templet

Saturday, 5 August 2017

CERPEN KEDUA

CERPEN DUA- KEDUA VS PERTAMA



USAI pulang daripada pejabat, aku masih termenung mengenangkan kata-kata sahabat aku yang bernama Fakhrul itu.

            “Kau ini bila nak kahwin? Anak aku nak masuk tiga dah. Kau cepat-cepatlah kahwin, kesianlah dekat parents kau, diaorang kan kesepian.”.

Fikiran aku melayang sehingga ke Kampung Sialang, Tangkak. Terbayang wajah ibu dan ayah aku yang sudah tua dimamah usia. Walaupun begitu, mereka tidak pernah menyebut soal jodoh apabila aku pulang ke rumah. Adakah kerana aku ini seorang sahaja anak mereka? Atau sebab mereka hanya berserah sahaja semuanya kepada Illahi? Benarkah mereka berasa kesepian? Aku lihat mereka sentiasa kesibukan dengan haiwan ternakan mereka dan ayah pula sibuk dengan ikan ternakannya. Mana mungkin mereka berasa kesepian.

Memang tidak dinafikan usia aku juga sudah lanjut untuk memegang takhta teruna. Ramai rakan sebaya aku sudah bernikah dan mempunyai cahaya mata masing-masing. Manakala aku masih lagi teguh memegang takhta teruna. Bagi aku masih tidak lewat, aku yakin ramai lagi teruna tua di luar sana sebaya dengan aku. Oh, ya! Umurku sekarang sudah mencecah 32 tahun.

Memanglah aku menjadi bahan ketawa rakan-rakan aku. Aku juga selalu dikenengkan dengan rakan sekerja aku yang berusia 22 tahun, fresh graduate katanya. Afifah namanya, muda, sopan dan baik budi pekerti tetapi aku sangat yakin dia mesti tidak berminat dengan aku. Mana tidaknya jika aku minta fail rekod pelajar, dia tidak memandang aku lansung.

Soal jodoh aku tolak jauh-jauh biar Allah yang menentukan segala-galanya. Hidup dan mati ini juga kerana Allah. Jadinya, jodoh juga pasti Allah sudah aturkan yang terbaik untuk aku.

Sudah tiba di rumah, tempat aku berteduh dan tempat aku membersihkan diri aku. Aku pun masuk ke perut rumah dengan muka yang hampa dek mengenangkan kata-kata Fakhrul tadi.

“Hai balik dah, Sir Irwan ini! Apahal muka selebet je tu Irwan?”

            Aku membalas senyuman kepadanya. Rakan housemate aku, Roy. Itu nama poyo dia. Nama betul dia, Hassan. Jauh bezakan. Dia juga teruna tetapi dia muda lagi teruna segar lagi, umur dalam 27 tahun begitu.

            Usai aku mandi, punggung aku dilabuhkan di sofa empuk bersama Roy. Aku menonton televisyen sambil makan keropok Jack n Jill.

            “Eh kau itu sudah tualah. Umur dah lanjut. Cepatlah kawin Ridhwan! Mak nak sangat menimang cucu. Seronok sikit hidup mak. Ini kau kerja kat Kuala Lumpur tinggal mak sorang kat sini. Pastu, sekarang tidak kahwin lagi. Haih. Peninglah mak dengan kamu ni!”

            Dialog daripada cerita di televisyen yang menyentapkan sanubari aku, jiwa dan raga aku. Rasa seperti sebuah buku dihempukkan di atas kepala aku. Geramnya aku! Aku terus memandang Roy. Roy membuat muka pelik.

