templet

Friday, 19 August 2016

WELCOME TO UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

pertama-tama sekali, den nak cakap, tahniah untuk korang semua yang dapat uiam.
bukan senang tau nak dapat uiam ni.

den duk UIAM GOMBAK.
betapa bersejarahnya u ni, berlambak da graduate drpd sini kah2.
nak citer tentang apa yang best uiam gombak.

1. ada cafe yang sangat banyak
 ye. ada sangat2 banyak cafe kat sini. kafe mahallah, kafe evoke, kafe-kafe hs, kafe-kafe edu, kafe engine, kafe babush, kafe uniq, kafe econs
so ade banyak choice nak makan kat mana. dan bukan satu je menu dia. pelbagai. So pepandaila sesuaikan selera makan nanti.
sebabkan cafe sangat banyak, harga pun berbeza-beza.
kalau cafe tu lawa sikit, mahal sikit la makanannya ya.
kalau nak makan yang arab-arab sikit, shawarma, nan cheese, pizza homemade, boleh la gi cafe mahallah ruqayyah.
sedaplah juga.

2. ada kiosk yang sangat banyak.
mcm saya, saya kalau nak gi beli barang, saya suka gi kiosk asma, banyak barang kat kiosk dia. setiap mahallah ade kiosk tersendiri. So, senang la, nak beli mop pun beli kat kiosk je. tak yah la nak bawa mop dalam bas. hahaha. tapi iron board tak de lah kat kiosk hahaha.

3. ada IIUM ONLINE
apa bestnya iium online ni? iium online ni satu platform yg mana dak2 uia, berjual beli, meminta tolong, meminta perkhidmatan, berkongsi maklumat dengan pantas. mcm2 lah. amat-amat berguna.
kalau malas-malas nak gi jalan cari tempat makan best, ada je kat iium online tu jual nasi bungkus, nasi bajet, makaroni.. dan mcm-mcm la.

4. boleh keluar setiap hari.
yeay. sesiapa daripada uia pj mesti rasa kan cemana tak leh keluar isnin smpai khamis tu. da cemana nak balik sebelum pukul 10 malam tu kan. hahaha. jangan risau, duk iiumg ni, subuh pun boleh keluar dah. dah buka da pintu pagar mahallah. malam tutup pukul 12.

5. boleh bawa kenderaan sendiri
ye. kat sini macam-macam kenderaan awak nampak nanti. ade motor bateri. ade motor. ada yang berbasikal, ada yang berskateboard, kasut roda, mcm-mcm lah, kereta hmmmm. mcm-mcm kereta ade. audi pun ade. taxi pun berlambak. tapi jangan risau, uiamg ade sediakan bas. naik je bas tu free je pun. tapi bas tu keliling uia la. kalau nak keluar, naik bas rapid t200. dia tulis lrt gombak. kalau yang tulis 200 je, x de T tu. that means dia pergi ke ong tai kim.

6. female sport centre.
yes. ade female sport centre. masa nk kuruskan badan tiba. haha. ada balapan. tapi x sebesar stadium hamzah lah. kecik je pun. ada gelanggang hoki, ada tennis juga. ade squash, ade gym. ade swimming pool. ye. ade swimming pool. tetapi nak masuk situ kena ade baju renang muslimah ye. boleh sewa kat iium online tu. ade je sister-sister buat servis tu. nak beli pun boleh. ramai je yang jual. biasanya foreigner la yang jual. indonesian yang salu jual. ye. lupa pula. belakang mahallah maryam tu ada tasik. besar sangat la. boleh la jogging situ. ramai juga jog situ. seyes memang burn semua kalori duk jog situ . haha.

7. bilik besar,
ye. bilik besar, cm mahallah aminah, ampaian, tandas dalam bilik. ade ruang tamu. bilik share compartment dengan roommates. so, x de lah rasa sunyi kan. mahallah aminah je rasanya cmni. mahallah lain, ampaian kat luar, tandas kat luar. satu bilik 4 orang. compartment asing-asing.
well. uia provide loker yang bersaiz besar. rasanya boleh muat lebih 10 bantal dalam tu. ade rak yang luas. ade laci bawah katil. letak la apa suka. ada meja. ade kerusi. ada soft board lagi. sukahatilah kan nak tulis apa. peringatan2 semua hihi. so selesa la. jangan risau. huhu.

