CERPEN 3- COUPLE SHOE untuk CRUSH
SUKA pada dia dan sukakan setiap perkara dia lakukan tetapi tidak
mahu katakannya secara terang-terangan dek kerana malu. Orang yang diminati dan
disukai itu dipanggil Crush, dalam bahasa mat salihnya lah. Gelaran ini
sudah popular dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah mahupun pelajar
universiti. Ramai di antara mereka mempunyai Crush masing-masing sama
ada dengan senior mahupun junior atau rakan sekelas. Bak kata pepatah, cinta
tidak mengenall usia, rupa dan semuanya.
Begitu juga Fazira
yang sangat meminati senior sekolahnya yang merupakan pelajar contoh di
sekolah. Crushnya juga merupakan pengawas dan atlet olahraga yang sangat
terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan. Tampan. Tinggi. Kacak.
Berbakat. Cukup serba serbi yang membuatkan dia menjadi bahan percakapan atau ‘gossip’
budak perempuan sekolahnya. Fazira sudah lama memendam perasaan kerana dia
merupakan seorang gadis yang pemalu. Fazira juga berasa rendah diri jika dia
dibandingkan dengan peminat-peminatnya Asyraf yang semuanya cantik-cantik
belaka malah kaya lagi berharta semua.
Esuk merupakan
hari lahir Asyraf. Fazira membeli sepasang couple shoe untuk Asyraf dan
untuk dirinya. Sudah lama Fazira memerhati atau ‘spy’ Asyraf
segala-galanya tentangnya dia sudah tahu. Asyraf suka makan apa. Asyraf suka
warna apa. Jam yang dipakai Asyraf di sebelah tangan kiri mahupun tangan kanan.
Semuanya dia sudah tahu. Fazira hanya menceritakan hal ini kepada rakan baiknya
sejak di bangku sekolah rendah lagi iaitu Adilah.
“Kau dah prepare
ke Faz? Kata ada hadiah special nak bagi dia.”, suara Adilah yang
memecahkan angan-angan aku.
“Apa untuk crush
aku ke? Dah. Sebulan sebelum itu lagi, aku dah prepare dah semuanya.”,
jelasku dengan riak wajah yang bangga.
“Wah, pantas betul
kau! Fully prepared ni! aku doakan kau berjaya kawan!”
Adilah selalu
menyokong aku tetapi aku sahaja kurang keyakinan untuk bercakap dengan senior
aku itu. Mahu cerita tentang hal apa? Jelas-jelas aku juniornya sahaja yang
tidak boleh masuk urusannya sebagai pengawas atau atlet. Aku juga merupakan
orang biasa-biasa tetapi aku selalu menjuarai Pertandingan Tilawah Quran dan
hampir setiap tahun aku wakil sekolah aku ini.
**************
ESUK sudah tiba. Sinar mentari terbit lalu memberi semangat pada
aku untuk terus bersinar persis burung yang mencari rezekinya di waktu pagi
ataupun ayam jantan yang setia berkokok setiap pagi. Aku membawa kasut itu ke
sekolah dan aku sudah pun membalut kotak kasut itu dengan kertas hadiah dan
juga aku sertakan sekeping kad ‘Happy Birthday’ untuk Asyraf. Kasut ini aku design sendiri mengikut corak yang
aku kehendaki. Aku sendiri yang melukis di atas kasut ini. Kasut ini merupakan
kasut doodle yang famous sejak akhir-akhir ini. Aku harap dia akan menyukainya.
Berhari-hari aku menyiapkannya.
Bunyi loceng
menandakan waktu rehat lalu aku dengan rakan aku, Adilah menuju ke kelas
Tingkatan 5 Muslim. Kelas ini merupakan kelas yang diduduki dengan calon Sijil
Pelajaran Malaysia yang mana sekolah mencalonkan mereka sebagai bakal straight
A untuk SPM. Kelas ini kosong jika waktu rehat kerana majority dalam kelas
ini akan melakukan solat dhuha. Aku masuk ke dalam kelas itu senyap-senyap
menuju ke meja milik Asyraf. Orangnya sangat kemas. Buku teratur dan mejanya
dipenuhi dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu lakukan. To-do list,
bahasa mat salih menyebutnya.