            “Hang dah kenapa, Irwan? Jangan syok kat aku weh. Aku teruna lagi. Suci bersih!”
            “Aku nak tanya hang, aku ni tua sangatkah nak bergelar teruna? Ke orang nampak aku macam dah beranak pinak?”
            “Taklah perasaan hang ja kot. Hang itu muda lagi. Baru 32 tahun! Boleh enjoy lagi!”
            “Tak adalah aku rasa aku dah tua lah. Kat sekolah itu, ramainya orang duk bahan aku cakap aku dah tua. Aku nampak tua sangat ke Roy?”
            “Aku rasalah hang kena gi work out sikit. Bagi ada muscle kat bahu tu. Baru meletop kau ni. Yan jambang tu buang dah macam tok aji manalah. Kalau nak simpan pun, biar kemas sikit. Barulah ada orang duk syok kat hang!”

            Aku menjeling dia lalu aku terus meluru ke hadapan cermin melihat setiap inchi badan dan muka aku.

                 “Handsome juga aku ni!”

            Tiba-tiba, Roy muncul di belakang aku. Menepuk bahu aku, membandingkan mukanya dengan muka aku di hadapan cermin itu.

               “Ubahlah Irwan. Kau handsome tetapi kalau kau kemas lagi handsome! Aku boleh tolong kau.”. 
           


******************

            ROY berjanji untuk membantu aku mengubah imej dan personaliti aku. Hampir setiap pagi kami pergi berjoging sekeliling kawasan perumahan aku. Selepas solat subuh sehinggalah jam 6.30 pagi. Kemudian, aku pergi ke sekolah pula. Jambang aku habis dicukur. Rambut juga dipotong ala-ala Christiano Ronaldo. Baju juga Roy yang pilih kalau pergi ke kerja. Tali leher mesti dipadankan sama dengan warna baju.

            Aku melangkah masuk ke bilik guru. Oleh kerana aku ini seorang yang agak chubby sedikit. Aku masih menjadi bahan ketawa rakan-rakan aku. Apatah lagi dengan imej yang begitu. Baju aku sedikit ketat nampak pula kebuncitan perut aku itu. Aku malu sebenarnya tetapi aku hanya membuat cool sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

            Begitulah hari-hari seterusnya. Ada juga yang memberikan aku semangat dan ada juga yang rajin mengenakan aku. Ada yang sibuk menabur kata-kata yang mengatakan aku minat kepada Afifah, guru baru itu. Kerana itulah aku berubah imej. Mulut orang dah ditutup susah. Melepas dan terus cakap macam berdas-das peluru menembak aku. Hanya senyuman sahaja aku tawarkan kepada mereka.

            Walaupun begitu, semangat aku tidak patah. Aku memang berhajat untuk berkahwin pada tahun ini dengan siapa itu aku tidak kisah. Aku juga berhajat nak kuruskan badan dan aku akan buktikan pada rakan sekerja aku yang aku juga boleh kurus. Mungkin bukan esuk, bukan lusa, bukan tulat. Aku yakin Allah itu melihat usaha hambaNya. Kenapa tidak aku kurus? Aku pasti boleh kurus.



***************


LIMA bulan berlalu, aku sudah kurus seperti yang aku impikan. Otot-otot lengan juga sudah terserlah. Aku juga tidak lagi membawa motor kapcai manakala aku membawa proton persona ke sekolah tempat aku mencari rezeki itu. Ramai juga anak-anak murid yang perempuan mahu bergambar dengan aku.

            Hari guru sudah tiba. Seperti tahun sebelum ini, aku hanya dapat beberapa hadiah sahaja tetapi sebagai guru bukanlah hadiah yang kita harapkan. Ikhlas itu lebih penting dan pastinya memberi keberkatan kepada anak-anak murid nanti. Aku tidak menjangkakan aku mendapat banyak hadiah dan hampir penuh tempat duduk di belakang kereta aku.

            Siapa sangka aku yang dahulunya mempunyai berat hampir 90kg sekarang pula aku hanya 60kg. Aku berasa sangat senang hati dengan perubahan aku ini tetapi masih lagi ada terasa kekosongan di ruang hatiku. Seperti ada yang kurang. Yang tidak dapat aku penuhi dengan pergi ke gim mahupun ke taman-taman.

            Afifah itu sudah bernikah dengan seorang peguam yang memang layak untuknya manakala aku juga tidak menaruh apa-apa perasaan kepadanya. Aku memandu kereta menuju ke rumah.

