healing atau penyembuhan sering kita kaitkan dengan sakit. Jika tanpa sakit, kita tidak kenal sembuh. Jika tanpa sakit, kita tak kenal ertinya sihat. Jika kita rasa sakit, kita tidak menghargai hidup kita yang sihat tanpa sedikit sakit pun.
Benarlah kata-kata Nabi Muhammad, mafhumnya dua nikmat yang sering dilupakan ialah sihat dan masa lapang.
Sakit sungguh bila kita merancang sesuatu,
ramai yang membangkang rancangan kita
sedang kita sibuk memikirkan cara untuk mempermudahkan mereka
rupanya begitu manusiawi
Salah sangatkah kita ?
Sakit benar rasanya kita sahaja dipersalahkan,
Sakit sungguh rasanya kita dikecewakan.
Mungkin cara yang salah,
penat kita mengubah cara dan bicara,
sehingga kita lupa muhasabah itu bagaimana?
Ya, telinga dianugerahkan untuk mendengar,
bayangkan hidup ini hanya ada telinga tanpa mulut,
manusia hanya mendengar,
tidak menentang.
Aman bukan ?
Ya, tetapi ingat sahabat yang Allah kurniakan punya asbab,
asbab bahawa kita punya hak dengan berkat akal yang Allah beri,
yang kita akan memilih jalan Allah,
membaca ayat Allah,
membaca kalam rasulullah,
menyampaikan risalah dan risalah daripada baginda
kepada kita.
Ingat diri yang sedang sakit,
kau masih di dunia,
hanya sementara semuanya,
sabar itu kuncinya.
Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
Andai kau tak mampu debat,
diam dan belajar.
Suatu masa,
kau akan betul juga.
Sabar.
Api yang marak
jangan ditambah mercun,
simbah dengan air.
Pergi jauh-jauh.
Healing hati.
Ya Allah, kuatkanlah aku.
2 perkataan ini cukup dalam bahawa hanya Allah tempat kita bergantung.
Cik Illy FirnaZ
templet
Saturday, 29 September 2018
Sunday, 22 April 2018
TRUST
korang mesti pernah dengar perkataan "trust' kan?
apa yang korang terbayang?
"friendship" atau "relationship"?
Susah dan sedih bila trust dah tak de.
kita percaya hanya atas angin.
Walhal orang sekeliling kita masih "trust" pada kita.
Kadang-kadang ketidakjujuran boleh menyebabkan sensitiviti,
sakit hati bila kawan kita menyakiti kita,
bohong kita, sembunyikan sesuatu daripada kita,
seolah-olah kita tak layak tahu mengenainya.
Kepercayaan aku pada kawan yang selalu bersama itu adalah yang terbaik sehingga graduate, tapi rupanya tidak.
Putuskan keputusan meeting tanpa bagitahu,
tiba-tiba sudah ada keputusan.
Buruk sgt kah apa yang aku cadangkan ?
ya. aku tahu, aku tak pandai macam korang, score semua test, cakap sedap, ilmu banyak, lecturer suka.
kalau aku ni? lecturer manalah yang suka dengar aku cakap....
aku hanya cakap apa yang tertulis atas kertas.
utk impress kan hati seorang lecturer itu payah.
Ya. aku tahu aku bukan berpolitik cam korang.
tahu siapa yang bertanding, perjuangkan hak-hak Islam,
sedangkan aku kat sini, tak tahu pun nak amik single step yang mana satu utk kenal politik.
Aku rasa kita tak setaraf, untung sahaja la kita hanya berkenalan sebagai classmates.
Aku cukup rasa terkilan, dengan pengorbanan aku yang akhirnya bersisakan habuk sahaja.
korban tenaga, duit dan juga waktu.
Akhirnya yang naik jadi MPP, orang yang aku lansung tidak kenal.
hah! baguslah itu.
kitorang ni hanya keldai2 kau je.
yang kena kerah kerja.
but the end, power tu diberi kat orang lain.
butakah apa kau, sebagai kawan ?
pengorbanan yang aku beria-ria masih lagi kau backup orang sikit pun tak masuk dalam society? tiba-tiba naik jadi MPP.
Please smile for tomorrow.
i seriously sad because of politics, Muslim was separated.
just duduk dalam jamaah dia sahaja.
doesnt bercampur dengan orang cemana itu?
tak nak ke tolong Muslim lain?
yang x pernah tahu pun jihad islam tu cemana.
Buta tuli sangatkah kau orang??
akan ku paksakan senyuman untukmu.
kau yang perdagangkan senyuman aku.
#luahanhati #pedih.
apa yang korang terbayang?
"friendship" atau "relationship"?
Susah dan sedih bila trust dah tak de.
kita percaya hanya atas angin.
Walhal orang sekeliling kita masih "trust" pada kita.
Kadang-kadang ketidakjujuran boleh menyebabkan sensitiviti,
sakit hati bila kawan kita menyakiti kita,
bohong kita, sembunyikan sesuatu daripada kita,
seolah-olah kita tak layak tahu mengenainya.
Kepercayaan aku pada kawan yang selalu bersama itu adalah yang terbaik sehingga graduate, tapi rupanya tidak.
Putuskan keputusan meeting tanpa bagitahu,
tiba-tiba sudah ada keputusan.
Buruk sgt kah apa yang aku cadangkan ?
ya. aku tahu, aku tak pandai macam korang, score semua test, cakap sedap, ilmu banyak, lecturer suka.
kalau aku ni? lecturer manalah yang suka dengar aku cakap....
aku hanya cakap apa yang tertulis atas kertas.
utk impress kan hati seorang lecturer itu payah.
Ya. aku tahu aku bukan berpolitik cam korang.
tahu siapa yang bertanding, perjuangkan hak-hak Islam,
sedangkan aku kat sini, tak tahu pun nak amik single step yang mana satu utk kenal politik.
Aku rasa kita tak setaraf, untung sahaja la kita hanya berkenalan sebagai classmates.
Aku cukup rasa terkilan, dengan pengorbanan aku yang akhirnya bersisakan habuk sahaja.
korban tenaga, duit dan juga waktu.