Aku meletakkan
hadiah di bawah mejanya berdekatan dengan kerusinya. Aku tidak menulis siapa
yang mengirim hadiah itu kerana aku sendiri mahu dia mencari couple shoe
ini. Aku dan Adilah keluar daripada kelas itu.
“Weh korang, siapa
masuk kelas ni tadi ya?”, tanya Asyraf kepada kawan-kawan sekelasnya.
Masing-masing menggeleng kepala tanda tidak tahu.
“Siapalah yang
baik hati memberi hadiah ini kepada aku?”, bisik hati Asyraf. Dia meletakkan
hadiah itu di sebelah kakinya. Asyraf melihat bawah meja dan dia mendapati
banyak coklat-coklat yang diberikan oleh peminatnya.
“Untunglah famaous!
Hot!”, puji Adam, kawan Asyraf yang merupakan kawan sekelas dengannya.
“Kau nak ke?
Ambillah. Aku bukannya suka sangat benda-benda manis ini!”, jelas Asyraf
mengeluarkan semua coklat-coklat di bawah mejanya dan disimpan dalam beg
plastik. Niatnya mahu memberi sedekah kepada anak-anak kecil sesiapa sahaja
yang dia nampak waktu pulang daripada sekolah nanti.
Adam dengan
gembiranya mengambil dua keping coklat dan berterima kasih dengan kawannya itu.
Untung juga jadi kawan kepada kawan yang merupakan famous di sekolah.
Itu merupakan satu anugerah yang patut disyukurinya.
LATIHAN kawad diadakan pada waktu petang dan murid-murid bebas
memakai pakaian dan kasut asalkan kelihatan seperti bersukan. Adilah dan Fazira
pula baru berjinak-jinak dalam kawad kaki sekolah wakil Persatuan Kadet Polis
untuk sekolahnya. Masih juga tersalah kaki dan sebagainya.
Adam merupakan
komander bagi Kawad Kaki Kadet Polis Lelaki di sekolah itu. Adam melihat ke
arah Adilah dan juga Fazira yang selalu melakukan kesalahan dalam kawad kaki.
Adam juga mengajar mereka step-by-step. Yalah. Kalau abang yang ajar
tidaklah segarang kakak-kakak yang mengajar. Cepat sahaja Adilah memahaminya
sedangkan dialah paling susah menghafal step! Fazira mengerling Adilah
sambil tersenyum-senyum.
“Kau ini kenapa,
tersenyum-senyum! Kawad kena serius juga ya! Cepat, buat perkara yang sama
dengan Adilah ini!”, jelas Adam sambil menjeling aku.
Aku membuat muka
yang buruk kepadanya dan mujurlah dia tidak nampak perbuatan aku itu. Aku dan
Adilah dilatih dengan serius lalu kami dapat membuat yang terbaik. Kami juga
bagai tidak percaya dengan perkara itu tetapi Adam mengajar dengan bersungguh-sungguh
masakan tidak Adam merupakan Ketua Platun yang memenangi Pertandingan Kawad
Kaki Peringkat Kebangsaan. Setakat mengajar kedua orang budak perempuan yang
mentah ini apalah sangat kan?
Asyraf yang baru
sahaja pulang daripada latihan bola sepak menuju ke arah Adam. Hatiku bagaikan
mahu tercabut. Berdegup dengan laju sekali. Aku menekup muka aku dengan kedua
belah tangan aku. Aku juga mengenakan couple shoe yang aku berikan
kepadanya itu. Entah dia perasan atau tidak kasut aku itu.
“Beb, aku tunggu
kat belakang tau. Kata nak makan cendol jap lagi!”, kata Asyraf menepuk bahu
Adam. Adam mengangguk kepalanya. Asyraf terus menuju ke belakang dewan.
“Okey, setakat ini
sahaja. Nanti kak Hajar akan mengajar korang berdua dengan lebih mendalam lagi
tau! Fighting! Fighting!”, kata Adam lalu meninggalkan kami berdua.
