templet

Thursday, 18 May 2017

TUKAR KOS KAT IIUM

hah! time ni, kita nak share pula, pasal tukar kos!

senang je nak tukar kos kat iium ni.
mula-mula, korang isi borang kat portal tak silap.
change programme.

Second, korang gi bank in kat uia rm100. jangan lupa simpan resit. just in case!
RM100 ni utk memudahkan diaorang bekerja utk menukarkan programme anda.

Third, ada yang dapat email, ada yang dapat call. Kalau tak dapat apa-apa, dont be panic, just call AMAD. Nanti diorg checkkan korang dapat ke tak temuduga utk change programme.

Fourth, datang temuduga dengan fail-fail yang sebenar. nak bawa spare part yang fotostat punya pu boleh, basically, mereka nak tgok tahap pencapaian kita. Owh ye! jangan lupa download and print result sem lepas korang tu. Sem yang korang tak change programme tu. Thats really important beb!

Fifth, Senyum. yes, temuduga memang mendebarkan but pliss promote yourself. siapa lagi nak bangga dengan diri kita kalau bukan kita yang bangga dengan diri kita, right ?

Sixth, Tawakkal. seriously cakap. kadang2 tak semua kita nak tu, kita dapat. sometimes kita ditakdirkan dengan benda yang lebih baik but it was not now maybe later. maybe korang dipermudahkan dapat kerja perhaps, dipermudahkan dapat scholarship sambung master. we dont knew right ?

Seventh, AMAD will call us sama ada kita berjaya ke tak dapat programme yang kita nak tu. Kalau AMAD tak call anda, please call them.

Eighth, amik surat tawaran kat pejabat AMAD, this offer letter told you whether you dapat ke tak programme you nak tu.

hah. Just for reminding uolls.
P/S : segala yang korang buat sem lepas dalam programme yang lepas akan dihapuskan. So, nak transfer credit akan guna korang punya result sem yang programme dulu,. Makanya, simpanlah result sem yg programme dulu tu. senang nak transfer credit nanti.

Contoh:
cam korang dah amik BM, LM2023 masa sem dulu programme dulu, then programme yang baru ni tak yah amik dah, just transfer credit.

so. basically camtulah. tetapi ade je programme yang tak perlu pun temuduga. tapi korang kena wat surat hantar kat office kulliyyah tu. depends! so, keep on bertanya. jangan segan ! okey ?
Chow Duluuuuuuu
Doakan gua exam !

SKINCARE

skincare ooo skincare...
pernah dengar tak,
" nak lawa kenalah rajin. "

haha. well said memang betul. skincare la kita kena jaga kan.
sapa tak nak, muka lawa x de flaw, x de jerawat, bersih, tak de cela, kulit sekata ?
senang citer. muka baby.
bila dah masuk universiti ni, mesti ah nak muka lelawa kan.

okey. ni aku nak citer.
skincare yang aku pakai dedulu daripada jaman sekolah lagi is safi balqis.
drpd zaman aku ade chicken pox banyak. seyes banyak.
memang banyaklah flaws bila ade chicken pox kat muka.
so, aku guna satu set. yes, satu set. mula2 memang best guna, but bila dah lama-lama, dia jadikan muka cm makin suram plus kusam.
i dont know why.

so, aku beralih, tukar ke Garnier Sakura White. yang pink tu. sebab dia an sesuai utk kulit sensitif. so aku pun gatal la nak tukar, pergh, letak je pelembap dia, cam nak terbakar kulit aku. pedih yaaa amat weyh, maybe kulit aku dah sangat nipis. not just that, muka aku keep on mengelupas.
u know, apa paling tak best bila mengelupas?
bila pakai make up, make up jadi sangatlah buruks.
i dont know how to say, cm mekap kita tu x leh nak blend dengan sempurna pun,
so jadi sangat buruk. cam bubuh bedak tak sekata. takkanlah masuk u pun tak reti berbedak kan?
so, thats what come to my mind. aku ade kulit kering plus sensitif.