Akhirnya yang naik jadi MPP, orang yang aku lansung tidak kenal.
hah! baguslah itu.
kitorang ni hanya keldai2 kau je.
yang kena kerah kerja.
but the end, power tu diberi kat orang lain.
butakah apa kau, sebagai kawan ?
pengorbanan yang aku beria-ria masih lagi kau backup orang sikit pun tak masuk dalam society? tiba-tiba naik jadi MPP.
Please smile for tomorrow.
i seriously sad because of politics, Muslim was separated.
just duduk dalam jamaah dia sahaja.
doesnt bercampur dengan orang cemana itu?
tak nak ke tolong Muslim lain?
yang x pernah tahu pun jihad islam tu cemana.
Buta tuli sangatkah kau orang??
akan ku paksakan senyuman untukmu.
kau yang perdagangkan senyuman aku.
#luahanhati #pedih.
Tuesday, 8 August 2017
SUBANG PARADE
JALAN-JALAN KUALA LUMPUR
Aku dah lama sangat lah nak jenjalan. Memandangkan kat rumah hanya tahu makan dan minum sahaja. Apakata kita gi jalan-jalan nak tak?
Jom ikot aku! Senang aja tau nak gi Subang Parade ni. Kalau korang daripada Gombak, macam aku, korang boleh naik LRT GOMBAK tu sampailah kat LRT SUBANG JAYA.
Then, turun. Gempak dah LRT baru ni. memang berbeza dengan yang lama.
Apa yang best kat sini is KTM dan LRT bersebelahan. LRT kat atas and KTM kat bawah. Senang nak kemana-mana ya dok? huhu.
Jom tengok sat maps LRT ni. --->
Okey. Dah tengok kan. Okey. Cuba tengok ni. Korang boleh ke Subang Parade dengan jalan kaki je. Tak yah nak naik-naik bas. Aku dulu baru datang. So, cam tak tahu nak kemana macam mana apa semua. Aku amiklah bas! kah! kah!
Korang turun daripada tangga. then, jalan belah kiri sampai nampak 7-eleven tu. Pastu jalan lagi tau. Sampai korang nampak pathway yang ramai orang jalan. Kat situ memang ramai orang jalan.
Pathway tu sambungkan LRT n KTM dengan SUBANG PARADE and AEON BIG SUBANG.
Subang parade ni ade apa?
Ada DIY, ada STARBUCKS, ada BREADSTORY, ada HAT ATTACK. Hat Attack ni lawa sangat weyh! haha. macam-macam lagi ada. Korang jalan-jalan jelah. kedai baju banyak juga. Watson pun ada juga.
Btw best jugaklah jalan-jalan sini. dapat juga jumpa artis kah! kah!
Selepas ni, aku nak try one city mall. katanya best kat sana!
Jom check it out!
#kakijalan #kakitravel #kakihabisduit #teruskankehidupan
#jalanjalanKeyyel
CERPEN KETIGA
CERPEN 3- COUPLE SHOE untuk CRUSH
SUKA pada dia dan sukakan setiap perkara dia lakukan tetapi tidak
mahu katakannya secara terang-terangan dek kerana malu. Orang yang diminati dan
disukai itu dipanggil Crush, dalam bahasa mat salihnya lah. Gelaran ini
sudah popular dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah mahupun pelajar
universiti. Ramai di antara mereka mempunyai Crush masing-masing sama
ada dengan senior mahupun junior atau rakan sekelas. Bak kata pepatah, cinta
tidak mengenall usia, rupa dan semuanya.
Begitu juga Fazira
yang sangat meminati senior sekolahnya yang merupakan pelajar contoh di
sekolah. Crushnya juga merupakan pengawas dan atlet olahraga yang sangat
terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan. Tampan. Tinggi. Kacak.
Berbakat. Cukup serba serbi yang membuatkan dia menjadi bahan percakapan atau ‘gossip’
budak perempuan sekolahnya. Fazira sudah lama memendam perasaan kerana dia
merupakan seorang gadis yang pemalu. Fazira juga berasa rendah diri jika dia
dibandingkan dengan peminat-peminatnya Asyraf yang semuanya cantik-cantik
belaka malah kaya lagi berharta semua.
Esuk merupakan
hari lahir Asyraf. Fazira membeli sepasang couple shoe untuk Asyraf dan
untuk dirinya. Sudah lama Fazira memerhati atau ‘spy’ Asyraf
segala-galanya tentangnya dia sudah tahu. Asyraf suka makan apa. Asyraf suka
warna apa. Jam yang dipakai Asyraf di sebelah tangan kiri mahupun tangan kanan.
Semuanya dia sudah tahu. Fazira hanya menceritakan hal ini kepada rakan baiknya
sejak di bangku sekolah rendah lagi iaitu Adilah.
“Kau dah prepare
ke Faz? Kata ada hadiah special nak bagi dia.”, suara Adilah yang
memecahkan angan-angan aku.
“Apa untuk crush
aku ke? Dah. Sebulan sebelum itu lagi, aku dah prepare dah semuanya.”,
jelasku dengan riak wajah yang bangga.
“Wah, pantas betul
kau! Fully prepared ni! aku doakan kau berjaya kawan!”
Adilah selalu
menyokong aku tetapi aku sahaja kurang keyakinan untuk bercakap dengan senior
aku itu. Mahu cerita tentang hal apa? Jelas-jelas aku juniornya sahaja yang
tidak boleh masuk urusannya sebagai pengawas atau atlet. Aku juga merupakan
orang biasa-biasa tetapi aku selalu menjuarai Pertandingan Tilawah Quran dan
hampir setiap tahun aku wakil sekolah aku ini.
**************
ESUK sudah tiba. Sinar mentari terbit lalu memberi semangat pada
aku untuk terus bersinar persis burung yang mencari rezekinya di waktu pagi
ataupun ayam jantan yang setia berkokok setiap pagi. Aku membawa kasut itu ke
sekolah dan aku sudah pun membalut kotak kasut itu dengan kertas hadiah dan
juga aku sertakan sekeping kad ‘Happy Birthday’ untuk Asyraf. Kasut ini aku design sendiri mengikut corak yang
aku kehendaki. Aku sendiri yang melukis di atas kasut ini. Kasut ini merupakan
kasut doodle yang famous sejak akhir-akhir ini. Aku harap dia akan menyukainya.
Berhari-hari aku menyiapkannya.