Asyraf pulang ke
rumahnya lalu membuka kotak kasut itu dan dia mencubanya. Sesuai dengannya! Dia
sendiri berasa terkejut bagaimana pemberi hadiah itu tahu saiz kasutnya. Dia
melihat kotak kasut itu jenama Zans yang sangat popular pada hari ini. Dia
terus membuat carian di google tentang kasutnya itu. Dia tidak jumpa kasut yang
bercorak manakala kebanyakkannya warna kosong sahaja. Dia meneliti kasut itu
dan tersenyum sendiri.
************
KAWAD kaki kami semakin serius. Hampir setiap hari kami berlatih
dan berlatih sehingga formasi kami ingat sungguh. Kadang-kadang dalam tandas
juga kami berkawad kaki. Bukan itu sahaja, ke kantin sekolah juga kami
berkawad. Di mana-mana ahli pasukan kawad ini berjumpa pasti ceritanya tentang
hari pertandingan.
Kasut fazira
semakin haus dek hentakan demi hentakan setiap hari. Yalah, kadet polis pula
itu memang sangat disiplin. Angkat kaki perlu 90 darjah! Jika tidak, kena
hentak 100 kali. Dek didikan Kak Hajar dan Abang Adam, Adilah dan Fazira sudah
pandai dan mahir dalam berkawad kaki. Bukan itu sahaja! Adilah juga sudah mula
menyukai Abang Adam dalam diam.
“Hai, kasut lain
pula Fazira?”, tanya Adilah yang kehairanan melihat kasut baruku yang hanya
beberapa ringgit sahaja jika mahu dibandingkan dengan kasut Zans itu.
“Haah. Kasut itu
mahu haus. Aku peliklah Asyraf itu tak perasan ke dengan couple shoe
itu?! Aku buat sendiri sebiji dengan dia punya kut!”, rengekku kegeraman dek
cinta tidak terbalas dengan positif.
“Satu hari nanti
dia mesti perasan punya! Kau percayalah. Aku rasakan aku syok lah kat Abang
Adam itu.”, kata Adilah yang mengejutkan aku. Aku memandang wajahnya dengan
riak wajah yang aneh. Dia tersenyum sahaja.
“Crush la
ni kan?”, kataku sambil menyiku sikunya. Dia hanya tersengih-sengih macam
kerang busuk. Syok betul dia dengan Abang Adam itu!
Adam dan
Asyraf datang ke tapak perhimpunan untuk
melihat aksi kawad kami sebelum esuk kami bertanding. Asyraf yang tidak tahu
mengenai kawad hanya mengikut sahaja Adam kerana Adam takut pula timbul fitnah
jika hanya dia seorang sahaja lelaki yang melihat aksi kawad itu. Dia juga
memberitahu kami apa yang kurang dan apa yang salah. Kadangkala dia memuji juga
kawad kaki kami. Almaklumlah kami baru sahaja mahu bertanding di peringkat
daerah.
“Alamak!”, kataku
dengan perlahan. Kasutku tercabut daripada kakiku. Aku berkaki ayam sambil
berkawad. Manakala Asyraf berlari-lari mengambil kasut itu. Kasut aku di tangan
Asyraf tetapi kenapa aku tidak memakai kasut couple itu! Haih! Aku terus
berkawad dengan berkaki ayam.
“STOP!”,
arahan daripada Adam membuatkan pergerakan kami terhenti.
“Kasut siapa ini?
Bahaya ni kalau terjadi esuk, kita boleh hilang markah tau!”, jelas Adam kepada
kami.
Aku mengangkat
tangan lalu Asyraf menuju ke arah aku dan dia yang memberikan kasut itu kepada
aku. Tangan aku mengigil-gigil mengambil kasut itu daripadanya. Aku tertunduk
malu. Asyraf sangat dekat dengan aku.
“Good luck
esuk!”, katanya perlahan dan aku mengangguk-angguk mengiakan kata-katanya. Tidak
sempat mengucapkan terima kasih, kelibat dia sudah jauh daripada pandangan mata
aku. Hatiku bagaikan mahu meletup dengan kehadiran dia dihadapan aku sebentar
tadi. Aku tersenyum dan bersemangat dalam berkawad. Tali kasutku diperketatkan
lagi.