so, i keep on google. and they said, klo skincare yang buat kulit kita sakit, better buang je. jangan pakai!
so, aku nekad. tukar lagi....
tukar to natural  based one.
disebabkan muka aku jenis yang kering, aku pilih cleanser yang jenis gel. kalau korg yang jenis kulit kering amik yang jenis foam, pergh habislah muka korang.
gel ni, ko guna la banyak kali, tak mengelupas . hah! tu point dia. haha.
so, aku choose product from simple.
so far so good, tapi korang yang pakai mekap, kau kena tanggal mekap by using simple wet tissue sebab yang ni kuat sikit kuasa magnetic dia tanggalkan mekap. jangan tanggalkan mekap dengan basuh muka guna cleanser.
tak bersih pun senanya. better buang mekap dulu.
korang akan rasa sendiri perbezaannya.

dah buang mekap, baru pakai cleanser, then toner , then pelembap.
simple je. but mesti rajin. combination yang paling umpph utk kulit kering ni is minyak argan. minyak argan ni pula banyak sangat-sangat org jual kat ig kan. kau amik yang betul-betul power and pure cm mira filzah punya tu ke.

biasa lah benda natural ni, kesan dia bukan sehari dua, so jangan ler bersedih. so disebabkan kulit yang kering dan nipis senang sangat2 MR JER nak bertapak kan. so, jangan TOUCH! jangan sesekali TOUCH ! tak memasal MR JER bawa geng dia bertapak kat muka kau. kan tak seronok tu.
lagi2 pas korek2 lubang2 telinga ke hidung ke, aih banyak bakteria tu weyhhhh....

Bila ade MR JER, just letak ubat jerawat jer. kalau guna yang oxy punya ni, dia cm tajam sikit. so, aku prefeer yang berkulit kering ni gunalah jenama safi yang gamat tu. okey kot.

owh yeah, SKRUB pun kena rajin gak. klo tak sel-sel kulit mati, white head, blackhead bertepuk-tepuk kat muka. Aku syorkan yang Cosmoderm punya, dia punya teksturnya sangat lembut, biasanya kita pakai skrub, rasa pedih kan. ni tak, dia rasa smooth je. so try lah.
scrub drpd sendayu tinggi pun cam best sebab dia punya bekas tu praktikal so, senang kau nak menempek2.
scrub ini sepatutnya wat 3 kali seminggu, before kau buat tu, buka pori dulu dengan letakkan muka atas wap air panas. letak air panas dalam bekas, or gayung ke, then, kau letak muka atas wap tu. jangan kau celup pula muka kau. kang tak masal tak de muka. haha.
after that, baru apply skrub.

Mask. yupp. klo tgok citer korea an diaorg pakai mask hari-hari kan. its ikot jenis kulit actually. yang oily mungkin its okey. but utk kulit sensitif plus kering, cari mask yang ade hydration. better jangan cari yang peel off. cari yang mask tu. yang putih tu. yang organic and natural punya lagi better.
Masking ni benda yang best. coz its really relaxing.

kalau utk korang yang tahan bau telur, just apply je putih telur kat muka korang semalaman.
kalau yang kembang tekak tu, tak ler buat. x masal-masal muntah memanjang....

so, conclusionnya.....
for kulit kering, use
1. SIMPLE PRODUCT or HIMALAYA PRODUCT
2. use ARGAN OIL


3. smooth scrubbing


4.  Use Pimple lotion



5. use organic mask.
6. be RAJIN

haha. tu je kot. nak share. saya budak baru belajar. kadang-kadang tersilap jua. apa2 pun, rajin-rajinlah membersih muka ya.... walaupun just dok umah jer....
:)

#jangankecamsaya #sayacumanakshare

WELCOME TO PUSAT ASASI UIAM

Tepukan gemuruh utk diri anda dapat YUAIYEH!!
aku kenal uia je. kah2 dah dapat asasi uiam kan. kah2

commonly, mesti pikiaq kan dak2 uia ni pakai tudung labuh ke semuanya ?
pakai purdah ke semuanya ? pakai stokin je la eh manjang?

tak weyh. sama je dengan U lain. sama je nature dia. kat uiam ni special sikit campur dengan pelajar2 yang tak de basic agama, muaallaf pun hado, yang hafiz hafizah jangan ler dikato. ramai... So, medan dakwah itu luas.

