ia betul-betul jatuh di atas kaki
aku.
“Aduh, sakitnya!” jeritku kepedihan.
Haikal
keluar daripada wad dan melihat ke arah aku.
“Puan, sakit apa puan? Sakit kat
mana satu?”
Mataku
menjengil ke arahnya. Dia ketawa terbahak-bahak.
“Kau rupanya, Dokter Rin! Kau buat
apa ni?”
“Puan kau kata kat aku! Aku tak
kahwin lagi tau!"
“Hahaha. Dah tu, kau buat apa ni?
Spy kitaorang ke?”
Aku
menjeling dia. Dia memanggil jururawat untuk membantu saya bangun. Nasib
baiklah tidak ada yang lebam mahupun patah di kakiku. Cuma sakit sedikit sahaja
tetapi masih boleh berjalan seperti biasa. Aku terus masuk ke wad Bang Leman.
Haikal juga ada di situ mencatat semua informasi kesihatan Bang Leman.
“Hai Dokter Rin! Dokter Haikal
inilah dokter yang merawat saya selama ini. Baik dokter Rin ni, Dokter Haikal
masih single lagi kan?”
“Bang Leman kena banyakkan berehat.
Makan makanan yang sihat ya. Perlu jaga kesihatan jantung itu!”
“Dokter Haikal ini dengan Dokter Rin
sama-sama single kan?”
Aku
hanya membalas senyuman sahaja pada Bang Leman. Bang Leman menyambung
kata-katanya.
“Eloklah itu, korang ni nampak
serasi sangat. Bang Leman doakan korang dapat anak yang ramai ya!”
Kuat
Dokter Haikal berdehem. Aku hanya mengaminkan sahaja apa yang dikatakan Bang
Leman. Seterusnya aku keluar daripada wad Bang Leman dan menuju ke wad aku.
***********************************
ESUK,
aku sudah boleh keluar daripada wad dan sudah boleh bekerja seperti biasa.
Gembira betul aku rasa. Dokter Haikal masuk ke wad aku dan memeriksa aku buat
kali terakhir. Dia memeriksa luka aku. Aku menepis tangannya.
“Aku dah sihatlah!”
“Okey fine. Aku kena buat report
pasal kau ni. Ya, Puan Ariani?”
“Cik lah! Bukan Puan!” jeritku
dengan nada yang sangat geram dengan sikap Haikal ini.
“Yalah.Yalah”
“Haikal, kenapa kau tak tolak eh,
keputusan mak kau? Tak boleh ke kau tolak? Kau boleh kan berbincang dengan mak
kau?”
“Aku tak boleh tolak. Aku ada sebab
kenapa tak boleh tolak. Kau lah kena tolak pinangan tu, kau kan perempuan.
Lagipun, aku tak nak kahwin dengan orang macam kau ni!”
Aku
mendengus kuat dengan berdehem sekali. Geram! Kata-kata dia tidak pernah
melembutkan hati aku. Dia memang tidak boleh bawa berbincang. Aku memeriksa
telefon bimbit aku, tiada satu pun mesej daripada Soo Ho. Aku berasa sangat
sedih tetapi aku tabahkan hati aku. Karier sebagai seorang Mr Pilot bukanlah
mudah untuk berinteraksi apatahlagi ketika dia sedang membawa kapal terbang.
“Hah, siapa tu? Pak we lah tu!”,
kata-kata Haikal yang memecahkan lamunan aku seketika tadi.
“ Ya. Kau sibuk apa. Aku pun tak
inginlah nak kahwin dengan orang macam kau ni.”
Haikal
menarik muka sambil membuat muka keji. Dia keluar daripada wad aku dan aku
masih menunggu Leeya. Leeya akan mengambil aku di wad itu.
Beberapa
minit kemudian, Leeya hadir dengan membawa laporan-laporan daripada pesakit
yang perlu aku segera merawat mereka. Leeya juga membawakan kot dokter dan aku
terus meluru ke wad yang berdekatan. Sementara aku menunggu Leeya seketika
tadi, aku menaip sesuatu kepada Soo Ho. Entah mengapa aku rindu kepadanya. Padahal
hanya seketika aku berjumpa dengannya.
“Wherever you are, I hope you in
good condition. Take care yourself and don’t forget eat!”
********************
JAM
sepuluh malam, aku masih di hospital kerana waktu operasi aku di waktu malam
untuk hari ini. Aku melihat semula telefon bimbit aku. Tiada apa-apa balasan
daripada Soo Ho. Aku mula merasa risau dengan keadaanya. Aku takut pula dia
sakit lagi. Aku terpikir juga dia berada di mana ya. Aku keluar daripada
pejabat aku dan melihat ke arah langit dan aku nampak sekilas kapal terbang
lalu aku melambai-lambai tangan. Memanglah tidak nampak tangan aku itu. Tetapi
aku yakin, Tuhan pasti kirimkan rindu aku padanya.