Bunyi loceng
menandakan waktu rehat lalu aku dengan rakan aku, Adilah menuju ke kelas
Tingkatan 5 Muslim. Kelas ini merupakan kelas yang diduduki dengan calon Sijil
Pelajaran Malaysia yang mana sekolah mencalonkan mereka sebagai bakal straight
A untuk SPM. Kelas ini kosong jika waktu rehat kerana majority dalam kelas
ini akan melakukan solat dhuha. Aku masuk ke dalam kelas itu senyap-senyap
menuju ke meja milik Asyraf. Orangnya sangat kemas. Buku teratur dan mejanya
dipenuhi dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu lakukan. To-do list,
bahasa mat salih menyebutnya.
Aku meletakkan
hadiah di bawah mejanya berdekatan dengan kerusinya. Aku tidak menulis siapa
yang mengirim hadiah itu kerana aku sendiri mahu dia mencari couple shoe
ini. Aku dan Adilah keluar daripada kelas itu.
“Weh korang, siapa
masuk kelas ni tadi ya?”, tanya Asyraf kepada kawan-kawan sekelasnya.
Masing-masing menggeleng kepala tanda tidak tahu.
“Siapalah yang
baik hati memberi hadiah ini kepada aku?”, bisik hati Asyraf. Dia meletakkan
hadiah itu di sebelah kakinya. Asyraf melihat bawah meja dan dia mendapati
banyak coklat-coklat yang diberikan oleh peminatnya.
“Untunglah famaous!
Hot!”, puji Adam, kawan Asyraf yang merupakan kawan sekelas dengannya.
“Kau nak ke?
Ambillah. Aku bukannya suka sangat benda-benda manis ini!”, jelas Asyraf
mengeluarkan semua coklat-coklat di bawah mejanya dan disimpan dalam beg
plastik. Niatnya mahu memberi sedekah kepada anak-anak kecil sesiapa sahaja
yang dia nampak waktu pulang daripada sekolah nanti.
Adam dengan
gembiranya mengambil dua keping coklat dan berterima kasih dengan kawannya itu.
Untung juga jadi kawan kepada kawan yang merupakan famous di sekolah.
Itu merupakan satu anugerah yang patut disyukurinya.
LATIHAN kawad diadakan pada waktu petang dan murid-murid bebas
memakai pakaian dan kasut asalkan kelihatan seperti bersukan. Adilah dan Fazira
pula baru berjinak-jinak dalam kawad kaki sekolah wakil Persatuan Kadet Polis
untuk sekolahnya. Masih juga tersalah kaki dan sebagainya.
Adam merupakan
komander bagi Kawad Kaki Kadet Polis Lelaki di sekolah itu. Adam melihat ke
arah Adilah dan juga Fazira yang selalu melakukan kesalahan dalam kawad kaki.
Adam juga mengajar mereka step-by-step. Yalah. Kalau abang yang ajar
tidaklah segarang kakak-kakak yang mengajar. Cepat sahaja Adilah memahaminya
sedangkan dialah paling susah menghafal step! Fazira mengerling Adilah
sambil tersenyum-senyum.
“Kau ini kenapa,
tersenyum-senyum! Kawad kena serius juga ya! Cepat, buat perkara yang sama
dengan Adilah ini!”, jelas Adam sambil menjeling aku.
Aku membuat muka
yang buruk kepadanya dan mujurlah dia tidak nampak perbuatan aku itu. Aku dan
Adilah dilatih dengan serius lalu kami dapat membuat yang terbaik. Kami juga
bagai tidak percaya dengan perkara itu tetapi Adam mengajar dengan bersungguh-sungguh
masakan tidak Adam merupakan Ketua Platun yang memenangi Pertandingan Kawad
Kaki Peringkat Kebangsaan. Setakat mengajar kedua orang budak perempuan yang
mentah ini apalah sangat kan?
Asyraf yang baru
sahaja pulang daripada latihan bola sepak menuju ke arah Adam. Hatiku bagaikan
mahu tercabut. Berdegup dengan laju sekali. Aku menekup muka aku dengan kedua
belah tangan aku. Aku juga mengenakan couple shoe yang aku berikan
kepadanya itu. Entah dia perasan atau tidak kasut aku itu.
“Beb, aku tunggu
kat belakang tau. Kata nak makan cendol jap lagi!”, kata Asyraf menepuk bahu
Adam. Adam mengangguk kepalanya. Asyraf terus menuju ke belakang dewan.
“Okey, setakat ini
sahaja. Nanti kak Hajar akan mengajar korang berdua dengan lebih mendalam lagi
tau! Fighting! Fighting!”, kata Adam lalu meninggalkan kami berdua.
Asyraf pulang ke
rumahnya lalu membuka kotak kasut itu dan dia mencubanya. Sesuai dengannya! Dia
sendiri berasa terkejut bagaimana pemberi hadiah itu tahu saiz kasutnya. Dia
melihat kotak kasut itu jenama Zans yang sangat popular pada hari ini. Dia
terus membuat carian di google tentang kasutnya itu. Dia tidak jumpa kasut yang
bercorak manakala kebanyakkannya warna kosong sahaja. Dia meneliti kasut itu
dan tersenyum sendiri.
************
KAWAD kaki kami semakin serius. Hampir setiap hari kami berlatih
dan berlatih sehingga formasi kami ingat sungguh. Kadang-kadang dalam tandas
juga kami berkawad kaki. Bukan itu sahaja, ke kantin sekolah juga kami
berkawad. Di mana-mana ahli pasukan kawad ini berjumpa pasti ceritanya tentang
hari pertandingan.
Kasut fazira
semakin haus dek hentakan demi hentakan setiap hari. Yalah, kadet polis pula
itu memang sangat disiplin. Angkat kaki perlu 90 darjah! Jika tidak, kena
hentak 100 kali. Dek didikan Kak Hajar dan Abang Adam, Adilah dan Fazira sudah
pandai dan mahir dalam berkawad kaki. Bukan itu sahaja! Adilah juga sudah mula
menyukai Abang Adam dalam diam.
“Hai, kasut lain
pula Fazira?”, tanya Adilah yang kehairanan melihat kasut baruku yang hanya
beberapa ringgit sahaja jika mahu dibandingkan dengan kasut Zans itu.