            Tiba-tiba, aku ternampak seorang gadis sedang membetulkan basikalnya yang rosak di tepi jalan dan dia membawa banyak barang bersamanya. Aku memberhentikan kereta aku, aku menyapa gadis tersebut. Dia memberikan senyumannya kepadaku. Katanya basikalnya rosak, dia hendak pergi ke pasar malam berniaga kuih muihnya.

            Bagi aku, apa salahnya menolong orang, mana tahu suatu hari nanti pasti Allah balas semula kebaikan aku dengan perkara yang baik-baik. Aku menawarkan dia menaiki kereta aku dan dia bersetuju. Manakala basikalnya aku letakkan di bahagian bonet belakang kereta. Aku bertanya tentang latarbelakang dia. Dia sangat peramah menjawab segala soalan dengan senyuman. Daripada ceritanya, dia tinggal di sebuah kampung bersama ibunya. Ayahnya sudah tiada meninggal dunia. Dia tidak menyambung belajar hanya Sijil Pelajaran Malaysia sahaja tahap tertingginya. Orangnya bersederhana dengan baju kurung dan tudung bawalnya.

*****************

AKU pulang ke rumah. Bayangan wajahnya masih di ingatan aku. Entah kenapa aku terasa ada chemistry dengan gadis itu. Aku meluru ke dapur dan minum segelas air yang ditinggalkan dalam peti sejuk lalu aku duduk sebentar di ruang meja makan. Tanpa aku sedari, senyuman aku terukir.

            “Irwan kau kenapa ni? Senyum senyum! Kau ada girlfriend eh?”
            “Banyaklah kau ni. Roy. Aku senyum ke tadi?”
            “Yalah. Tersengih sengih macam kera gila.”

            Aku terus menuju ke ruang kamarku. Aku tidak sempat pula mengambil nombor telefon gadis itu. Aku sangat yakin dia mesti masih gadis dan masih belum berpunya. Sama status dengan aku, yang masih teruna. Tetapi adakah dia juga merasakan perasaan yang sama dengan aku ya?

            Mungkin hanya aku yang syok sendiri. Biarlah jodoh yang berbicara. Jika ada jodoh, jika dia yang dititipkan untuk aku pastinya aku akan bertemu dengannya kembali.




*********************


BARANG dapur kebanyakkannya sudah habis. Mahu harapkan Roy membeli barang makanan di rumah, haram jadah! Dia itu tahu makan sahaja manakala akulah yang menjadi tukang masak untuknya. Aku minat memasak dan mahir dalam beberapa masakan.

            “Sos cili. Sos cili. Manalah kau?”
            “Aduh. Aduh. Encik. Encik pijak kaki saya.”
            “Maaf. Maaf. Saya tak sengaja.”

            Aku mengangkat kepalaku dan aku melihat gadis semalam itu berdiri di hadapan aku. Aku memandang wajahnya dan dia menunduk malu.

            “Awak yang semalam itu kan? Awak beli barang kat sini juga ya?”, tanyaku.
            “Haah. Barang nak buat kuih sudah habis. Awak?”
            “Cari barang dapur. Btw, nama awak apa ya? Boleh saya minta nombor telefon awak?”
            “Haha. Oh, isteri pesan ke tu?”
            “Eh, tak! Saya tidak ada isteri. Masih bujang. Single.”
            “Oh. Dahlia.”
            “Irwan.”

            Dahlia namanya. Dia pergi meninggalkan aku untuk mencari barang-barang kuihnya. Aku masih termenung melihat kelibat dia sehingga hilang daripada pandangan mataku. Aku terlupa aku masih tidak mempunyai nombor telefonnya. Bagaimana aku mahu berkomunikasi dengannya?

            Aku menonton televisyen di rumah. Barang-barang dapur aku biarkan di atas meja. Nanti-nanti aku kemaslah. Aku juga seronok mengunyah kacang kesukaan aku. Jari jemariku laju menekan alat kawalan televisyen.