******************
HARI pertandingan telah tiba. Persiapan kami selama berbulan ini
harapnya boleh memberikan kebahagiaan kepada kami sendiri atas usaha kami
sendiri. Kami berharap dapat melanjutkan kawad kaki ini sehingga ke peringkat
negeri. Kami berusaha bersungguh-sunggu membuat yang terbaik.
Kata-kata Asyraf
itu aku jadikan sebagai aspirasi aku untuk terus melakukan yang terbaik. Aku
juga memakai couple shoe yang sama dengan Asyraf itu. Asyraf tidak ada
sewaktu hari pertandingan ini kerana dia tidak masuk kawad kaki sebaliknya dia
melibatkan diri dalam Pertandingan Kuiz Matematik Peringkat Daerah. Aku
berharap juga dia akan menang.
“Juara bagi
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kajang ini jatuh kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Iskandar Shah”, juruacara mengumumkan pemenang utama
bagi pertandingan ini.
Sekolah aku
berjaya mendapatkan tempat pertama dan sememangnya kami layak masuk ke
peringkat negeri. Puas hati. Berbaloi usaha berhari-hari. Berbaloi muka yang
terbakar hangus ini. Syukur kami panjatkan kepada Illahi kerana memberikan kami
kejayaan ini. Pastinya perhimpunan sekolah akan bergegar dengan kejayaan kami.
Gembira! Pingat emas milik kami semua.
**********
KEJAYAAN itu digemparkan kepada satu sekolah. Sudah pastinya Asyraf
juga tahu berita ini. Aku tidak sempat mengucapkan terima kasih kepadanya hari
itu. Aku mahu berterima kasih kepadanya. Justeru itu, aku menulis sepucuk surat
dan mengepilkan dengan air kotak Lemon Ais lalu aku letakkan di bawah mejanya
ketika waktu rehat.
“Hah! Buat apa
ni?”, jerkah Kak Ollyn yang membuatkan aku dan Adila terkejut.
“Ah, Kitaorang nak
bagi buku latihan ini untuk kelas ini daripada Cikgu Rania.”, balas Adilah
dengan agak gagap. Adilah menghulurkan buku latihan itu kepada Kak Ollyn. Kak
Ollyn tersenyum melihat kami berdua. Terkebil-kebil macam ada buat silap apa
sahaja.
Perutku memulas
dengan teruk. Sudah tidak tahan lagi. Sakit sungguh perutku. Aku bergegas
menuju ke tandas. Tanpa disedari, aku terlanggar seorang lelaki. Aku tidak
melihat siapakah lelaki itu kerana perutku semakin kuat memulas. Aku hanya
mengucapkan maaf berkali-kali lalu aku terus menuju ke tandas berdekatan.
“Kau okey tak
ni?”, tanya Adilah dengan riak wajahnya yang risau.
“Okey. Tapikan
Dil, aku langgar seorang lelaki tadi. Aku tak perasan siapa yang aku langgar
tadi. Tapi aku dah minta maaf dah kat orang itu banyak kali. Siapa eh aku
langgar tadi?”, kataku dengan riak wajah kehairanan.
“Aku nampak. Kau
nak aku cakap ke siapa orang tu?”, tanya Adilah sambil menjeling muka aku.
“Siapa beb?!”,
jeritku tanda keterujaan untuk mengetahui lelaki tersebut.
“Asyraf Rizman
kesayangan kau tu lah!”,
“What?!!”, aku
terkesima dengan kata-kata Adilah. Akalku tidak boleh menerima kenyataan bahawa
itu adalah lelaki yang aku sangat suka selama ini iaitu Asyraf. My Crush!
Dahiku dipukul berkali-kali.
“Ya Allah. Apa aku
dah buat?”, bisik hati aku. Aku masih tidak percaya yang aku terlanggar dengan
crush aku sendiri. Terkejut bercampur dengan gembira. Teruja! Senyuman terukir
tanda bahagia. Moga Asyraf semakin mengenali aku kali ini!
