templet

Thursday, 3 August 2017

CERPEN SATU - sambungan JIKA AKU ISTERINYA

KEESOKAN harinya, Soo Ho menelefon aku katanya ingin berangkat ke korea untuk bertugas ke sana. Dia doakan aku sihat sihat sahaja di sini. Katanya urusan itu mustahak. Biasalah Mr Pilot. Mana tidaknya ke sana ke mari.

             Aku sedang mengemas baju aku, dan tujuan aku nak balik kampong untuk berjumpa dan menjelaskan segala hal pada kedua orang tua aku. Kalau bukan aku, siapa lagi la yang nak bercakap dengan mereka. Harapkan si Haikal itu, esuk lusa belum tentu dia menjelaskannya. Dia hanya tahu lari daripada masalah. Itu sahaja!

            “Assalamualaikum, ibu ayah.”

         Terbeliak mata aku melihat Puan Seri Hajah Syarifah Rahimah dekat depan mata aku dengan rombongan meminangnya. Ibu dan ayah juga turut memberi senyuman manakala aku bagi senyuman yang paling kelat sekali. Bagaimanalah aku nak menjelaskannya kalau sudah begini. Aku melabuhkan punggungku berdekatan dengan ibuku. Peminangan pun bermula.

            “kami ke sini ingin memetik bunga di taman.”

Lantas aku memotong ayat Pak Cik Deraman.

            “tak nak! Saya dah berpunya. Saya dah bertunang dengan orang lain!”

Semua mata terbeliak memandang ke arahku. Ibu dan ayahku juga memandang dengan jelingan yang tajam. Lama berhenti tanpa kata-kata. Semuanya putus dek aku yang mengharu birukan keadaan. Mujurlah hanya majlis pertunangan bukan majlis pernikahan. Aku terus meluru ke kamarku.

******************************

            MALAM itu aku membuka lovestory.com dan di sinilah website yang aku boleh mengemaskini segala perasaan aku dan aku curahkan dan luahkan di sini semuanya. Mana tidaknya rumit betul cerita pernikahan aku ini.

Tidak kurang beberapa minit kemudian, jejaka yang mengunakan identiti “Jejaka Idaman” memberikan komen di ruangan komen di situ.

            “Kau terima sahajalah pinangan itu. Mungkin juga itu yang terbaik untuk kau. Sesungguhnya yang tidak baik untuk kita itu kadangkalanya baik untuk kita, manakala yang baik untuk kita itu sebenarnya tidak baik untuk kita. Apa kata kau solat istikharah sahaja.”

Aku berfikir sejenak. Solat istikharah adalah solat yang aku tak pernah buat seumur hidup aku selama 26 tahun ini. Aku cuba mencari definisi dan cara-cara solat istikharah seperti mana yang tertulis di carian di google ini. Malam itu, aku berdoa sungguh-sungguh mengharapkan kenyataan yang sebenar akan berlaku dimana yang baik untuk aku.

Jika aku isterinya Mr Pilot kah atau jika aku isterinya Dr Haikal yang lebih baik. Setelah aku melakukan solat istikharah aku terus melelapkan mata tanpa memikirkan tentang apa-apa sebelum itu.

            “Aku terima nikahnya Nur Ariani Mad Ghani dengan mas kahwin sebanyak RM 22.50 ..”

Aku tersedar daripada mimpi ngeri itu lantas aku beristighfar berkali-kali. Aku mimpi aku dikahwinkan tetapi aku tidak nampak pun aku punya bakal suami itu, Apa ya maksudnya. Apa ya.
Aku tidak boleh melelapkan mata lalu aku membuka lovestory.com dan aku memberi komen di situ membalas jawapan daripada Jejaka Idaman itu.

            “Kalau aku mimpi aku berkahwin tetapi aku tidak nampak bakal suami aku itu bagaimana pula ? duhai Jejaka Idaman!”