            “Nama awak apa? Saya nak berkenalan dengan awak. Saya serius dengan awak ni.”
            “Dahlia. Awak datanglah rumah saya. Saya tunggu awak. Assalamualaikum.”

            Aku tercengang. Persis nama gadis yang muncul dihadapan aku tadi. Dahlia. Apahal lah hero dalam cerita ini seorang playboy? Haih. Tidak standing betul dengan aku yang teruna tulen ini. Haha. Televisyen ini seperti mahu memerli aku sahaja. Aku berniat ingin memperisterikannya. Aku nekad mahu pulang ke kampung untuk mengkhabarkan berita ini pada kedua orang tua aku.






***************


              “MAK, Irwan dah balik ni.”
            “Haih. Sampai juga kamu. Hambui, berubah sungguh anak mak ini. Siapa yang buat kamu begini ni. Haha”

            Terburai ketawa ibu aku melihat perubahan aku. Mana tidaknya dahulu gemuk, tidak pandai bergaya, selekeh namun sekarang, aku berbeza daripada semua itu. Manusia boleh berubah kan?

           Malam menjelma dan aku berada di ruang tamu dengan kedua orang aku. Dan aku mengungkapkan hasrat dan hajat aku. Aku melihat wajah kedua orang tua aku. Aku memerhati gelagat mereka. Aku bersedia mengatakan hasrat aku.

            “Mak, Ayah. Irwan mahu berkahwin.”
            “Alhamdulilah nak.”, serentak respons mereka berdua.
            “Mak ni cubalah tanya dulu siapa calon menantu mak itu?”
            “Kamu ada keinginan mahu kahwin pun dah cukup buat mak. Mak ingat kamu tak suka perempuan. Irwan. Irwan.”
            “Siapa bakal menantu Irwan? Bila nak masuk minang?”, pintas abah.
            “Dahlia namanya Mak,Ayah. Dia cantik. Sopan. Lemah lembut. Dia tinggal kat Selangor itu. Irwan rasa Irwan dah suka sangat dengan dia mak.”
            “Iya. Dia tu tinggal kat mana? Kampung mana? Jalan mana satu? Kamu pernah ke kenal orang tuanya? Anak orang itu Irwan. Kalau kamu suka dia, cari alamat dia yang betul. Nanti Mak dengan Ayah pergi masuk meminang dia.”
            “Seriuslah mak?”
            “Yalah. Mak nampak macam main-main ke?”

            Aku mengangguk-angguk tanda setuju dengan pendapat kedua orang tua aku. Tidak sangka mereka begitu suka dengar berita daripada aku. Mak dan Ayah bukan jenis yang suka memaksa. Mereka lebih suka serahkan pada masa. Mereka juga tidak mencarikan aku jodoh selagi aku yang tidak katakana padanya. Aku bersyukur. Masalahnya sekarang, manalah aku mahu cari seorang gadis bernama Dahlia ini!



***********


SELANGOR aku telah sampai di sini. Aku mengikut jejak jalan yang aku jumpa Dahlia di tepi jalan itu. Manalah tahu aku akan bertemu kembali dengannya. Kereta aku habis tawaf jalan tersebut. Akhirnya, aku berhenti di sebuah kedai runcit yang menjual barangan harian dan barangan dapur seperti bawang putih, bawang merah dan sebagainya.

            “Pak Cik, kenal gadis bernama Dahlia tak? Dia bawa basikal warna merah. Dia selalu berniaga di pasar malam itu.”
            “Oh Dal! Pak cik panggil dia Dal! Itu rumahnya kat hujung kampung ini. Kamu kenapa cari dia?”
            “Saya ada hajat dengan dia, pak cik.”
            “Oh, yalah. Dal itu baik orangnya.”

            Aku menurut sahaja kata-kata pak cik itu. Aku terus menuju ke rumah Dahlia. Dia tiada di rumah. Hanya ibunya sahaja di rumah. Aku tidak berani untuk masuk ke rumah. Takut fitnah pula.