“Weh, nak tahu
something tak?”, kata Adila menjeling aku.
“Crush kau menang
tempat kedua Pertandingan Kuiz Matematik tu. Tahniah beb!”, kata Adilah yang
membuatkan aku semakin suka dengan Asyraf. Crush aku. Aku hanya tersenyum
mendengar berita itu. Aku tahu dia mampu lakukan yang terbaik. Idola sekolah
kan?
“Faz, aku tak
nampak pun crush kau tu pakai kasut yang kau bagi tu. Kau ada ke nampak dia
pakai?”, tanya Adilah membawa fikiranku ke waktu yang sudah berlalu. Cuba
mengimbau kembali peristiwa-peristiwa antara aku dan Asyraf.
“Tak adalah. Alah,
dia tak suka ke kasut aku itu? Design latest kut! Aku punya kasut ni nak rosak
dah.”, kataku mengenangkan couple shoe yang aku selalu pakai waktu
latihan kawad kaki.
Latihan kawad kaki
berlansung seperti biasa pada hari ini. Aku melihat kelibat Asyraf. Tiada. Aku
memakai couple shoe pada hari ini. Couple shoe yang hampir haus.
Tinggal tunggu ajal sahaja masuk ke tong sampah. Mataku tetap meliar mencari
kelibat Asyraf sedangkan Adam ada bersama dengan kami.
“Fokus! Fokus!”,
Adam memberi arahan dengan tegas. Semua platun berdiri tegak, mendada dan
memandang hadapan. Kaki pula berbentuk ‘V’. Sedia menerima arahan manakala aku
masih mencari-cari kelibat Asyraf.
Tanpa sedar, Adam
berdiri di sebelah aku mengajuk pandangan mataku yang mencari-cari kelibat
Asyraf. Akhirnya, pandangan mataku tertangkap oleh pandangan matanya.
“Oh pocot mak
kau!”, aku melatah. Automatik sahaja melatah ini keluar daripada bibir aku.
“Cari siapa?”,
tanya Adam memandang tepat ke muka aku.
Aku
menggeleng-gelengkan kepala lalu aku juga berdiri tegak bersama-sama platun
yang lain. Ketua Platun memberi arahan. Maka, kami mengikut arahan tersebut
dengan serentak dan seirama.
“Alamak!”, muka
aku mulai resah. Orang di belakang aku memijak kasut aku lalu kasut aku
tercabut. Sekali lagi, berkaki ayam! Aku mengikut sahaja arahan daripada Ketua
Platun. Aku tidak peduli lagi mengenai kasut itu. Tiada siapa yang mempedulikan
nasib kasut itu. Pergerakan kami tidak berhenti. Terus dan terus. Sakit juga
berkawad dengan berkaki ayam.
Bunyi orang
berlari ke arah kasut aku. Mengambilnya sebelum satu pasukan platun
melanggarnya. Orang tersebut ialah Asyraf Rizman. Asyraf terpaku dihadapan
sebelah ketua platun. Dia juga memakai kasut yang aku bagi. Senyuman aku sudah
tidak boleh lari daripada muka aku. Jelas. Nyata. Aku tersenyum. Siapalah tak
suka crush pakai hadiah kita bagi, kan?
Rehat sebentar.
Dia pergi kepada aku. Memegang kasut aku. Ibarat dalam cerita dongeng
Cinderella sahaja. Putera yang mencari Cinderella untuk memberi sepatu yang
tertinggal. Begitulah cerita cinta Cinderella aku yang terjadi di sekolah ini.
“So, awaklah yang
bagi kasut ini kan?”, teka Asyraf.
Aku menunduk malu
dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Adilah memandang Asyraf lalu mengangguk-anggukkan
kepalanya. Adilah membuat isyarat bahawa itu adalah couple shoe. Asyraf
memahami isyarat Adilah lalu dia duduk di sebelah aku. Adilah memalingkan
badannya. Dia meletakkan kasut itu sebelah kakinya. Dia melihat design
kasut itu.
“Awak buat ke ni?
Lawa.”, katanya.