“Haah. Kasut itu
mahu haus. Aku peliklah Asyraf itu tak perasan ke dengan couple shoe
itu?! Aku buat sendiri sebiji dengan dia punya kut!”, rengekku kegeraman dek
cinta tidak terbalas dengan positif.
“Satu hari nanti
dia mesti perasan punya! Kau percayalah. Aku rasakan aku syok lah kat Abang
Adam itu.”, kata Adilah yang mengejutkan aku. Aku memandang wajahnya dengan
riak wajah yang aneh. Dia tersenyum sahaja.
“Crush la
ni kan?”, kataku sambil menyiku sikunya. Dia hanya tersengih-sengih macam
kerang busuk. Syok betul dia dengan Abang Adam itu!
Adam dan
Asyraf datang ke tapak perhimpunan untuk
melihat aksi kawad kami sebelum esuk kami bertanding. Asyraf yang tidak tahu
mengenai kawad hanya mengikut sahaja Adam kerana Adam takut pula timbul fitnah
jika hanya dia seorang sahaja lelaki yang melihat aksi kawad itu. Dia juga
memberitahu kami apa yang kurang dan apa yang salah. Kadangkala dia memuji juga
kawad kaki kami. Almaklumlah kami baru sahaja mahu bertanding di peringkat
daerah.
“Alamak!”, kataku
dengan perlahan. Kasutku tercabut daripada kakiku. Aku berkaki ayam sambil
berkawad. Manakala Asyraf berlari-lari mengambil kasut itu. Kasut aku di tangan
Asyraf tetapi kenapa aku tidak memakai kasut couple itu! Haih! Aku terus
berkawad dengan berkaki ayam.
“STOP!”,
arahan daripada Adam membuatkan pergerakan kami terhenti.
“Kasut siapa ini?
Bahaya ni kalau terjadi esuk, kita boleh hilang markah tau!”, jelas Adam kepada
kami.
Aku mengangkat
tangan lalu Asyraf menuju ke arah aku dan dia yang memberikan kasut itu kepada
aku. Tangan aku mengigil-gigil mengambil kasut itu daripadanya. Aku tertunduk
malu. Asyraf sangat dekat dengan aku.
“Good luck
esuk!”, katanya perlahan dan aku mengangguk-angguk mengiakan kata-katanya. Tidak
sempat mengucapkan terima kasih, kelibat dia sudah jauh daripada pandangan mata
aku. Hatiku bagaikan mahu meletup dengan kehadiran dia dihadapan aku sebentar
tadi. Aku tersenyum dan bersemangat dalam berkawad. Tali kasutku diperketatkan
lagi.
******************
HARI pertandingan telah tiba. Persiapan kami selama berbulan ini
harapnya boleh memberikan kebahagiaan kepada kami sendiri atas usaha kami
sendiri. Kami berharap dapat melanjutkan kawad kaki ini sehingga ke peringkat
negeri. Kami berusaha bersungguh-sunggu membuat yang terbaik.
Kata-kata Asyraf
itu aku jadikan sebagai aspirasi aku untuk terus melakukan yang terbaik. Aku
juga memakai couple shoe yang sama dengan Asyraf itu. Asyraf tidak ada
sewaktu hari pertandingan ini kerana dia tidak masuk kawad kaki sebaliknya dia
melibatkan diri dalam Pertandingan Kuiz Matematik Peringkat Daerah. Aku
berharap juga dia akan menang.
“Juara bagi
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kajang ini jatuh kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Iskandar Shah”, juruacara mengumumkan pemenang utama
bagi pertandingan ini.
Sekolah aku
berjaya mendapatkan tempat pertama dan sememangnya kami layak masuk ke
peringkat negeri. Puas hati. Berbaloi usaha berhari-hari. Berbaloi muka yang
terbakar hangus ini. Syukur kami panjatkan kepada Illahi kerana memberikan kami
kejayaan ini. Pastinya perhimpunan sekolah akan bergegar dengan kejayaan kami.
Gembira! Pingat emas milik kami semua.
**********
KEJAYAAN itu digemparkan kepada satu sekolah. Sudah pastinya Asyraf
juga tahu berita ini. Aku tidak sempat mengucapkan terima kasih kepadanya hari
itu. Aku mahu berterima kasih kepadanya. Justeru itu, aku menulis sepucuk surat
dan mengepilkan dengan air kotak Lemon Ais lalu aku letakkan di bawah mejanya
ketika waktu rehat.
“Hah! Buat apa
ni?”, jerkah Kak Ollyn yang membuatkan aku dan Adila terkejut.
“Ah, Kitaorang nak
bagi buku latihan ini untuk kelas ini daripada Cikgu Rania.”, balas Adilah
dengan agak gagap. Adilah menghulurkan buku latihan itu kepada Kak Ollyn. Kak
Ollyn tersenyum melihat kami berdua. Terkebil-kebil macam ada buat silap apa
sahaja.
Perutku memulas
dengan teruk. Sudah tidak tahan lagi. Sakit sungguh perutku. Aku bergegas
menuju ke tandas. Tanpa disedari, aku terlanggar seorang lelaki. Aku tidak
melihat siapakah lelaki itu kerana perutku semakin kuat memulas. Aku hanya
mengucapkan maaf berkali-kali lalu aku terus menuju ke tandas berdekatan.
“Kau okey tak
ni?”, tanya Adilah dengan riak wajahnya yang risau.
“Okey. Tapikan
Dil, aku langgar seorang lelaki tadi. Aku tak perasan siapa yang aku langgar
tadi. Tapi aku dah minta maaf dah kat orang itu banyak kali. Siapa eh aku
langgar tadi?”, kataku dengan riak wajah kehairanan.
“Aku nampak. Kau
nak aku cakap ke siapa orang tu?”, tanya Adilah sambil menjeling muka aku.
“Siapa beb?!”,
jeritku tanda keterujaan untuk mengetahui lelaki tersebut.
“Asyraf Rizman
kesayangan kau tu lah!”,
“What?!!”, aku
terkesima dengan kata-kata Adilah. Akalku tidak boleh menerima kenyataan bahawa
itu adalah lelaki yang aku sangat suka selama ini iaitu Asyraf. My Crush!
Dahiku dipukul berkali-kali.
“Ya Allah. Apa aku
dah buat?”, bisik hati aku. Aku masih tidak percaya yang aku terlanggar dengan
crush aku sendiri. Terkejut bercampur dengan gembira. Teruja! Senyuman terukir
tanda bahagia. Moga Asyraf semakin mengenali aku kali ini!