            “Mak cik, saya Irwan. Saya ada hajat mak cik. Saya berkenan dengan anak mak cik. Dahlia.”

            “Mak cik tidak kisah kamu berkenan dengan dia. Tetapi mak cik nak kamu tahu Dahlia itu janda. Bukan anak dara lagi. Biasalah janda ini orang pandang sebelah mata sahaja. Dia juga banyak menolak lamaran daripada lelaki lain sebab dia serik dengan perkahwinan dia dahulu.”

            Aku terkesima. Janda? Bukan lagi anak dara? Bukan gadis? Aku mengucapkan terima kasih dan terus pulang ke rumah aku. Fikiranku menerawang bercampur baur dengan hati aku yang masih ingin seorang yang dara bukan janda! Aku ingin berkahwin dengan orang yang tak pernah berkahwin. Bukan sudah berkahwin. Aku first time kot, berkahwin ni. Asam garam rumah tangga pun aku tidak tahu. Confirmlah dia akan control semua hidup aku. Dia dah pernah kahwin kot! Aku tak boleh kenyataan yang dia itu berstatus janda.

            Aku menekan minyak dengan banyak sehingga aku tidak sedar ada kenderaan mahu memotong di hadapan. Aku tidak sempat mengawal kereta lalu aku memusingkan stereng kereta dan kereta aku berlanggar dengan pokok. Kereta aku berasap dan aku tidak sedarkan diri.



HOSPITAL. Aku sedar dan Roy berada di sebelah aku. Aku membuka mata dengan perlahan-lahan. Aku sedar aku berada di hospital. Aku ingin bangun tetapi tidak mampu lalu aku memandang di sebelah kanan aku, ada seorang wanita sedang berdiri. Tangannya dipulas-pulas dan aku melihat wajahnya. Dia ialah Dahlia!

            “Kau buat apa kat sini?” jeritku kepada Dahlia.
            “Awak datang rumah saya tadi kan? Saya cari awak nak cakap sesuatu. Saya…”
            “Tidak ada apa dah perlu dibincangkan. Keluar!”

            Aku semakin benci melihat wanita itu. Dia bukan lagi gadis! Dia sudah berkahwin! Dia pernah berkahwin. Dia layak dengan orang yang sudah berkahwin juga bukan dengan orang teruna seperti aku.

            “Kau ni apahal? Dia cakap baik-baik kot.”, kata-kata Roy selepas melihat reaksi aku tadi.

            “Cuba kau ceritakan pada aku. Apa sebenarnya dah terjadi ni, Irwan?”

            Aku mendiamkan diri. Entah siapalah aku mahu marah sebenarnya. Rasanya tiada siapa yang salah. Cuma aku semakin benci dengan diri aku.

            “Okey, bro. sampai masa nanti kau nak share apa-apa. Kau call aku je tau!”, kata Roy lalu meninggalkan aku keseorangan di dalam wad.

            Aku cedera di bahagian kepala juga lengan aku. Aku merenung jauh. Aku sedih dengan diri aku sendiri. Apa aku sudah buat. Kenapa hati aku tidak boleh terima orang yang sudah berkahwin? Berbeza sangatkah orang yang sudah berkahwin dan juga bukan?

            Tiba-tiba, air mataku bergelinang. Aku masih teringat saat-saat manis aku berkenalan dengan Dahlia. Sekarang masanya aku perlu meninggalkannya. Dia tidak layak untuk aku. Dan aku tidak layak untuknya. Jauh sudut di hati aku, aku masih sukakan dia. Jahatkah aku membenci orang yang sudah berkahwin hanya kerana aku masih teruna lagi?

            Aku bernekad untuk tidak berjumpa dengannya lagi. Biarlah dengan siapa dia mahu hidup. Dengan siapa dia mahu berkahwin. Dengan siapa dia mahu bergantung harap. Aku sudah tidak mahu masuk campur.