Aku memandang
wajahnya dan riak wajahnya menunjukkan dia sangat sukakan kasut itu. Aku rasa
bersyukur. Dia menyukai kasut pemberian aku.
“Kasut kita
samalah. Cuma kasut saya besar, kasut awak kecil.”, jelasnya lagi sambil ketawa
kecil.
“This is Couple
Shoe. Saya punya dah buruk. Awak punya baru lagi.”.
“That’s mean
orang yang kasut lusuh ini sudah berusaha habis-habisan untuk mendapatkan kasut
baru ini. Kan?”, kata Asyraf melihat anak mataku.
Senyuman yang
manis kau lemparkan kepadanya. Dia juga tersenyum melihat kedua kasut itu. Couple
Shoe yang menyatukan kami dan membuatkan kami lebih rapat.
**************
SEJAK itu, kami sudah pun berkawan hampir beberapa tahun. Walaupun
kami sudah berjauhan menyambung pelajaran masing-masing. Kami masih berhubung
melalui Skype mahupun WhatsApp. Dia menyambung pelajarannya di
Mesir dalam bidang perubatan manakala aku belajar di Malaysia dalam bidang
kejururawatan.
Hujung minggu ini,
kami berjanji mahu bertemu di Malaysia. Kami bertemu di SMK Sri Iskandar Shah.
Sekolah kami dahulu. Berdebar juga mahu bertemu dengan orang sudah lima tahun
aku tidak jumpa. Entah bagaimanakah rupanya. Dia memberitahu aku dia memakai
baju kemeja putih dan jeans biru. Kebetulan! Aku juga memakai baju blouse
berwarna putih bersama kain jenis denim biru digandingkan dengan selendang
biru.
KEMEJA putih dan berjeans biru berdiri menghadap bangunan sekolah. Aku
berada di belakangnya. Aku memulakan langkah. Aku masih memakai couple shoe
itu.
“Ehem.
Assalamualaikum Encik.”, kataku membuat dia berpaling kepadaku.
“Waalaikumussalam.
Fazira?”, suaranya dan riak wajahnya aneh melihat outfit aku.
Dia
memandang couple shoe itu. Kemudian, dia mengeluarkan sepucuk kad kahwin
daripada poket seluarnya. Dia memberikan kad kahwin berwarna biru itu kepada
aku. Aku terdiam. Terpaku. Terkesima. Sedih. Mesti dia mahu berkahwin. Aku mati
akal.
Sebelum dia
memulakan kata-kata, aku terus masuk ke perut Myvi aku dan aku membawa Myvi aku
pergi sejauh-jauhnya daripada Asyraf. Aku tidak membuka kad kahwin yang
diberikannya itu. Air mata aku tidak lagi berada dalam takungannya. Empangannya
sudah pecah membanjiri pipi aku. Tudung aku juga basah dengan air mataku. Laju
aku membawa Myvi aku pergi daripada sekolah itu.
Kenapa dia tak call
aku? Betulkah dia nak berkahwin? Owh ya, aku sahaja yang minat dia. Dia lansung
tidak meminati aku! Sedarlah diri, Faz! Sedarlah diri! Kenapa dia tak panggil
pun aku masa aku pergi daripada dia tadi? Maknanya betul lah dia mahu
berkahwin!
“Sedarlah diri,
Faz!”, jeritku dalam Myvi ini. Air mata yang mengalir ini menghalang
penglihatan aku kabur. Ada kenderaan meluncur keluar daripada simpang di
hadapan tetapi kaki aku semakin kuat menekan minyak. Kereta aku berlanggar
dengan kereta Saga itu. Aku cedera dan tidak sedarkan diri.
*********************
“FAZ! Faz! Bangunlah Faz!”, jerit sahabat aku, Adilah yang
menyedarkan aku daripada mimpi kosong itu. Mimpi yang hitam. Aku tidak ingat
apa yang terjadi. Lelah. Aku melihat Adilah dan keadaan sekeliling. Ya. Aku di
hospital.
“Kenapa aku kat
sini, Dila?”, tanyaku kehairanan.
“Kau kemalangan
tadi. Mujurlah kau tak cedera teruk. Myvi kau je yang teruk. Kau okey tak ni?”,
jelas Adilah.