“Weh, nak tahu
something tak?”, kata Adila menjeling aku.
“Crush kau menang
tempat kedua Pertandingan Kuiz Matematik tu. Tahniah beb!”, kata Adilah yang
membuatkan aku semakin suka dengan Asyraf. Crush aku. Aku hanya tersenyum
mendengar berita itu. Aku tahu dia mampu lakukan yang terbaik. Idola sekolah
kan?
“Faz, aku tak
nampak pun crush kau tu pakai kasut yang kau bagi tu. Kau ada ke nampak dia
pakai?”, tanya Adilah membawa fikiranku ke waktu yang sudah berlalu. Cuba
mengimbau kembali peristiwa-peristiwa antara aku dan Asyraf.
“Tak adalah. Alah,
dia tak suka ke kasut aku itu? Design latest kut! Aku punya kasut ni nak rosak
dah.”, kataku mengenangkan couple shoe yang aku selalu pakai waktu
latihan kawad kaki.
Latihan kawad kaki
berlansung seperti biasa pada hari ini. Aku melihat kelibat Asyraf. Tiada. Aku
memakai couple shoe pada hari ini. Couple shoe yang hampir haus.
Tinggal tunggu ajal sahaja masuk ke tong sampah. Mataku tetap meliar mencari
kelibat Asyraf sedangkan Adam ada bersama dengan kami.
“Fokus! Fokus!”,
Adam memberi arahan dengan tegas. Semua platun berdiri tegak, mendada dan
memandang hadapan. Kaki pula berbentuk ‘V’. Sedia menerima arahan manakala aku
masih mencari-cari kelibat Asyraf.
Tanpa sedar, Adam
berdiri di sebelah aku mengajuk pandangan mataku yang mencari-cari kelibat
Asyraf. Akhirnya, pandangan mataku tertangkap oleh pandangan matanya.
“Oh pocot mak
kau!”, aku melatah. Automatik sahaja melatah ini keluar daripada bibir aku.
“Cari siapa?”,
tanya Adam memandang tepat ke muka aku.
Aku
menggeleng-gelengkan kepala lalu aku juga berdiri tegak bersama-sama platun
yang lain. Ketua Platun memberi arahan. Maka, kami mengikut arahan tersebut
dengan serentak dan seirama.
“Alamak!”, muka
aku mulai resah. Orang di belakang aku memijak kasut aku lalu kasut aku
tercabut. Sekali lagi, berkaki ayam! Aku mengikut sahaja arahan daripada Ketua
Platun. Aku tidak peduli lagi mengenai kasut itu. Tiada siapa yang mempedulikan
nasib kasut itu. Pergerakan kami tidak berhenti. Terus dan terus. Sakit juga
berkawad dengan berkaki ayam.
Bunyi orang
berlari ke arah kasut aku. Mengambilnya sebelum satu pasukan platun
melanggarnya. Orang tersebut ialah Asyraf Rizman. Asyraf terpaku dihadapan
sebelah ketua platun. Dia juga memakai kasut yang aku bagi. Senyuman aku sudah
tidak boleh lari daripada muka aku. Jelas. Nyata. Aku tersenyum. Siapalah tak
suka crush pakai hadiah kita bagi, kan?
Rehat sebentar.
Dia pergi kepada aku. Memegang kasut aku. Ibarat dalam cerita dongeng
Cinderella sahaja. Putera yang mencari Cinderella untuk memberi sepatu yang
tertinggal. Begitulah cerita cinta Cinderella aku yang terjadi di sekolah ini.
“So, awaklah yang
bagi kasut ini kan?”, teka Asyraf.
Aku menunduk malu
dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Adilah memandang Asyraf lalu mengangguk-anggukkan
kepalanya. Adilah membuat isyarat bahawa itu adalah couple shoe. Asyraf
memahami isyarat Adilah lalu dia duduk di sebelah aku. Adilah memalingkan
badannya. Dia meletakkan kasut itu sebelah kakinya. Dia melihat design
kasut itu.
“Awak buat ke ni?
Lawa.”, katanya.
Aku memandang
wajahnya dan riak wajahnya menunjukkan dia sangat sukakan kasut itu. Aku rasa
bersyukur. Dia menyukai kasut pemberian aku.
“Kasut kita
samalah. Cuma kasut saya besar, kasut awak kecil.”, jelasnya lagi sambil ketawa
kecil.
“This is Couple
Shoe. Saya punya dah buruk. Awak punya baru lagi.”.
“That’s mean
orang yang kasut lusuh ini sudah berusaha habis-habisan untuk mendapatkan kasut
baru ini. Kan?”, kata Asyraf melihat anak mataku.
Senyuman yang
manis kau lemparkan kepadanya. Dia juga tersenyum melihat kedua kasut itu. Couple
Shoe yang menyatukan kami dan membuatkan kami lebih rapat.
**************
SEJAK itu, kami sudah pun berkawan hampir beberapa tahun. Walaupun
kami sudah berjauhan menyambung pelajaran masing-masing. Kami masih berhubung
melalui Skype mahupun WhatsApp. Dia menyambung pelajarannya di
Mesir dalam bidang perubatan manakala aku belajar di Malaysia dalam bidang
kejururawatan.
Hujung minggu ini,
kami berjanji mahu bertemu di Malaysia. Kami bertemu di SMK Sri Iskandar Shah.
Sekolah kami dahulu. Berdebar juga mahu bertemu dengan orang sudah lima tahun
aku tidak jumpa. Entah bagaimanakah rupanya. Dia memberitahu aku dia memakai
baju kemeja putih dan jeans biru. Kebetulan! Aku juga memakai baju blouse
berwarna putih bersama kain jenis denim biru digandingkan dengan selendang
biru.
KEMEJA putih dan berjeans biru berdiri menghadap bangunan sekolah. Aku
berada di belakangnya. Aku memulakan langkah. Aku masih memakai couple shoe
itu.
“Ehem.
Assalamualaikum Encik.”, kataku membuat dia berpaling kepadaku.
“Waalaikumussalam.
Fazira?”, suaranya dan riak wajahnya aneh melihat outfit aku.
