templet

Thursday, 18 May 2017

UPU ONLINE

terkadang nasib seseorang berbeza. UPU ibarat tidak mempunyai nilai dan mata. sesiapa sahaja boleh dapat ipta melalui upu. tapi ada juga kisah-kisah orang orang yang tidak bernasib baik langsung tidak dapat upu online. tidak dapat ipta mahupun politeknik.

KESAL?
SEDIH?

ye. memang umur 18 ini bagai dicabar. sebab kita sudah biasa dengan aturan hidup yang sama dengan rakan-rakan kita akan tetapi umur 18 ini mengajar kita bahawanya masing-masing manusia mempunyai jalan masing-masing yang lebih baik utk diri mereka.

Ye. tidak dinafikan kita selalu mencemburui kawan-kawan kita yang dapat UiTM, UIA, UM dan sebagainya. tetapi kita sendiri tidak menghargai pemberian Allah taala pada diri kita.

hidup kat U, dan Kolej mungkin berbeza.
akan tetapi, terserah pada diri kita menerima cabaran tersebut dan lakukan yang terbaik dalam hidup kita.
jika kita hadapi cabaran itu dengan sebulat hati kita, Insya Allah, cabaran itu jadi mudah kita tangani.

Misal kata, aku pernah join dulu permainan handball. bagi aku,  permainan ini agak kasar, dengan caranya dan gaya balingannya sangat kasar. Aku rasa x mampu utk jadi keeper waktu itu. akan tetapi, ada seorang senior aku berkata mainlah dengan hati kamu, dengan keyakinan kamu. Aku sangat yakin tak menang waktu itu tetapi Allah beri izin untuk menang.

Alhamdulilah, kami main 6 game dan tewas pada game terakhir dan berjaya meraih naib johan.

begitulah kehidupan selepas alam persekolahan.
cabaran jadi dekat dengan kita. rapat dengan kita. ibarat isi dengan kuku.
terimalah cabaran itu dengan hati kamu yang redha.

Sesungguhnya kamu tidak tahu yang benda yang kamu rasakan baik utk kamu itu sebenarnya tidak baik utk kamu dan sebaliknya.
So, Bersemangatlah wahai adik-adik bakal mahasiswa dan mahasiswi!

Bersemangatlah dan kejarlah impian mu!
Jadikan cabaranmu sebagai SATU KEJAYAAN buat MU!

sesungguhnya perjalanan kita masih jauh.
teruskan berjalan.
raihlah peluang.
kutiplah kenangan.
semaikan dalam jiwa.
moga berkekalan berpanjangan.
cewwwaaahhhh.

Hah! jgn lupa tau dah masuk U nanti, rajin2 lah buka Quran baca Quran, bukan ramadhan je. jadikan baca Quran itu rutin kita. okey ??
:)

No comments:

Post a Comment