Benda-benda crucial time asasi di UIA...
1. TUDUNG PUTIH
 aku rasa ini memang tradisi, setiap hari rabu memang kena pakai tudung putih, n brothers kena pakai kemeja. yelah hari rabu hari menye-mart, baru hensem n suci2 sikit. ini tidak, gi kelas cm gi bilik air, rambut serabai, baju pun baju semalam. haih.....
SO, yang gegurls ni jangan risau tudung putih ini banyak variasi, shawl boleh, tudung sekolah boleh, tudung bawal boleh semuan boleh, janji tutup aurat.

2. KELAS DAH DITETAPKAN
well said. ini cam tak seronok je dengar kan. lagi2 bila ade crush dengan kelas sebelah. pergh, cm x de kesempatan je nak berkelas sesama. ye dok ? hahahaha. jangan ler risau selagi kos sama tu boleh ler bertogether2. well, cam aku dulu, dia ikot huruf, pergh aku huruf A memey sah sah ler dapat kelas terawal. bengang2.
tapi AA aku said boleh tukar, then dengan kencangnya aku angkat tangan! hahaha. tak mau aku.
oh yer. AA tu Academic Advisor. hah dia lah yang duk atur2 kan kelas korang tuh. kalo ade masalah study kau jumpa jer dia. settle problem beb!

3. ELAUN DAPAT
padu je dapat elaun. dulu kitorg duk PJ, tak tahu sekarang PJ buka lagi ke tak. memang penuh la rapid KL and metro bas duk bawa gi mid valley, tu je shopping port kitaorg. melepak daripada subuh sampai maghrib kat sana kau. hahaha. elaun nya pasal. ada gak dak2 yang rajin bercermat-cermat ini, kumpul duit elaun, habis foundation, terus kawin. pergh!
Ada gak yang kembangkan duit tu gi beli emas n so on. join MLM n anymore....
ikotlah korang nak wat cemana duit tu. simpan utk jenjalan satu dunia pun okey.
tapi lau tak ley makan sebab simpan duit, baik beli makanan je weyh !

4. PASAR MALAM VS BAZAR RAMADHAN PJ
pergh yang syok habis!
bila gi pasar malam ini, tak habis rm10 rasa tak puas, semua sedap-sedap makanannya PLUS murah-murah gilos uolls. Yg rumet jenis pemalas giler nak keluar bilik tu mesti gi kirim memacam kat kau, nak kentang pusing-pusing lah, nak jagung bakar lah memacam beb! balik2 pasar malam ley patah tangan kau duk angkut bebanyak tu. nak2 bilik tingkat 4 pulak. haih..... jangan ler buli kawan weyh. ikotlah sekali gi pasar malam. bukan apa, dapat pengalaman, dapat makanan cia2.

5. KELUAR JUST HARI JUMAAT-AHAD ONLY
yup. tu je boleh keluar pastu kena rajin display matric card. kalau polis duk tenung2 kau tu, rajin rajinler tunjuk matrik card, bukan apa, jaga lah disiplin korang kat U ni, nanti cantik je nama tak de kesalahan disiplin. cewaahhh gitu. bukan nerd tau tapi smart.
daripada melayang rm50 gitu jer, baik kau habiskan rm50 makan seminggu kat yuaiyeh ni.