Dia
memandang couple shoe itu. Kemudian, dia mengeluarkan sepucuk kad kahwin
daripada poket seluarnya. Dia memberikan kad kahwin berwarna biru itu kepada
aku. Aku terdiam. Terpaku. Terkesima. Sedih. Mesti dia mahu berkahwin. Aku mati
akal.
Sebelum dia
memulakan kata-kata, aku terus masuk ke perut Myvi aku dan aku membawa Myvi aku
pergi sejauh-jauhnya daripada Asyraf. Aku tidak membuka kad kahwin yang
diberikannya itu. Air mata aku tidak lagi berada dalam takungannya. Empangannya
sudah pecah membanjiri pipi aku. Tudung aku juga basah dengan air mataku. Laju
aku membawa Myvi aku pergi daripada sekolah itu.
Kenapa dia tak call
aku? Betulkah dia nak berkahwin? Owh ya, aku sahaja yang minat dia. Dia lansung
tidak meminati aku! Sedarlah diri, Faz! Sedarlah diri! Kenapa dia tak panggil
pun aku masa aku pergi daripada dia tadi? Maknanya betul lah dia mahu
berkahwin!
“Sedarlah diri,
Faz!”, jeritku dalam Myvi ini. Air mata yang mengalir ini menghalang
penglihatan aku kabur. Ada kenderaan meluncur keluar daripada simpang di
hadapan tetapi kaki aku semakin kuat menekan minyak. Kereta aku berlanggar
dengan kereta Saga itu. Aku cedera dan tidak sedarkan diri.
*********************
“FAZ! Faz! Bangunlah Faz!”, jerit sahabat aku, Adilah yang
menyedarkan aku daripada mimpi kosong itu. Mimpi yang hitam. Aku tidak ingat
apa yang terjadi. Lelah. Aku melihat Adilah dan keadaan sekeliling. Ya. Aku di
hospital.
“Kenapa aku kat
sini, Dila?”, tanyaku kehairanan.
“Kau kemalangan
tadi. Mujurlah kau tak cedera teruk. Myvi kau je yang teruk. Kau okey tak ni?”,
jelas Adilah.
Aku
mengangguk-anggukkan kepala aku. Kepala aku cedera sedikit. Aku melihat beg
tangan aku lalu aku berputus asa. Aku dihanyutkan dengan lena yang lama. Bermimpi
bahawa Asyraf sudah berkahwin dengan orang lain.
**********
AKU tersedar daripada lena itu. Aku tercungap-cungap. Badanku juga habis
kebasahan. Aku memandang orang sekeliling aku. Yang aku kenal di situ hanyalah
Asyraf sahaja. Yang lain aku tidak kenal. Orang datang daripada mana juga aku
tidak tahu.
“Siapa ni?
Keluarga you ke? You dah kahwin ke?”, tanyaku kehairanan dek
ramai orang berada di sekeliling aku.
“Ya. Family I. I
tak kahwin lagi lah.”, katanya dengan selamba.
Dia mengambil beg
tangan aku lalu membuka kad itu dan menunjukkannya kepada aku. Riak wajahnya
yang bangga itu dengan sedikit kening terangkat itu membuatkan aku mahu sahaja
mencubitnya.
“Kakak I yang nak
kahwin. I nak ajak you lah, datang rumah! Tak percaya boleh tanya semua
orang kat sini.”, jelasnya lagi.
Mukaku berona
merah dek malu dengan kebodohan aku sendiri. Salah aku juga tidak memeriksa kad
itu terlebih dahulu. Aku melihat ke arah kakinya Asyraf. Dia masih memakai couple
shoe pemberian aku itu. Keluarganya mentertawakan aku. Rupanya keluarganya
berada di situ kerana ingin melamar aku menjadi sebahagian daripada keluarga
mereka.
Bersyukur. From
Crush to Wife and Husband. Siapa sangkakan? So, Girls jangan pernah give
up untuk sukakan orang yang anda suka. Anda juga berhak untuk menerima dan
menolak sesiapa yang hadir dalam hidup anda. Thanks to Couple Shoe. Now, we
are Married Couple. Sekarang, bukan setakat Couple Shoe. Semua ada.
T-shirt couple, cawan couple, seluar couple dan
sebagainya. Bukan haram couple tau. Jadilah halal couple!
***************
USAI bersolat jemaah dengan suami tercinta. Aku bersalaman
dengannya. Dia mencium dahiku dengan lembut. Aku pandang matanya lama-lama.
“Woi, dah kenapa
pandang orang macam itu?!”, katanya sambil menarik hidung aku yang tidak berapa
mancung ini.
“Salah kah pandang
suami sendiri lama-lama hah? Dapat pahala kan?”,balasku dengan mencubit
lengannya.
“Jom, gi Jakarta
esuk! I dah book tiket dah. Jom!”, katanya sambil tersenyum-senyum.
“Kerjalah esuk!”,
jeritku sambil melipat telekung dan sejadah.
“Ponteng
sahajalah. Kerja bukan boleh bawa sampai syurga pun. Sayang boleh bawa saya aja
pergi syurga tau!”, katanya sambil membuat muka hodoh mengalahkan zombie
kampung pandan!
***********************************
JAKARTA. Tempat kami berbulan madu. Kali ini berbulan madu bukan
dengan Couple Shoe sahaja malah semuanya nak couple things! Hahaha.
Daripada topi sehinggalah ke kasut semuanya Couple Things!. Siapa sahaja
mahu keluar bersama memakai tshirt couple? Yang lelaki mesti geli kan.
Berbeza dengan Asyraf ini. Dia pakai sahaja semua yang couple-couple things
ni. Couple things bukanlah beerti semua kena sama. Tidak. Kalau baju
dia saiz L, saya saiz S. Manalah mungkin saya memakai saiz L juga kan. Cukuplah
dengan corak baju yang sama. Warna seluar yang sama. Warna beg yang sama. Jam tangan
yang sama warna dan corak.
“From Crush to
husband and wife”.
Satu ungkapan yang
aku tulis dalam diari aku. Muka hadapan aku letak tajuk ini. Semoga sampai
syurga bersamanya. Amin.
-TAMAT-
Saturday, 5 August 2017
CERPEN KEDUA
CERPEN DUA- KEDUA VS PERTAMA
USAI
pulang daripada pejabat, aku masih termenung mengenangkan kata-kata sahabat aku
yang bernama Fakhrul itu.