8. ramai foreigners.
yes. totally ramai sgt foreigners . mojoritinya ade kereta. foreigners ramai kos hs. kos barb kos irk tak ramai sangat. ramai brunei dengan malaysian je. haha. korang rasa sgt2 teruja bila ade forener yang pandai cakap melayu. rasa nak tepuk tangan pun ade. sebab ade forener ramai, kita kena asah la bahasa inggeris kita ni. jangan dibiarkan karat. kalau diaorang tanya apa-apa, jawab la, walaupun bi korang karat-karat.  bak kata kawan saya, cakap macam ayam itik haha. owh ye. soalan yang biasa forener tanya is, "where is toilet ?" atau, "where is aikol ?" atau "why i can't withdraw my money?" susah juga la. tapi kalau niat kita nak membantu, insya Allah, Allah pasti akan bantu kita juga.

9. ramai kenalan, ramai kawan, ramai seniors.
yes. kalau kat uiapj kan, kita ade second year dengan first year je kan. tapi kalau kat uia gombak, kita ade banyak kawan-kawan daripada stam, stpm, diploma, master. secara totalnya. satu kelas cecah 60 orang. ye. memang ramai. senang lah korang nak bertemu jodoh . Hahahaha. kita ade bimbingan daripada akak-akak forth year, third year yang sangat-sangat matang dengan uiamg. So, banyakkan tanya mereka. mereka lebih berpengalaman lagi-lagi tentang kos kita. Insya Allah, Allah mudahkan urusan kita. amin.

10. banyak sangat-sangat majlis ilmu
ye. majlis ilmu banyak sangat. sampai kita sendiri rasa macam nak istikhoroh nak pergi majlis ilmu yang mana satu. tak kisah lah. yang penting, kat sini, rebutlah ilmu yang kita nk rebut. pergi la majlis-majlis ilmu. saya suka gi majlis ilmu ni, sebab saya dapat ilmu baru. ilmu yang saya pernah dengar cuma tak berapa mendalam. kita dapat tahu something dengan lebih mendalam. best kan. Dan, ade mcm-mcm jenis majlis ilmu. yang jenis motivasi pun ade. yang jenis mentaddabur ayat quran pun ade. Rapatkan diri dengan masjid. Insya Allah tak rugi. Ade peluang tu, muslimat ni pergilah rebut peluang solat jumaat. Best sangat. Dengar khutbah yang sangat-sangat menusuk kalbu.

11. banyak sangat club kat sini.
Clubnya pun aktif-aktif. so join lah. kembangkan bakat anda. musical ade. taekwondo ade. aikido ade. karate ada. silat cekak, silat gayung ade semua, debat arab, melayu, inggeris semua ade. jangan risau. hehe. maaruf club pun ada. join lah maaruf club. amar maaruf nahu mungkar dong~. gemilang club pun ada. untuk yang sukakan kanak-kanak, akhi club pun ade. art club pun ada. teater pun ada.

12. charity run
yes, charity run sgt banyak. bukan run waktu pagi je. night run pun ada. pakej la untuk sesiapa yang bercita-cita nak bakar kalori sambil-sambil berjalan dan berlari bersama-sama kawan-kawan huhu. itulah pengalaman yang mahal untuk korang. Hidup bukan untuk kurus tetapi untuk sihat. So, niatkan dalam diri anda, anda berlari untuk menjadi lebih sihat. lebih cergas, nak berjihad menuntut ilmu ini. hehe.

13. jodoh everywhere.
haha. sapa-sapa masuk uia, niat nak kawin tu, perbetulkan niat dulu, belajar bagi habis, bagi mak ayah senyum lebar dulu, mak ayah pegang ijazah korang dan tampal gambar konvo korang kat dinding dulu haha. tetapi, kalau da jodoh, ayah ibu restu. doesnt matter. alhamdulilah. just proceed. cuma nak ingatkan kawin sambil belajar sesuatu yang tough. lagi-lagi, untuk bakal ibu. Kelas kita bukan satu tempat, bersepah tempat, naik tangga, turun tangga, assignment yang bertingkat-tingkat lagi. Mcm-mcm. tetapi kalau ibu ayah restu, Insya Allah, Allah permudahkan segala urusan anda. Tempuhi dengan sabar. Banyakkan bersabar. Nak membina sesuatu kita perlukan banyak kerahan tenaga, berjaga malam, senget sikit, kita padam, lukis yang baru, nak tegakkan tiang perlu kesabaran dan kesetiaan. nak letakkan atap, bukan mudah. atap yang terlampau berat merobohkan binaan, atap yang terlalu ringan boleh hilang begitu sahaja. memang bukan mudah. dan apa bila binaan itu mahu roboh, Senang sangat. cukup dengan jentera sudah roboh.

kerahan tenaga kita sudah tiada apa-apanya harga di mata kita.
SO, pikir elok-elok sebelum membuat sesuatu keputusan.


P/s: good luck korang. tahniah. welcome to iium. tepukan gemuruh untuk diri sendiri.