****************


KEMBALI kepada pekerjaan aku yang biasa ini. Aku sudah lama tidak berjumpa dengan Dahlia. Dia sudah pupus dalam kamus hidup aku. Perkara ini juga aku tidak ceritakan kepada sesiapa termasuklah kedua orang aku. Aku teruskan kehidupan single aku seperti biasa.

            Apabila aku memandu kereta aku pulang ke rumah, aku ternampak seorang lelaki gangster menarik tudung seorang wanita dan merosakkan basikalnya. Aku memberhentikan kereta lalu aku keluar daripada perut kereta.

            “Hoi!” sergah aku.

            Dia mengacukan sebilah pisau kepadaku. Aku terus mengambil telefon bimbit aku. Dan aku berpura-pura mahu menelefon polis. Dia bertambah marah lalu menyerang aku. Mujurlah aku ada belajar ilmu seni mempertahankan diri. Aku menumbuk dia sekuat hati di bahagian matanya. Dia bangun tetapi lemah dan tumbukkannya tidak kena padaku. Kemudian, dia pergi meninggalkan aku.

            “Awak okey ke?”

            Wanita itu mengangkat kepalanya lalu menatap wajah aku. Dia ialah Dahlia. Dia mengesat air matanya kerana ketakutan dengan lelaki gangster tadi. Kakinya terseliuh dek lelaki tadi itu menolaknya untuk menyerang aku. Dia menekan kakinya sambil mengosok-gosok dengan perlahan.

            Aku terus pergi setelah melihat itu ialah Dahlia. Tiba-tiba, dia menjerit namaku dengan sekuat hatinya.

            “Irwan!”

            “Saya kan tidak tahu apa salah saya pada awak. Kalau saya betul, buat silap dengan awak, saya minta maaf. Saya buat awak marah, saya juga minta maaf. Kalau awak tak suka saya, saya tidak kisah. Ramai lagi orang yang tak sukakan saya dalam kampung ini. Tetapi saya nak cakap, saya berterima kasih sangat dengan kehadiran awak. Awak banyak membantu saya saat saya taka da sesiapa di sisi saya. Okey. Itu sahaja. Assalamualaikum.”.

            Dahlia cuba untuk berdiri tetapi kakinya masih sakit. Aku yang sedang berdiri ini masih lagi sedang menghadam kata-katanya. Betul katanya. Salah apalah dia pada aku. Aku berpatah kembali lalu membawa dia ke kereta aku. Dia menolak pelawaan aku. Menepis tangan aku dan berusah untuk berdiri sendiri. Kuih muihnya habis berterabur di atas tanah. Dia kutip dan simpan dalam bakulnya.

            “Saya boleh buat sendiri. Saya tak perlukan sesiapa. Terima kasih, Encik Irwan.”

            Tiba-tiba, ada sebuah kereta berhenti. Seorang lelaki keluar daripada perut kereta itu. Seorang yang kacak dan segak. Dia memapah Dahlia sehingga ke keretanya. Dahlia juga mengelarkan lelaki itu ‘abang’. Aku terasa tercabar lalu aku menarik lengan Dahlia untuk ikut bersama aku.

            “Kau apahal ya bro? Kau dah buat adik aku nangis sekarang kau nak ambil dia semula pula? Jangan harap lah. Lia, jom balik. Biar mak yang ubatkan kaki Lia ini.”.

            “Adik?”, aku mati dengan kata-kata.

            Aku menepuk dahi aku. Aku terus pulang ke rumah dengan perasaan yang sarat. Ingin aku curahkan semuanya kepada Roy.

            “Sir Irwan! Dah balik pun kau. Kenapa ni serabai-serabai?”

            Aku memandang mukanya dengan lama.

            “Wan, aku dah bertunang tau Wan. Kau jangan buat gila dengan aku!”

            Ketawa memecah kesunyian rumah kami. Roy menonton televisyen semula dan membiarkan aku yang memandangnya ini.