“Kau ini bila nak kahwin? Anak aku
nak masuk tiga dah. Kau cepat-cepatlah kahwin, kesianlah dekat parents
kau, diaorang kan kesepian.”.
Fikiran aku melayang sehingga ke Kampung Sialang, Tangkak.
Terbayang wajah ibu dan ayah aku yang sudah tua dimamah usia. Walaupun begitu,
mereka tidak pernah menyebut soal jodoh apabila aku pulang ke rumah. Adakah
kerana aku ini seorang sahaja anak mereka? Atau sebab mereka hanya berserah
sahaja semuanya kepada Illahi? Benarkah mereka berasa kesepian? Aku lihat
mereka sentiasa kesibukan dengan haiwan ternakan mereka dan ayah pula sibuk
dengan ikan ternakannya. Mana mungkin mereka berasa kesepian.
Memang tidak dinafikan usia aku juga sudah lanjut untuk memegang
takhta teruna. Ramai rakan sebaya aku sudah bernikah dan mempunyai cahaya mata
masing-masing. Manakala aku masih lagi teguh memegang takhta teruna. Bagi aku
masih tidak lewat, aku yakin ramai lagi teruna tua di luar sana sebaya dengan
aku. Oh, ya! Umurku sekarang sudah mencecah 32 tahun.
Memanglah aku menjadi bahan ketawa rakan-rakan aku. Aku juga selalu
dikenengkan dengan rakan sekerja aku yang berusia 22 tahun, fresh graduate
katanya. Afifah namanya, muda, sopan dan baik budi pekerti tetapi aku sangat
yakin dia mesti tidak berminat dengan aku. Mana tidaknya jika aku minta fail
rekod pelajar, dia tidak memandang aku lansung.
Soal jodoh aku tolak jauh-jauh biar Allah yang menentukan
segala-galanya. Hidup dan mati ini juga kerana Allah. Jadinya, jodoh juga pasti
Allah sudah aturkan yang terbaik untuk aku.
Sudah tiba di rumah, tempat aku berteduh dan tempat aku
membersihkan diri aku. Aku pun masuk ke perut rumah dengan muka yang hampa dek
mengenangkan kata-kata Fakhrul tadi.
“Hai balik dah, Sir Irwan ini! Apahal muka selebet je tu Irwan?”
Aku membalas senyuman kepadanya.
Rakan housemate aku, Roy. Itu nama poyo dia. Nama betul dia, Hassan.
Jauh bezakan. Dia juga teruna tetapi dia muda lagi teruna segar lagi, umur
dalam 27 tahun begitu.
Usai aku mandi, punggung aku
dilabuhkan di sofa empuk bersama Roy. Aku menonton televisyen sambil makan
keropok Jack n Jill.
“Eh kau itu sudah tualah. Umur dah
lanjut. Cepatlah kawin Ridhwan! Mak nak sangat menimang cucu. Seronok sikit
hidup mak. Ini kau kerja kat Kuala Lumpur tinggal mak sorang kat sini. Pastu,
sekarang tidak kahwin lagi. Haih. Peninglah mak dengan kamu ni!”
Dialog daripada cerita di televisyen
yang menyentapkan sanubari aku, jiwa dan raga aku. Rasa seperti sebuah buku
dihempukkan di atas kepala aku. Geramnya aku! Aku terus memandang Roy. Roy
membuat muka pelik.
“Hang dah kenapa, Irwan? Jangan syok
kat aku weh. Aku teruna lagi. Suci bersih!”
“Aku nak tanya hang, aku ni tua
sangatkah nak bergelar teruna? Ke orang nampak aku macam dah beranak pinak?”
“Taklah perasaan hang ja kot. Hang
itu muda lagi. Baru 32 tahun! Boleh enjoy lagi!”
“Tak adalah aku rasa aku dah tua
lah. Kat sekolah itu, ramainya orang duk bahan aku cakap aku dah tua. Aku
nampak tua sangat ke Roy?”
“Aku rasalah hang kena gi work out
sikit. Bagi ada muscle kat bahu tu. Baru meletop kau ni. Yan jambang tu buang
dah macam tok aji manalah. Kalau nak simpan pun, biar kemas sikit. Barulah ada
orang duk syok kat hang!”
Aku menjeling dia lalu aku terus
meluru ke hadapan cermin melihat setiap inchi badan dan muka aku.
“Handsome juga aku ni!”
Tiba-tiba, Roy muncul di belakang
aku. Menepuk bahu aku, membandingkan mukanya dengan muka aku di hadapan cermin
itu.
“Ubahlah Irwan. Kau handsome tetapi
kalau kau kemas lagi handsome! Aku boleh tolong kau.”.
******************
ROY berjanji untuk membantu aku
mengubah imej dan personaliti aku. Hampir setiap pagi kami pergi berjoging
sekeliling kawasan perumahan aku. Selepas solat subuh sehinggalah jam 6.30
pagi. Kemudian, aku pergi ke sekolah pula. Jambang aku habis dicukur. Rambut
juga dipotong ala-ala Christiano Ronaldo. Baju juga Roy yang pilih kalau pergi
ke kerja. Tali leher mesti dipadankan sama dengan warna baju.
Aku melangkah masuk ke bilik guru.
Oleh kerana aku ini seorang yang agak chubby sedikit. Aku masih menjadi bahan
ketawa rakan-rakan aku. Apatah lagi dengan imej yang begitu. Baju aku sedikit
ketat nampak pula kebuncitan perut aku itu. Aku malu sebenarnya tetapi aku
hanya membuat cool sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Begitulah hari-hari seterusnya. Ada
juga yang memberikan aku semangat dan ada juga yang rajin mengenakan aku. Ada
yang sibuk menabur kata-kata yang mengatakan aku minat kepada Afifah, guru baru
itu. Kerana itulah aku berubah imej. Mulut orang dah ditutup susah. Melepas dan
terus cakap macam berdas-das peluru menembak aku. Hanya senyuman sahaja aku
tawarkan kepada mereka.