Jejaka Idaman membalas,
          “Itu mungkin bermaksud jodoh kau tidak lama lagi ataupun jodoh kau adalah dengan orang yang kau tak kenal seperti aku, hehehe”

            ‘macam orang gila sahaja dia ini!’monologku sendirian.

Aku terus mengemas barang-barang aku ingin pulang kembali ke hospital tempat aku berkerja. Lama juga aku termenung memikirkan kisah aku yang aku sendiri tidak tahu endingnya apa.
Tiba-tiba, ibuku datang menghampiriku dan berkata padaku,

            “Kadang-kadang perkahwinan yang tidak ada cinta tapi punya restu ibu ayah itu lebih berkekalan sampai syurga berbanding punya cinta sebelum kahwin tetapi akhirnya cerai berai. Kerana cinta itu boleh disemai, nak. Kau fikirkanlah kata-kata ibu ni ya.”


Aku bergegas pulang ke hospital dek kerana banyak lagi urusan di hospital yang belum diselesaikan. Ketika memandu, aku terbayang dua perkara. 

Yang pertama, kata-kata ibu aku yang mempunyai makna yang sangat tersirat lagi tersurat. Yang kedua, mimpi tentang perkahwinan itu.

 Dek perjalanan lurus sahaja di lebuh raya, maka aku tidak perasan bahawa kaki aku terus menerus menekan pedal minyak sehingga 140km/j. Aku terkejut dan kereta di hadapanku brek mendadak lalu aku memusingkan stereng kereta dan aku terlanggar dengan bahu jalan. Aku tidak sedarkan diri. 

**********************************

            “Dr Rin. Dr Rin. Bangunlah Leeya ini!”

Suara yang sangat bising sehingga menganggu lenaku lantas aku bangun dan melihat matanya Leeya. Leeya memuji-muji tuhan tanda kesyukuran. Aku terdiam. Aku bangun perlahan-lahan ingin melihat apa yang cedera di tubuhku. Kaki aku cedera. Tangan aku juga cedera dan sedikit patah di bahagian pergelangan tangan kanan. Aku pula bukanlah seorang yang kidal pasti susah aku nak berkerja semula nanti.

            “Leeya. Bila saya boleh keluar daripada wad ini?”
            “Insya Allah, seminggu nanti Rin.”
            “What??”
            “Yes. Alah kau janganlah risau Dr Rin, aku kana da di samping kau dan sentiasa sokong kau.”
            “Patient aku cemana ? Diaorang perlukan bantuan aku kot!”
            “Alah kau jangan risau lah . banyak lagi kan dokter-dokter lain.”
            “Lamalah Leeya seminggu itu, Kak Siti dah buat appointment dah dengan saya yang dia bak buat treatment migrain dia itu. Bang leman pun dah buat appointment dengan saya nak buat treatment jantung dia. Macam mana ni, Leeya?!”
            “Rileks lah Dokter Rin, Banyak lagi kan Dokter lain boleh back up dekat Hospital itu. Sekarang, Rin. Kau berehat sahaja ya?!”
            “Alah. Tapi. Tapi.”
            “Tak ada tapi-tapian! Berehat!”

Aku mendengus keras tanda geram. Yelah. Aku bukannya suka bagi orang lain menyambung rawatan aku. Nanti lain pula reportnya. Tapi aku nak buat bagaimana aku juga sudah pedih kesakitan begini. Nak bangun pun tidak berapa larat apatah lagi nak bergegas ke sana ke mari di hospital. Adakalanya badan kita perlukan rehat juga ya. Tidur sahajalah. 


SUDAH hampir seminggu, aku juga sudah boleh jalan. Aku keluar daripada wad aku untuk berjalan-jalan menghirup udara segar di hospital. Bertegur siapa dengan pesakit-pesakit bersembang dan menonton televisyen bersama.


**********************************************( sambungan next page ya!)
:) enjoy reading yawww!







No comments:

Post a Comment