templet

Saturday, 29 September 2018

healing

healing atau penyembuhan sering kita kaitkan dengan sakit. Jika tanpa sakit, kita tidak kenal sembuh. Jika tanpa sakit, kita tak kenal ertinya sihat. Jika kita rasa sakit, kita tidak menghargai hidup kita yang sihat tanpa sedikit sakit pun.

Benarlah kata-kata Nabi Muhammad, mafhumnya dua nikmat yang sering dilupakan ialah sihat dan masa lapang.


Sakit sungguh bila kita merancang sesuatu,
ramai yang membangkang rancangan kita
sedang kita sibuk memikirkan cara untuk mempermudahkan mereka
rupanya begitu manusiawi


Salah sangatkah kita ?
Sakit benar rasanya kita sahaja dipersalahkan,
Sakit sungguh rasanya kita dikecewakan.


Mungkin cara yang salah,
penat kita mengubah cara dan bicara,
sehingga kita lupa muhasabah itu bagaimana?


Ya, telinga dianugerahkan untuk mendengar,
bayangkan hidup ini hanya ada telinga tanpa mulut,
manusia hanya mendengar,
tidak menentang.


Aman bukan ?
Ya, tetapi ingat sahabat yang Allah kurniakan punya asbab,
asbab bahawa kita punya hak dengan berkat akal yang Allah beri,
yang kita akan memilih jalan Allah,
membaca ayat Allah,
membaca kalam rasulullah,
menyampaikan risalah dan risalah daripada baginda
kepada kita.



Ingat diri yang sedang sakit,
kau masih di dunia,
hanya sementara semuanya,
sabar itu kuncinya.
Allah sentiasa bersama orang yang sabar.


Andai kau tak mampu debat,
diam dan belajar.
Suatu masa,
kau akan betul juga.

Sabar.
Api yang marak
jangan ditambah mercun,
simbah dengan air.
Pergi jauh-jauh.
Healing hati.

Ya Allah, kuatkanlah aku.
2 perkataan ini cukup dalam bahawa hanya Allah tempat kita bergantung.

Sunday, 22 April 2018

TRUST

korang mesti pernah dengar perkataan "trust' kan?
apa yang korang terbayang?
"friendship" atau "relationship"?

Susah dan sedih bila trust dah tak de.
kita percaya hanya atas angin.
Walhal orang sekeliling kita masih "trust" pada kita.

Kadang-kadang ketidakjujuran boleh menyebabkan sensitiviti,
sakit hati bila kawan kita menyakiti kita,
bohong kita, sembunyikan sesuatu daripada kita,
seolah-olah kita tak layak tahu mengenainya.

Kepercayaan aku pada kawan yang selalu bersama itu adalah yang terbaik sehingga graduate, tapi rupanya tidak.
Putuskan keputusan meeting tanpa bagitahu,
tiba-tiba sudah ada keputusan.
Buruk sgt kah apa yang aku cadangkan ?

ya. aku tahu, aku tak pandai macam korang, score semua test, cakap sedap, ilmu banyak, lecturer suka.
kalau aku ni? lecturer manalah yang suka dengar aku cakap....
aku hanya cakap apa yang tertulis atas kertas.
utk impress kan hati seorang lecturer itu payah.

Ya. aku tahu aku bukan berpolitik cam korang.
tahu siapa yang bertanding, perjuangkan hak-hak Islam,
sedangkan aku kat sini, tak tahu pun nak amik single step yang mana satu utk kenal politik.

Aku rasa kita tak setaraf, untung sahaja la kita hanya berkenalan sebagai classmates.
Aku cukup rasa terkilan, dengan pengorbanan aku yang akhirnya bersisakan habuk sahaja.
korban tenaga, duit dan juga waktu.
Akhirnya yang naik jadi MPP, orang yang aku lansung tidak kenal.
hah! baguslah itu.

kitorang ni hanya keldai2 kau je.
yang kena kerah kerja.
but the end, power tu diberi kat orang lain.
butakah apa kau, sebagai kawan ?
pengorbanan yang aku beria-ria masih lagi kau backup orang sikit pun tak masuk dalam society?  tiba-tiba naik jadi MPP.

Please smile for tomorrow.
i seriously sad because of politics, Muslim was separated.
just duduk dalam jamaah dia sahaja.
doesnt bercampur dengan orang cemana itu?

tak nak ke tolong Muslim lain?
yang x pernah tahu pun jihad islam tu cemana.
Buta tuli sangatkah kau orang??

akan ku paksakan senyuman untukmu.
kau yang perdagangkan senyuman aku.

#luahanhati #pedih.