Walaupun begitu, semangat aku tidak
patah. Aku memang berhajat untuk berkahwin pada tahun ini dengan siapa itu aku
tidak kisah. Aku juga berhajat nak kuruskan badan dan aku akan buktikan pada
rakan sekerja aku yang aku juga boleh kurus. Mungkin bukan esuk, bukan lusa,
bukan tulat. Aku yakin Allah itu melihat usaha hambaNya. Kenapa tidak aku
kurus? Aku pasti boleh kurus.
***************
LIMA
bulan berlalu, aku sudah kurus seperti yang aku impikan. Otot-otot lengan juga
sudah terserlah. Aku juga tidak lagi membawa motor kapcai manakala aku membawa
proton persona ke sekolah tempat aku mencari rezeki itu. Ramai juga anak-anak
murid yang perempuan mahu bergambar dengan aku.
Hari guru sudah tiba. Seperti tahun
sebelum ini, aku hanya dapat beberapa hadiah sahaja tetapi sebagai guru
bukanlah hadiah yang kita harapkan. Ikhlas itu lebih penting dan pastinya
memberi keberkatan kepada anak-anak murid nanti. Aku tidak menjangkakan aku mendapat
banyak hadiah dan hampir penuh tempat duduk di belakang kereta aku.
Siapa sangka aku yang dahulunya
mempunyai berat hampir 90kg sekarang pula aku hanya 60kg. Aku berasa sangat
senang hati dengan perubahan aku ini tetapi masih lagi ada terasa kekosongan di
ruang hatiku. Seperti ada yang kurang. Yang tidak dapat aku penuhi dengan pergi
ke gim mahupun ke taman-taman.
Afifah itu sudah bernikah dengan
seorang peguam yang memang layak untuknya manakala aku juga tidak menaruh
apa-apa perasaan kepadanya. Aku memandu kereta menuju ke rumah.
Tiba-tiba, aku ternampak seorang
gadis sedang membetulkan basikalnya yang rosak di tepi jalan dan dia membawa
banyak barang bersamanya. Aku memberhentikan kereta aku, aku menyapa gadis
tersebut. Dia memberikan senyumannya kepadaku. Katanya basikalnya rosak, dia
hendak pergi ke pasar malam berniaga kuih muihnya.
Bagi aku, apa salahnya menolong
orang, mana tahu suatu hari nanti pasti Allah balas semula kebaikan aku dengan
perkara yang baik-baik. Aku menawarkan dia menaiki kereta aku dan dia
bersetuju. Manakala basikalnya aku letakkan di bahagian bonet belakang kereta.
Aku bertanya tentang latarbelakang dia. Dia sangat peramah menjawab segala
soalan dengan senyuman. Daripada ceritanya, dia tinggal di sebuah kampung bersama
ibunya. Ayahnya sudah tiada meninggal dunia. Dia tidak menyambung belajar hanya
Sijil Pelajaran Malaysia sahaja tahap tertingginya. Orangnya bersederhana
dengan baju kurung dan tudung bawalnya.
*****************
AKU
pulang ke rumah. Bayangan wajahnya masih di ingatan aku. Entah kenapa aku
terasa ada chemistry dengan gadis itu. Aku meluru ke dapur dan minum
segelas air yang ditinggalkan dalam peti sejuk lalu aku duduk sebentar di ruang
meja makan. Tanpa aku sedari, senyuman aku terukir.
“Irwan kau kenapa ni? Senyum senyum!
Kau ada girlfriend eh?”
“Banyaklah kau ni. Roy. Aku senyum
ke tadi?”
“Yalah. Tersengih sengih macam kera
gila.”
Aku terus menuju ke ruang kamarku.
Aku tidak sempat pula mengambil nombor telefon gadis itu. Aku sangat yakin dia
mesti masih gadis dan masih belum berpunya. Sama status dengan aku, yang
masih teruna. Tetapi adakah dia juga merasakan perasaan yang sama dengan aku
ya?
Mungkin hanya aku yang syok sendiri.
Biarlah jodoh yang berbicara. Jika ada jodoh, jika dia yang dititipkan untuk
aku pastinya aku akan bertemu dengannya kembali.
*********************
BARANG
dapur kebanyakkannya sudah habis. Mahu harapkan Roy membeli barang makanan di
rumah, haram jadah! Dia itu tahu makan sahaja manakala akulah yang menjadi
tukang masak untuknya. Aku minat memasak dan mahir dalam beberapa masakan.
“Sos cili. Sos cili. Manalah kau?”
“Aduh. Aduh. Encik. Encik pijak kaki
saya.”
“Maaf. Maaf. Saya tak sengaja.”
Aku mengangkat kepalaku dan aku
melihat gadis semalam itu berdiri di hadapan aku. Aku memandang wajahnya dan
dia menunduk malu.
“Awak yang semalam itu kan? Awak
beli barang kat sini juga ya?”, tanyaku.
“Haah. Barang nak buat kuih sudah
habis. Awak?”
“Cari barang dapur. Btw, nama awak
apa ya? Boleh saya minta nombor telefon awak?”
“Haha. Oh, isteri pesan ke tu?”
“Eh, tak! Saya tidak ada isteri.
Masih bujang. Single.”
“Oh. Dahlia.”
“Irwan.”
Dahlia namanya. Dia pergi
meninggalkan aku untuk mencari barang-barang kuihnya. Aku masih termenung
melihat kelibat dia sehingga hilang daripada pandangan mataku. Aku terlupa aku
masih tidak mempunyai nombor telefonnya. Bagaimana aku mahu berkomunikasi
dengannya?
Aku menonton televisyen di rumah.
Barang-barang dapur aku biarkan di atas meja. Nanti-nanti aku kemaslah. Aku
juga seronok mengunyah kacang kesukaan aku. Jari jemariku laju menekan alat
kawalan televisyen.
“Nama awak apa? Saya nak berkenalan
dengan awak. Saya serius dengan awak ni.”
“Dahlia. Awak datanglah rumah saya.
Saya tunggu awak. Assalamualaikum.”
Aku tercengang. Persis nama gadis
yang muncul dihadapan aku tadi. Dahlia. Apahal lah hero dalam cerita ini
seorang playboy? Haih. Tidak standing betul dengan aku yang teruna tulen ini.
Haha. Televisyen ini seperti mahu memerli aku sahaja. Aku berniat ingin
memperisterikannya. Aku nekad mahu pulang ke kampung untuk mengkhabarkan berita
ini pada kedua orang tua aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)