            “Bro, aku nak cakap something lah. Bagi kau kan, janda itu kotor ke? I mean sudah tidak suci. Ada pengalaman pula tu dalam perkahwinan ni.”
            “Kau dah kenapa? Syok dengan janda ke cemana ni?”
            “Cepatlah jawab. Bro!”
            “Okey.Okey. Bagi aku diaorang ini jenis professional. Yalah kan. Kalau pergi minta kerja kan, mesti bos tanyakan ada pengalaman bekerja ke tidak kan?. Mesti bos nak yang berpengalaman betul tak? That why janda ni professional. Kau tak payah dah nak ajar –ajar dia pasal rumah tangga. Semua dah tahu.”
            “Itu kerja lah bro. Ini soal hidup mati weh!”
            “Make sense kan apa yang cakap ni? Kau jatuh cinta dengan janda ke bro?”
            “Ya. Aku baru tahu dia janda. Selama ni aku ingatkan dia itu gadis lagi. Aku tak boleh terimalah bro. Dia itu sudah berkahwin!”

            “Well itulah life bro. Tak semua kita mahu kita dapat kan? Mana tahu ini pilihan yang terbaik untuk kau. Tak kira lah kau kahwin dengan janda ke dara ke, yang penting kau bahagia. Apa guna kalau kau kahwin dengan anak dara, tetapi kau merana sebab hari-hari kau yang masak, kemas baju, lipat baju, dan sebagainya. Pernah berkahwin ke tidak itu masa lalu dia bro, dan kau jadilah masa hadapan dia. Bahagiakan dia.”.

            Aku meluru ke perut bilik tidurku. Sejadah aku hamparkan. Solat maghrib aku dirikan. Sesudah itu, solat hajat pula aku dirikan hanya kepada Yang Maha Esa. Aku berdoa sungguh-sungguh untuk mendirikan masjid bukanlah sesuatu yang remeh. Jika dia benar untuk aku, persatukanlah kami. Jika bukan, berikanlah kesudahan yang terbaik buat kami dan berilah kebahagiaan buat kami.

            “Kau jadilah masa hadapan dia. Bahagiakan dia.”    
            
            Ayat ini selalu muncul dalam benak fikiran aku. Hatiku gusar tetapi aku masih tidak berjumpa dengan penganti Dahlia. Sebaliknya dialah yang selalu hadir dalam hidup aku. Apakah ini takdirNya?
            
          Akhirnya aku menelefon mak aku. Aku ingin mendengar nasihatnya. Almaklumlah anak kadang-kadang merindui juga celotehan maknya. Aku menceritakan perihal yang Dahlia itu adalah janda. Respons ibuku tidaklah mengejutkan sebaliknya dia menyuruh aku berdoa sungguh-sungguh pada Allah untuk tunjukkan jalan kebahagiaanku.



************


LIMA hari berlalu, keputusan hatiku telah bulat. Aku yakin dengan keputusan aku. Aku akan masuk meminang Dahlia. Aku risau Dahlia tidak mahu menerima aku seadanya. Kami sekeluarga sudah berada di hadapan rumah Dahlia. Ada beberapa buah kereta mewah di hadapan rumah Dahlia. Kami pun dijemput masuk ke rumahnya. Ternyata ada seorang lelaki sedang masuk meminang gadis dalam rumah ini. Aku dengan geramnya berkata dengan angkuh.
   
         “Saya ingin meminang Dahlia, mak cik. Saya dahulu yang pernah datang ke sini!”
          
    Semua isi rumah mentertawakan gelagat aku. Rupanya mereka datang untuk meminang Jiha, sepupu Dahlia yang kematian ayah dan ibunya. Jiha dibesarkan oleh ibu Dahlia. Dahlia juga tidak pernah menceritakan hal ini kepadaku. Ibunya yang menjelaskannya kepadaku.
         
   Lega. Urusan aku selesai. Dahlia juga setuju. Aku bernekad tidak mahu bertemu dengannya sehinggalah hari pernikahan kami. Hari dimana dua jiwa menjadi satu. Urusan membeli barang perkahwinan aku serahkan kepada mak aku. Mak aku yang over excited sekarang ini. Baru menerima calon menantu belum lagi menimang cucu.