6. USROH KE BILIK
yang ni kan, aku tak tahu lah mana dia dpt cabel usroh SIR katanya, kalau dah usroh benda baik da kenapala nak kena rahsia2 aneh2 betul. yang ni kau jaga-jaga beb. kalau kau jenis ley go on dengan benda-benda camni, go on! tapi kalau benda ni yang ganggu kau study. FORGET IT. lagi2 yang akak2 ke abg2 yang dtg drpd u lain tu. haih. aku cadangkan usroh ni kau ikot je anak negeri punya. Selamat. yang cm pelik2 ni takut syiah pulak. kah2 kah2.

7.KELAS DEKAT AJE
haah yang ni tak tahu la nak kata, kau bangun kol 8, kelas kol 8, still kau ley cecepat gi kelas, paling tak pun kau lambat 15 minit je. melainkan kau jenis bermekap bagai, haih. nak pakai lens je setengah jam, tak pula letak eyeliner lagi. alah pi kelas ni, janji sedap mata memandang sudah. nanti lau time AGM kau pakai ler vogue2 kah2 . gojes. eyeliner panjang mana pun tak kisah. hahahhaa,


berikut adalah kat asasi uia pj. kalau uia gambang, den tak leh kabo. just good luck n tahniah korang!!
do the best yawwwwww...

UPU ONLINE

terkadang nasib seseorang berbeza. UPU ibarat tidak mempunyai nilai dan mata. sesiapa sahaja boleh dapat ipta melalui upu. tapi ada juga kisah-kisah orang orang yang tidak bernasib baik langsung tidak dapat upu online. tidak dapat ipta mahupun politeknik.

KESAL?
SEDIH?

ye. memang umur 18 ini bagai dicabar. sebab kita sudah biasa dengan aturan hidup yang sama dengan rakan-rakan kita akan tetapi umur 18 ini mengajar kita bahawanya masing-masing manusia mempunyai jalan masing-masing yang lebih baik utk diri mereka.

Ye. tidak dinafikan kita selalu mencemburui kawan-kawan kita yang dapat UiTM, UIA, UM dan sebagainya. tetapi kita sendiri tidak menghargai pemberian Allah taala pada diri kita.

hidup kat U, dan Kolej mungkin berbeza.
akan tetapi, terserah pada diri kita menerima cabaran tersebut dan lakukan yang terbaik dalam hidup kita.
jika kita hadapi cabaran itu dengan sebulat hati kita, Insya Allah, cabaran itu jadi mudah kita tangani.

Misal kata, aku pernah join dulu permainan handball. bagi aku,  permainan ini agak kasar, dengan caranya dan gaya balingannya sangat kasar. Aku rasa x mampu utk jadi keeper waktu itu. akan tetapi, ada seorang senior aku berkata mainlah dengan hati kamu, dengan keyakinan kamu. Aku sangat yakin tak menang waktu itu tetapi Allah beri izin untuk menang.

Alhamdulilah, kami main 6 game dan tewas pada game terakhir dan berjaya meraih naib johan.

begitulah kehidupan selepas alam persekolahan.
cabaran jadi dekat dengan kita. rapat dengan kita. ibarat isi dengan kuku.
terimalah cabaran itu dengan hati kamu yang redha.

Sesungguhnya kamu tidak tahu yang benda yang kamu rasakan baik utk kamu itu sebenarnya tidak baik utk kamu dan sebaliknya.
So, Bersemangatlah wahai adik-adik bakal mahasiswa dan mahasiswi!

Bersemangatlah dan kejarlah impian mu!
Jadikan cabaranmu sebagai SATU KEJAYAAN buat MU!

sesungguhnya perjalanan kita masih jauh.
teruskan berjalan.
raihlah peluang.
kutiplah kenangan.
semaikan dalam jiwa.
moga berkekalan berpanjangan.
cewwwaaahhhh.

Hah! jgn lupa tau dah masuk U nanti, rajin2 lah buka Quran baca Quran, bukan ramadhan je. jadikan baca Quran itu rutin kita. okey ??
:)