Aku
mengangguk-anggukkan kepala aku. Kepala aku cedera sedikit. Aku melihat beg
tangan aku lalu aku berputus asa. Aku dihanyutkan dengan lena yang lama. Bermimpi
bahawa Asyraf sudah berkahwin dengan orang lain.
**********
AKU tersedar daripada lena itu. Aku tercungap-cungap. Badanku juga habis
kebasahan. Aku memandang orang sekeliling aku. Yang aku kenal di situ hanyalah
Asyraf sahaja. Yang lain aku tidak kenal. Orang datang daripada mana juga aku
tidak tahu.
“Siapa ni?
Keluarga you ke? You dah kahwin ke?”, tanyaku kehairanan dek
ramai orang berada di sekeliling aku.
“Ya. Family I. I
tak kahwin lagi lah.”, katanya dengan selamba.
Dia mengambil beg
tangan aku lalu membuka kad itu dan menunjukkannya kepada aku. Riak wajahnya
yang bangga itu dengan sedikit kening terangkat itu membuatkan aku mahu sahaja
mencubitnya.
“Kakak I yang nak
kahwin. I nak ajak you lah, datang rumah! Tak percaya boleh tanya semua
orang kat sini.”, jelasnya lagi.
Mukaku berona
merah dek malu dengan kebodohan aku sendiri. Salah aku juga tidak memeriksa kad
itu terlebih dahulu. Aku melihat ke arah kakinya Asyraf. Dia masih memakai couple
shoe pemberian aku itu. Keluarganya mentertawakan aku. Rupanya keluarganya
berada di situ kerana ingin melamar aku menjadi sebahagian daripada keluarga
mereka.
Bersyukur. From
Crush to Wife and Husband. Siapa sangkakan? So, Girls jangan pernah give
up untuk sukakan orang yang anda suka. Anda juga berhak untuk menerima dan
menolak sesiapa yang hadir dalam hidup anda. Thanks to Couple Shoe. Now, we
are Married Couple. Sekarang, bukan setakat Couple Shoe. Semua ada.
T-shirt couple, cawan couple, seluar couple dan
sebagainya. Bukan haram couple tau. Jadilah halal couple!
***************
USAI bersolat jemaah dengan suami tercinta. Aku bersalaman
dengannya. Dia mencium dahiku dengan lembut. Aku pandang matanya lama-lama.
“Woi, dah kenapa
pandang orang macam itu?!”, katanya sambil menarik hidung aku yang tidak berapa
mancung ini.
“Salah kah pandang
suami sendiri lama-lama hah? Dapat pahala kan?”,balasku dengan mencubit
lengannya.
“Jom, gi Jakarta
esuk! I dah book tiket dah. Jom!”, katanya sambil tersenyum-senyum.
“Kerjalah esuk!”,
jeritku sambil melipat telekung dan sejadah.
“Ponteng
sahajalah. Kerja bukan boleh bawa sampai syurga pun. Sayang boleh bawa saya aja
pergi syurga tau!”, katanya sambil membuat muka hodoh mengalahkan zombie
kampung pandan!
***********************************
JAKARTA. Tempat kami berbulan madu. Kali ini berbulan madu bukan
dengan Couple Shoe sahaja malah semuanya nak couple things! Hahaha.
Daripada topi sehinggalah ke kasut semuanya Couple Things!. Siapa sahaja
mahu keluar bersama memakai tshirt couple? Yang lelaki mesti geli kan.
Berbeza dengan Asyraf ini. Dia pakai sahaja semua yang couple-couple things
ni. Couple things bukanlah beerti semua kena sama. Tidak. Kalau baju
dia saiz L, saya saiz S. Manalah mungkin saya memakai saiz L juga kan. Cukuplah
dengan corak baju yang sama. Warna seluar yang sama. Warna beg yang sama. Jam tangan
yang sama warna dan corak.
“From Crush to
husband and wife”.
Satu ungkapan yang
aku tulis dalam diari aku. Muka hadapan aku letak tajuk ini. Semoga sampai
syurga bersamanya. Amin.
-TAMAT-