Saturday, 9 April 2016

PAKAI U MOBILE

bak kata siti dalam lagu dia ni...
"PERCAYALAHHHHH"
kasihmu lama tersulam...

percayalah u mobile mmg okey.
setakat yang aq guna ni.
aq tak tahu bila data aq habis hahahaa.

top up rm10 dapat free internet 1gb wey
dpat free call satu hal haduyyaiiiii...

kalo x mau bil2 dtg umah ,
beli je PREPAID
seyes laa haha.

aku beli kat uiam je.
aq promot kat kawan aku.
hurm terus dia beli.

"BOLEH JADI PROMOTER NI DUN2G2 HEHE"

haa tu laa. nk ceritanya.
suka hati la kan nk caya ke tak ehew

Friday, 8 April 2016

be beautiful

senang je tajuk aku.
beautiful pada kita ada mcm2 perkara.
ada yg kata, kalau kurus tu lawa da.
ada yg kata kalau muka bersih tak de jerawat tu lawa.
so cemana yg korang rasa lawa. hahak...

so pada aku lah,
cantik tu pada rupanya, pada akhlaknya juga, dan pada agamanya.
camne nk lawo wey..
cm2 ko boleh buat.

ada yang nk muka licin mcm retis tu
hari2 duk bermasker.
haha. aku suka gak buat bermasker2 ni.

so pilih lah.
kalau nk cantik akhlak,
lagi bagus.
cantik akhlak ni, pun ada byk views.

cth
kau sopan.
haaa cantik la akhlak tu
kau jumpa senior ke junior ke even janitor pun kau bagi salam
haa cantik akhlak la tu
kau salu kutip sampah
haa cantiklah akhlak laa tuh kah2

persoalannya sapa je tgok benda ni,
manusia?
they will said :
alah sok2 baik aja tu hahaa..

bukan remember kita hidup sebab nk tarik attention tuhan wey haha.
bukan nk tarik attention manusia .
manusia cemana suka pun ade juga dia rasa bosan.
dia akan rasa nk buat benda lain drpd lain. betul tak hehe.
sebab aku pun manusia dung..
haha.

aku pun ada rasa nk bermekap2 bagai.
ada. jgn kata tak de haha.


kalau nak petua wajah.... tunggu next post yerrrr hehe.
Motivation for MOVE ON.
Guys girls yang masih muda. Masih bernafas diberikan peluang utk melihat alam dan bertaubat. Cmne nak move on?
Move on drpd apa.
Move on drpd DOSA lah wey haha.
Sampai bila lah kita nk mengumpul dosa.
Ingat adik-adik, KEMATIAN itu PALING DEKAT sekali dalam DUNIA NI. Bukan benda lain.
Sedar tak?
So camne nak move on.

Firstly, RETURN to ALLAH NOW.
Bukan esuk, bukan lusa, bukan minggu depan baru nk return, return sekarang. Sekarang….. camne? Ya Allah, mudah dik, buka quran.. solat la  dengan sebenar-benar khusyuk…bukan susah dik. Ingat dik, Allah tu Maha Penyayang. Sangat lah sayang pada kita sampaikan Dia beri kita nafas baru utk bertaubat dan bertaubat.
Teringat akak syaf kata dlm ceramahnya,
“taubat dengan manusia satu COUPLE yang sgt sgt IDEAL”
Bukan UKHUWWAH, BUKAN PAK WE, BUKAN AWEK, tapi TAUBAT wey.
Betapa kita ni kena kamcing gila2 dengan TAUBAT.
Aku ni ade pengalaman hidup dengan org yang buat dosa berterusan. Setiap hari. Habis satu sem penuh dengan LAGHAH, LAGHAH , LAGHAH.
Bila ajak gi majlis ilmu, MASYA ALLAH beratnya tulang mengalahkan berat kren ..
Sabar jelah. ( mengarut pula dahh.. balik cita kita balikk)