Aku
solat isyak dan solat hajat. Aku berdoa bersungguh-sungguh tentang persoalan
jodoh ini.
“Ya Allah, jika Soo Ho itu jodoh
aku, maka Kau permudahkanlah segala urusan kami untuk bersatu, tetapi Ya Allah
jika dia bukan jodoh aku, datangkanlah jodoh yang lebih baik daripadanya untuk
aku.”
Aku
keluar daripada surau dan terlanggar dengan Dokter Haikal.
“Tepilah kau ni apahal?!”, jeritku.
“Aku nak bagi ini. Kau punya kan,
to-do list apatah. Hai kau kan dah besar camni pun nak ada to-do list apatah
ni.”
Mataku
terbeliak. Buku to-do list as wife itu jatuh kat tangan Haikal. Si mamat
annoying itu! Aku kaku dengan kata-kata dan mengambil buku daripda tangannya
dengan laju lalu aku teru meluru ke pejabat aku. Aku menutup pintu dengan cepat
dan menarik nafas dengan kuat. Terkejut aku. Aku mula berfikir bagaimana dia
dapat buku tersebut. Haih! Buku ini aku tulis daripada tingkatan empat kot!
Haih!
Aku mula membelek satu persatu buku
tersebut dan tiada kesan contengan atau apa-apa dala itu. Alhamdulilah dia
tidak merosakkan buku kesayangan aku ini. Aku terus meletakkannya dalam laci.
Aku berdengus. Aku melihat telefon
bimbit aku. Masih tidak ada mesej daripada Soo Ho. Aku tidak berputus asa. Aku
menghantar gambar pejabat aku dan membuat caption,
“Ini pejabat saya, saya masih
bertugas walaupun sudah jam 11 malam. Awak kat sana tengah bertugas juga ke?”
Mesej
sudah dihantar. Aku berlalu pergi meninggalkan pejabat aku dan merawat
pesakit-pesakit aku di wad kecemasan.
*********************
ESUK.
Aku mendapat penggilan daripada Soo Ho sebanyak tiga kali tetapi aku tidak
menjawabnya kerana aku sedang lena dalam mimpi aku. Yalah, dokter ingin tidur
sekejap sahaja pun susah. Kali keempat dia call aku, aku menjawab dalam keadaan
mamai.
“Ya, wad mana pula ni? Nanti saya ke
sana!”
“Ariani? Are you there? Soo Ho ni.”
“Soo Ho mana pula ni? Mamat korea
ada ke kat hospital kita ni, nurse oi?”
“Ariani. This is Soo Ho. The Pilot.
Are you remember me?”
Aku
terbeliak dan mamai tadi sudah hilang daripada minda aku. Entah datang daripada
kecerdasan minda ini. Terasa bagai dalam
mimpi sahaja dapat bercakap dengan Mr Pilot ini atas talian walaupun pada jam 4
pagi ini.
Kami berbual banyak perkara malam
itu, rupanya dia di London, dan di sana waktu maghrib. Kami berbual sehingga
tidak perasan azan subuh sudah masuk. Dia sempat memberitahu aku dalam seminggu
lagi, dia akan pulang ke Malaysia. Dia ingin berjumpa dengan aku. Dia juga
berasa gembira apabila aku banyak memberi mesej-mesej kepadanya.
Aku berasa sangat gembira sehingga
aku ditegur oleh beberapa jururawat di hospital tempat aku mencari rezeki ini.
Haikal juga menegur kegembiraan aku itu. Aku berasa gembira. Adakah ini cinta?.
Aku sudah nekad jika Soo Ho datang ke Malaysia nanti, aku akan bawa dia
berjumpa dengan ibu dan ayah aku. Mestilah!
Berdebar-debar pula rasanya. Aku
mula melukis lagi di dalam buku to-do list as wife ini. Aku melukis gambar
seorang dokter juga seorang Mr Pilot. Aku menulis lagi, “sehingga sampai ke
jannah!”.
************************************
DOA aku dimakbulkan. Aku sudah pun menjadi isteri Soo Ho yang sah. Aku juga sudah
menjadi isterinya yang sah selama tiga bulan. Dia masih berjuang sebagai
seorang Mr Pilot. Perkahwinan kami kecil-kecilan sahaja. Dia berjumpa dengan
ibu dan ayah aku dan dia bernekad untuk memperisterikan aku. Aku bersyukur
kerana dia menjadi suami yang terbaik dalam hidup aku. Tetapi aku masih tidak
tunjukkan padanya lagi buku to-do list aku itu. Bagaimana aku nak meluangkan
masa dengannya?
