pertama-tama sekali, den nak cakap, tahniah untuk korang semua yang dapat uiam.
bukan senang tau nak dapat uiam ni.
den duk UIAM GOMBAK.
betapa bersejarahnya u ni, berlambak da graduate drpd sini kah2.
nak citer tentang apa yang best uiam gombak.
1. ada cafe yang sangat banyak
ye. ada sangat2 banyak cafe kat sini. kafe mahallah, kafe evoke, kafe-kafe hs, kafe-kafe edu, kafe engine, kafe babush, kafe uniq, kafe econs
so ade banyak choice nak makan kat mana. dan bukan satu je menu dia. pelbagai. So pepandaila sesuaikan selera makan nanti.
sebabkan cafe sangat banyak, harga pun berbeza-beza.
kalau cafe tu lawa sikit, mahal sikit la makanannya ya.
kalau nak makan yang arab-arab sikit, shawarma, nan cheese, pizza homemade, boleh la gi cafe mahallah ruqayyah.
sedaplah juga.
2. ada kiosk yang sangat banyak.
mcm saya, saya kalau nak gi beli barang, saya suka gi kiosk asma, banyak barang kat kiosk dia. setiap mahallah ade kiosk tersendiri. So, senang la, nak beli mop pun beli kat kiosk je. tak yah la nak bawa mop dalam bas. hahaha. tapi iron board tak de lah kat kiosk hahaha.
3. ada IIUM ONLINE
apa bestnya iium online ni? iium online ni satu platform yg mana dak2 uia, berjual beli, meminta tolong, meminta perkhidmatan, berkongsi maklumat dengan pantas. mcm2 lah. amat-amat berguna.
kalau malas-malas nak gi jalan cari tempat makan best, ada je kat iium online tu jual nasi bungkus, nasi bajet, makaroni.. dan mcm-mcm la.
4. boleh keluar setiap hari.
yeay. sesiapa daripada uia pj mesti rasa kan cemana tak leh keluar isnin smpai khamis tu. da cemana nak balik sebelum pukul 10 malam tu kan. hahaha. jangan risau, duk iiumg ni, subuh pun boleh keluar dah. dah buka da pintu pagar mahallah. malam tutup pukul 12.
5. boleh bawa kenderaan sendiri
ye. kat sini macam-macam kenderaan awak nampak nanti. ade motor bateri. ade motor. ada yang berbasikal, ada yang berskateboard, kasut roda, mcm-mcm lah, kereta hmmmm. mcm-mcm kereta ade. audi pun ade. taxi pun berlambak. tapi jangan risau, uiamg ade sediakan bas. naik je bas tu free je pun. tapi bas tu keliling uia la. kalau nak keluar, naik bas rapid t200. dia tulis lrt gombak. kalau yang tulis 200 je, x de T tu. that means dia pergi ke ong tai kim.
6. female sport centre.
yes. ade female sport centre. masa nk kuruskan badan tiba. haha. ada balapan. tapi x sebesar stadium hamzah lah. kecik je pun. ada gelanggang hoki, ada tennis juga. ade squash, ade gym. ade swimming pool. ye. ade swimming pool. tetapi nak masuk situ kena ade baju renang muslimah ye. boleh sewa kat iium online tu. ade je sister-sister buat servis tu. nak beli pun boleh. ramai je yang jual. biasanya foreigner la yang jual. indonesian yang salu jual. ye. lupa pula. belakang mahallah maryam tu ada tasik. besar sangat la. boleh la jogging situ. ramai juga jog situ. seyes memang burn semua kalori duk jog situ . haha.
7. bilik besar,
ye. bilik besar, cm mahallah aminah, ampaian, tandas dalam bilik. ade ruang tamu. bilik share compartment dengan roommates. so, x de lah rasa sunyi kan. mahallah aminah je rasanya cmni. mahallah lain, ampaian kat luar, tandas kat luar. satu bilik 4 orang. compartment asing-asing.
well. uia provide loker yang bersaiz besar. rasanya boleh muat lebih 10 bantal dalam tu. ade rak yang luas. ade laci bawah katil. letak la apa suka. ada meja. ade kerusi. ada soft board lagi. sukahatilah kan nak tulis apa. peringatan2 semua hihi. so selesa la. jangan risau. huhu.