***********

HARI perkahwinan berlansung dengan lancar. Aku memandang Dahlia. Dia menunduk sahaja. Malu mungkin. Aku berdebar gila masa melafazkan akad nikah. Masakan tidak, ini kali pertama aku berjabat tangan dengan wali Dahlia. Dua kali aku melafazkan akad nikah kerana aku sangatlah gugup. Begitu juga dengan menyarung cincin di jari Dahlia juga membuat aku berdebar dan tidak keruan. Aku silap memasukkan cincin di jari hantunya, Dahlia. Dia hanya ketawa kecil dan membiarkan cincin itu di jari hantunya.
         
         Malam pertama. Dahlia berada di atas kerusi meja solek, hadiah perkahwinan ibu aku untuk Dahlia.
           “Dahlia, seronok ke kahwin kali kedua, hah?”
           
            Dahlia menjeling aku.
            
         “Seronok awak kata? Saya juga berdebar tahu! Walaupun kali kedua tetapi ibarat kali pertama untuk saya.”
         “Lah saya ingatkan awak tak berdebar. Yalah kali kedua kan! Lainlah saya pertama kali saya berkahwin ni. Lepas ni, kalau kahwin kali kedua, saya tak berdebar lah kot.”
            
            Tajam mata Dahlia memandang aku lalu dia mengacukan aku sebiji penumbuk.
            
            “Berani eh, berani nak kahwin lain ya!’
            “Yalah. Saya juga nak kahwin kali kedua. Kenapa tak boleh ke?”
            
             Dahlia mencubit aku sehingga aku terasa sakit. Kami ketawa bersama-sama lalu aku menatap matanya dan aku mula menyusun kata-kata.
            
              “Awak masa hadapan saya. Saya juga masa hadapan awak. Saya pertama kali kahwin dengan awak. Dan awak juga pertama kali berkahwin dengan saya. Jadi, kita seri. Yang lepas itu biarlah jadi sejarah. Kita start semula sebagai pasangan yang pertama kali berkahwin. Okey?”
         
           Dahlia tersenyum dan mengangguk perlahan. Begitulah. Si teruna dengan si janda. Janda kerana suaminya dahulu kaki pukul. Lama juga dia menjanda kerana trauma hidup dengan seorang lelaki bergelar suami. Aku baru tahu lelaki yang gangster itu merupakan suaminya dahulu. Sudahlah 
menjadi penagih dadah, memukul isteri serta meminta pula duit hasil usaha janda dia.
           
            Cantik kan takdir tuhan itu. Pertama kali itu boleh dialami oleh setiap individu. Namun, tidak semua kedua kali itu menjadi suatu takdir yang mengelapkan masa hadapan. Mungkin juga menjadi sinar kebahagiaan di masa hadapan. Manusia juga sesama manusia. Siapalah kita mahu menghukum manusia dan merasa jijik dengan sesama manusia? Walhal kita sama-sama berasal daripada tanah.
           
          Janda. Teruna. Dara. Gadis. Semua itu hanya sepaket aksara yang dicipta manusia. Di mata tuhan, kita tetap sama. Yang berbeza hanyalah ketakwaan kepadaNya. Kita semua berhak mencipta kita punya kebahagiaan. Teruskan berjalan dan menikmati nikmat tuhan serta jangan lupa untuk menjadi hambaNya yang sejati.

            “Sayang, taip apa tu. Mari makan. Sayang masak ikan keli masak lemak cili padi.”
            “Kejaplah. Nanti abang datang.”
            “Ayah, jomlah makan. Kesian ummi dah masak.”

            Ya. Itu anak aku. Sudah besar. Dia berusia lima tahun. Anak Dahlia. Aku tidak kahwin lagi kali kedua. Mengapa perlu kahwin dua kali andai yang pertama sudah terlalu membahagiakan?.



-TAMAT-.









No comments:

Post a Comment