Tepukan gemuruh utk diri anda dapat YUAIYEH!!
aku kenal uia je. kah2 dah dapat asasi uiam kan. kah2
commonly, mesti pikiaq kan dak2 uia ni pakai tudung labuh ke semuanya ?
pakai purdah ke semuanya ? pakai stokin je la eh manjang?
tak weyh. sama je dengan U lain. sama je nature dia. kat uiam ni special sikit campur dengan pelajar2 yang tak de basic agama, muaallaf pun hado, yang hafiz hafizah jangan ler dikato. ramai... So, medan dakwah itu luas.
Benda-benda crucial time asasi di UIA...
1. TUDUNG PUTIH
aku rasa ini memang tradisi, setiap hari rabu memang kena pakai tudung putih, n brothers kena pakai kemeja. yelah hari rabu hari menye-mart, baru hensem n suci2 sikit. ini tidak, gi kelas cm gi bilik air, rambut serabai, baju pun baju semalam. haih.....
SO, yang gegurls ni jangan risau tudung putih ini banyak variasi, shawl boleh, tudung sekolah boleh, tudung bawal boleh semuan boleh, janji tutup aurat.
2. KELAS DAH DITETAPKAN
well said. ini cam tak seronok je dengar kan. lagi2 bila ade crush dengan kelas sebelah. pergh, cm x de kesempatan je nak berkelas sesama. ye dok ? hahahaha. jangan ler risau selagi kos sama tu boleh ler bertogether2. well, cam aku dulu, dia ikot huruf, pergh aku huruf A memey sah sah ler dapat kelas terawal. bengang2.
tapi AA aku said boleh tukar, then dengan kencangnya aku angkat tangan! hahaha. tak mau aku.
oh yer. AA tu Academic Advisor. hah dia lah yang duk atur2 kan kelas korang tuh. kalo ade masalah study kau jumpa jer dia. settle problem beb!
3. ELAUN DAPAT
padu je dapat elaun. dulu kitorg duk PJ, tak tahu sekarang PJ buka lagi ke tak. memang penuh la rapid KL and metro bas duk bawa gi mid valley, tu je shopping port kitaorg. melepak daripada subuh sampai maghrib kat sana kau. hahaha. elaun nya pasal. ada gak dak2 yang rajin bercermat-cermat ini, kumpul duit elaun, habis foundation, terus kawin. pergh!
Ada gak yang kembangkan duit tu gi beli emas n so on. join MLM n anymore....
ikotlah korang nak wat cemana duit tu. simpan utk jenjalan satu dunia pun okey.
tapi lau tak ley makan sebab simpan duit, baik beli makanan je weyh !
4. PASAR MALAM VS BAZAR RAMADHAN PJ
pergh yang syok habis!
bila gi pasar malam ini, tak habis rm10 rasa tak puas, semua sedap-sedap makanannya PLUS murah-murah gilos uolls. Yg rumet jenis pemalas giler nak keluar bilik tu mesti gi kirim memacam kat kau, nak kentang pusing-pusing lah, nak jagung bakar lah memacam beb! balik2 pasar malam ley patah tangan kau duk angkut bebanyak tu. nak2 bilik tingkat 4 pulak. haih..... jangan ler buli kawan weyh. ikotlah sekali gi pasar malam. bukan apa, dapat pengalaman, dapat makanan cia2.
5. KELUAR JUST HARI JUMAAT-AHAD ONLY
yup. tu je boleh keluar pastu kena rajin display matric card. kalau polis duk tenung2 kau tu, rajin rajinler tunjuk matrik card, bukan apa, jaga lah disiplin korang kat U ni, nanti cantik je nama tak de kesalahan disiplin. cewaahhh gitu. bukan nerd tau tapi smart.
daripada melayang rm50 gitu jer, baik kau habiskan rm50 makan seminggu kat yuaiyeh ni.
6. USROH KE BILIK
yang ni kan, aku tak tahu lah mana dia dpt cabel usroh SIR katanya, kalau dah usroh benda baik da kenapala nak kena rahsia2 aneh2 betul. yang ni kau jaga-jaga beb. kalau kau jenis ley go on dengan benda-benda camni, go on! tapi kalau benda ni yang ganggu kau study. FORGET IT. lagi2 yang akak2 ke abg2 yang dtg drpd u lain tu. haih. aku cadangkan usroh ni kau ikot je anak negeri punya. Selamat. yang cm pelik2 ni takut syiah pulak. kah2 kah2.
7.KELAS DEKAT AJE
haah yang ni tak tahu la nak kata, kau bangun kol 8, kelas kol 8, still kau ley cecepat gi kelas, paling tak pun kau lambat 15 minit je. melainkan kau jenis bermekap bagai, haih. nak pakai lens je setengah jam, tak pula letak eyeliner lagi. alah pi kelas ni, janji sedap mata memandang sudah. nanti lau time AGM kau pakai ler vogue2 kah2 . gojes. eyeliner panjang mana pun tak kisah. hahahhaa,
berikut adalah kat asasi uia pj. kalau uia gambang, den tak leh kabo. just good luck n tahniah korang!!
do the best yawwwwww...
No comments:
Post a Comment