Aku
sangatlah sibuk. Dia jangan dikata, balik Malaysia beberapa hari sahaja.
Kemudian, ke seantero dunia. Bagaimanalah aku mahu luangkan masa dengannya.
Sesungguhnya aku sangatlah merinduinya. Aku hanya berjumpa di Skype sahaja. Itu
pun berlainan masa, kadangkala sekejap sahaja aku bercakap dengannya kerana aku
ada kes kecemasan.
****************************************
BERITA
TV5 mengatakan bahawa ada pesawat terhempas di Filipina. Jantung berdegup laju.
Aku mendengar berita tersebut dengan teliti. Ibu aku pula menelefon aku.
“Soo Ho kemalangan, Rin!”
Hati
aku bagai masuk pecah. Aku terkedu lagi tidak percaya dengan berita itu. Air
mataku deras mengalir laju daripada aku betapa aku sangat sedih dengan berita tersebut.
“Kamu bersabar ya nak, ini ujian
daripada Allah. Kamu jangan lupa berdoa!”
Aku
mematikan telefon aku dan aku bergegas berjumpa dengan Pengarah Hospital aku.
Aku ingin ke Filipina sekarang juga. Pengarah tidak bagi kerana banyak lagi
pesakit di sini yang memerlukan rawatan berbanding di sana. Pastinya ada dokter
lain membantu di sana. Aku bertambah geram. Aku nekad. Aku terus membeli tiket
untuk ke Filipina. Aku tidak lagi peduli kata-kata Pengarah itu.
**************************************
DI
Filipina. Aku terus meluru ke Hospital berkenaan. Aku meminta pihak hospital di
sana untuk bertugas di situ. Aku juga seorang dokter. Untungnya pihak hospital
di sana sangat mengalu-alukan kedatangan aku katanya kurang dokter di sana. Aku
merawat satu persatu pesakit di situ, ada yang cedera patah tangan, patah kaki,
ada juga yang meninggal dunia. Namun aku masih tidak dapat mencari Soo Ho. Air
mataku terus mengalir. Pesakit aku yang merupakan anak kecil berusia tujuh
tahun itu, mengelap air mataku.
“Jangan menangis dokter. Nanti kita
berjumpa di syurga.”
Budak
itu benar-benar meninggal dalam pangkuan aku. Aku membuat pelbagai cara dan dia
sudah tiada lagi. Aku doakan yang terbaik untuk dia. Aku berlari ke arah mayat
yang bergelimpangan, aku mencari satu persatu Soo Ho. Suami aku!
Soo
Ho sedang dirawat oleh seorang dokter. Aku memangku Soo Ho dalam pangkuan aku.
Dia memandang aku. Keadaannya sangat teruk. Kakinya cedera parah, begitu juga
dengan darah yang mengalir daripada kepalanya. Aku menekan luka-lukanya agar
darah tidak keluar dengan terlalu banyak. Aku masih menangis. Air mataku
menitis di atas muka Soo Ho. Mukanya semakin pucat dan bertambah pucat.
Aku
masih menangis sambil berdoa kepada Allah agar menyelamatkan suami aku. Dia
menyentuh muka aku dengan tangannya yang berdarah sambil berkata,
“ I love you. But Allah loves me a
lot. LailahaillahAllah”
Soo
Ho sudah pergi menghadap Illahi. Aku memeluk jasadnya dan menangis sekuat hati
aku. Aku sangat merinduimu, Soo Ho. Suami aku, suri hati aku. Aku menyapu
mukanya sambil berselawat ke atas nabi untuk menutup matanya. Keras. Kaku.
Sejuk. Itu perasaannya memangku seorang mayat.
Kedua
belah kakinya cedera parah, tulang semuanya hancur. Aku bersyukur, aku masih
sempat ditemukannya sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Aku juga
bersama-sama dengan kedua mertua aku juga ibu ayah aku mensolatkan, memandikan,
dan mengkafankan Soo Ho. Allah benar-benar menyanyangi Soo Ho. Dan aku yakin
dia juga menyanyangi Allah lebih daripada segala-galanya.
********************************************
Hampir setiap hari aku mendoakan dia
berada dalam kalangan orang yang beriman dan para syuhada. Aku menangis setiap
kali menatap gambar perkahwinan kami. Aku juga sudah berhenti kerja. Aku bagai
tiada semangat untuk bekerja semula. Aku tinggal bersama ibu ayah aku sekarang
ini. Aku banyak termenung mengenangkan kisah-kisah bersama beliau.
“Kamu doakanlah untuk dia, Ariani.