8. ramai foreigners.
yes. totally ramai sgt foreigners . mojoritinya ade kereta. foreigners ramai kos hs. kos barb kos irk tak ramai sangat. ramai brunei dengan malaysian je. haha. korang rasa sgt2 teruja bila ade forener yang pandai cakap melayu. rasa nak tepuk tangan pun ade. sebab ade forener ramai, kita kena asah la bahasa inggeris kita ni. jangan dibiarkan karat. kalau diaorang tanya apa-apa, jawab la, walaupun bi korang karat-karat. bak kata kawan saya, cakap macam ayam itik haha. owh ye. soalan yang biasa forener tanya is, "where is toilet ?" atau, "where is aikol ?" atau "why i can't withdraw my money?" susah juga la. tapi kalau niat kita nak membantu, insya Allah, Allah pasti akan bantu kita juga.
9. ramai kenalan, ramai kawan, ramai seniors.
yes. kalau kat uiapj kan, kita ade second year dengan first year je kan. tapi kalau kat uia gombak, kita ade banyak kawan-kawan daripada stam, stpm, diploma, master. secara totalnya. satu kelas cecah 60 orang. ye. memang ramai. senang lah korang nak bertemu jodoh . Hahahaha. kita ade bimbingan daripada akak-akak forth year, third year yang sangat-sangat matang dengan uiamg. So, banyakkan tanya mereka. mereka lebih berpengalaman lagi-lagi tentang kos kita. Insya Allah, Allah mudahkan urusan kita. amin.
10. banyak sangat-sangat majlis ilmu
ye. majlis ilmu banyak sangat. sampai kita sendiri rasa macam nak istikhoroh nak pergi majlis ilmu yang mana satu. tak kisah lah. yang penting, kat sini, rebutlah ilmu yang kita nk rebut. pergi la majlis-majlis ilmu. saya suka gi majlis ilmu ni, sebab saya dapat ilmu baru. ilmu yang saya pernah dengar cuma tak berapa mendalam. kita dapat tahu something dengan lebih mendalam. best kan. Dan, ade mcm-mcm jenis majlis ilmu. yang jenis motivasi pun ade. yang jenis mentaddabur ayat quran pun ade. Rapatkan diri dengan masjid. Insya Allah tak rugi. Ade peluang tu, muslimat ni pergilah rebut peluang solat jumaat. Best sangat. Dengar khutbah yang sangat-sangat menusuk kalbu.
11. banyak sangat club kat sini.
Clubnya pun aktif-aktif. so join lah. kembangkan bakat anda. musical ade. taekwondo ade. aikido ade. karate ada. silat cekak, silat gayung ade semua, debat arab, melayu, inggeris semua ade. jangan risau. hehe. maaruf club pun ada. join lah maaruf club. amar maaruf nahu mungkar dong~. gemilang club pun ada. untuk yang sukakan kanak-kanak, akhi club pun ade. art club pun ada. teater pun ada.
12. charity run
yes, charity run sgt banyak. bukan run waktu pagi je. night run pun ada. pakej la untuk sesiapa yang bercita-cita nak bakar kalori sambil-sambil berjalan dan berlari bersama-sama kawan-kawan huhu. itulah pengalaman yang mahal untuk korang. Hidup bukan untuk kurus tetapi untuk sihat. So, niatkan dalam diri anda, anda berlari untuk menjadi lebih sihat. lebih cergas, nak berjihad menuntut ilmu ini. hehe.
13. jodoh everywhere.
haha. sapa-sapa masuk uia, niat nak kawin tu, perbetulkan niat dulu, belajar bagi habis, bagi mak ayah senyum lebar dulu, mak ayah pegang ijazah korang dan tampal gambar konvo korang kat dinding dulu haha. tetapi, kalau da jodoh, ayah ibu restu. doesnt matter. alhamdulilah. just proceed. cuma nak ingatkan kawin sambil belajar sesuatu yang tough. lagi-lagi, untuk bakal ibu. Kelas kita bukan satu tempat, bersepah tempat, naik tangga, turun tangga, assignment yang bertingkat-tingkat lagi. Mcm-mcm. tetapi kalau ibu ayah restu, Insya Allah, Allah permudahkan segala urusan anda. Tempuhi dengan sabar. Banyakkan bersabar. Nak membina sesuatu kita perlukan banyak kerahan tenaga, berjaga malam, senget sikit, kita padam, lukis yang baru, nak tegakkan tiang perlu kesabaran dan kesetiaan. nak letakkan atap, bukan mudah. atap yang terlampau berat merobohkan binaan, atap yang terlalu ringan boleh hilang begitu sahaja. memang bukan mudah. dan apa bila binaan itu mahu roboh, Senang sangat. cukup dengan jentera sudah roboh.
kerahan tenaga kita sudah tiada apa-apanya harga di mata kita.
SO, pikir elok-elok sebelum membuat sesuatu keputusan.
P/s: good luck korang. tahniah. welcome to iium. tepukan gemuruh untuk diri sendiri.