Doa seorang isteri pasti makbul untuk suaminya. Hah, ibu nak tanya ini. Kamu
sudah lama kan, tidak datang haid? Rasanya sudah tiga bulan ibu nampak kamu solat. Kamu mengandung
ke, Rin?”
“Ya juga ya ibu. Rin pun tak
perasanlah ibu. Ibu boleh kan, teman Rin pergi buat check-up di
hospital?”,kata-kataku yang dibalas dengan anggukan dan senyuman daripada ibu
aku.
*********************
“Tahniah Ariani. Kamu mengandung
tiga bulan. Pastikan kamu menjaga kandungan kamu dengan baik ya?”
Aku
terkedu. Ingin sahaja aku berkongsi cerita dengan Soo Ho tetapi apakan daya dia
sudah tiada. Aku pergi ke kuburnya selepas aku pulang daripada klinik. Aku
menceritakan perihal yang aku mengandung anaknya.
Aku
dijaga dengan baik oleh ibu aku dan ayah aku juga. Daripada pemakanan sunnah,
pemakanan berkhasiat, senaman untuk ibu mengandung dan semuanya dijaga baik
dengan ibu aku sendiri. Sudah tiba saatnya untuk melahirkan anak ini. Aku sudah
ditahan wad. Aku berdoa sungguh-sungguh semoga anak ini dapat dilahirkan di
dunia ini dengan baik dan selamat.
***********************
AHAD.
Pagi ahad, itulah hari lahirnya. Aku ingin memberikan namanya, Muhammad Soo
Rayqal bin Muhammad Soo Ho. Comel sekali anak ini dan dia sangatlah menyerupai
ayahnya Soo Ho.
Sudah
dua bulan berpantang, rombongan meminang daripada Haikal tiba di rumahku. Ingin
meminang aku. Aku serahkan hal itu kepada kedua orang tua aku. Dan mereka
bersetuju. Maka. Berlansunglah perkahwinan aku dengan Haikal. Perkahwinan yang kecil-kecilan
sahaja. Perkahwinan kedua buat aku. Manakala perkahwinan yang pertama untuk
Haikal.
“Sayang.
Ini nak bagi sesuatu ini.” Kata Haikal sambil menyembunyikan sesuatu
dibelakangnya.
“Jeng.
Jeng. Jeng.”.
Buku
to-do list as wife yang sudah lama aku tidak buka. Aku tercengang dan mindaku
berputar-putar bagaimana dia dapat mencari buku tersebut. Bagi aku buku itu
telah hilang sejak aku berhenti menjadi seorang dokter dulu.
“Mana
awak dapat ini?”
“Awak
yang tertinggal dalam hospital itu. Leeya bagi kat saya.”
“Leeya
bagi kat awak? Kenapa dia tak bagi kat saya?”
“Leeya
nak ke luar negara masa itu, dia kan sudah jadi personal assistant untuk
pengarah kita itu.”
Aku
tersenyum sahaja. Haikal mendekati aku. Dia memegang tangan aku. Dia memandang
mata aku seraya berkata,
“I
can’t be Soo Ho. I juga tak nak you layan I macam Soo Ho. I know he is so
special in your heart. If Soo Ho suri hati you, I nak jadi pelindung you. Itu
pun dah cukup untuk I. I akan menjaga Rayqal macam anak I sendiri. I akan buat
semua to-do list ini dengan you. I nak kita buat dan merealisasikan semua
impian you dalam buku ini. Boleh?”
Aku
hanya mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-katanya. Jika dahulu aku
berangan jika aku isterinya Mr Pilot dan angan-angan aku menjadi sebuah kenyataan
walaupun hanya sekejap sahaja. Jika dahulu aku berkata aku tidak ingin menjadi
seorang isteri buat Haikal, kini aku sudah pun menjadi isterinya seorang
Dokter. Jika dahulunya aku berangan ingin menjadi seorang isteri kepada seorang
suami, tetapi sekarang aku mempunyai dua orang suami. Begitulah kehidupan jika
aku isterinya seorang Mr Pilot dan seorang Dokter.
Namun
aku sangat bersyukur, aku dikurniakan Rayqal untuk menjadi penghibur hati aku
dan juga aku dapat melepaskan rindu aku pada Soo Ho. Aku juga sangat bersyukur
kerana dikurniakan seorang
suami Dokter yang sangat prihatin padaku dan pada
Rayqal. Alhamdulilah ya Rabb.
-Tamat- [Jika Aku Isterinya-Cerpen 1]
p/s Terima kasih kepada yang sudi membaca entri ini. Semua ini fiksyen tiada mengena dengan yang hidup mahupun mati. Insya-Allah coming soon. second cerpen love story.
No comments:
Post a Comment