Kedua, LISTKAN semua yang korang nk buat. SET GOAL !
Jgn biarkan hidup ni dengan makan tidur lepak je. JANGAN!!..
Ingat dik, “HIDUP INI INDAH”
Kalau org tgh murung, dia mesti tak rasa betapa indahnya HIDOP INI..
Org yg rasa indahnya hidup ini is org yg achieve goal diaorg lah haha.
So SET GOAL.
Hadis pertama sekali yg disebut dalam hadis 40 pun cerita pasal “niat”. Niat tu lah goal kita. Apa kita nak buat semua ade niat. EVEN nak lepak tidur makan dan bermalasan.
Yg korang perlu buat ialah CABAR DIRI KORANG.
Contoh, aku pernah cabar diri aku, cuba khatamkan quran dalam 3 bulan cuti. Aku berjaya achieve goal aku tu. Ye. Aku x dpt sijil pun tapi aku happy wey.
Goal ni tak yah lah yg jauh sgt dengan hidup kita zaman kita skrg,
Cth, kau budak university, but goal kau, nak dapat gaji rm 6000 sebulan walhal kau x masuk lagi pun alam pekerjaan. So dpt tak.
Dan jgn la abstrak sgt cthnya nak masuk syurga. Tpi kau x buat pun cara org nk masuk syurga . so list kan je what u want to achieve dan apa yg boleh korg capai dalam masa terdekat.
Kita kan da drpd jaman sekolah2 dulu mak ayah, cikgu, pakar2 motivasi sematkan pasal goal dalam study. Cthnya, kau spm tahun ni, pakar motivasi a ni kata tampal besar2 matlamat kau tu, 11 A+ SPM kat softboard, kat meja, kat mana2 yg kau senang nampak. Yes. Kita mmg didik utk berjaya dalam belajar je. Kita x didik utk buat goal utk achieve mardhatillah.
La apa kebenda pula dah mardhatillah. Ni nk citer. Sabo2. Mardhatillah ni Redha Allah. Susah nak capai Redha Allah ni.
So set goal cmne nk jadi hamba Illahi yang paling mantop sekali ! bukan jadi awek paling mantop tau. Tu manusia je pandang, Tuhan sikit pun tak heran. Yg kita fokuskan skrg is ATTENTION ALLAH. Kita nk tarik attention Allah beb. Attention Allah.
so, yg kau kena buat now, tulis, berapa kali dalam seminggu kau patutnya dhuha, berapa kali kau patut baca quran, jangan x baca walau sehari dik, bahaya. Sgt2 bahaya. Ana sendiri dah saksikan dan dah rasa hidup kosong tanpa ayat quran .
Third, jangan pernah berhenti BERTAUBAT !
solat taubat lah selalu dik. Tak rugi. Ingat dik, ibadah ni x kan merugikan kita walau sikit dik. X merugikan ! yang merugikan kita tu , wasep jate tino tu, dego lagu korea sampai sumbat telingo, tgok drama korea, movie2 cinta sampai bengkak2 mata. Allahu.
Tu yg kata tu sangat2 perlu kita move on drpd BEING FASIK. Apa kebendalah pula fasik nimmm…. Fasik ni irtikab kabair, istisror soghoir means buat buat satu dosa besar atau berterusan buat dosa kecik.
Warghh2 stress la bab2 ibadah ni tak reti!. Habis tu x reti, x yah buat ke ? wajib ni weyyyy!
Dalam quran ade mengatakan tujuan kita hidup atas muka bumi utk beribadah dik. So jgn give up dgn taubat. Sebab apa? sebab manusia x pernah give up utk buat dosa.
Forth, Rajin2 pergi MAJLIS ILMU.
Majlis ilmu ? wargh poyo2 je semua tu, tu bakal2 ustajah je pergi. Bakal2 ustaz je pergi. Bodak2 pordah je pergi. Bodak2 pakai tudung labuh smpai lutut je pergi. Aku ? aku x layak .
Jauhkan jauhkan prinsip tu. PRINSIP AKU X LAYAK BUAT BAIK, dik. Semua org layak buat baik. Sebab apa semua org disuruh utk beribadah kan. So semua org sgt2 layak utk buat baik. Pergi je.
X kisah la tudung pendek ke apa. Aku ulang balik, kau nk Tarik attention sapa ? Tuhan ke Manusia? Haa jawab. Kata nk masuk syurga. Buat cara nk masuk syurga. Ingat, bukan senang2 nk masuk syurga ni. Bayangkan lah nabi kita yang dijanjikan masuk syurga tu pun hari2 beribadah smpai bengkak-bengkak kaki. Nk masuk neraka ? senang wey senang sgt. Give up je dengan semua dlm dunia ni.
Biarlah kita kosong pergi majlis ilmu , kita akan lagi rasa nk  satu pengisian roh kita. Ingat, ilmu tu sgt2 luas, kau belaja, belaja, belaja, tapi tetap ada ilmu yg kau belum belaja, tetap ada yg kau x tahu, aku ulang. Tetap ada dik. Tetap ade. Jadi, pergilah majlis ilmu tak rugi .
Fifth, ISTIQOMAH.
Yes. Istiqomah. Apa kebendalah pula istiqomah ni. Allah, istiqomah ni amalan baik yang berterusan. Susah nk istiqomah ni tapi, TAK MUSTAHIL untuk melakukannya.
Bila adik2 semua da ade dlm jalan yang lurus, jalan yang menuju redha Allah, jangan patah balik yang tabiat2 dulu tu. Bakar semua tabiat2 tu. Jangan patah balik! . kalau patah balik, RETURN TO ALLAH now. Ingat tuh. Buat semua yg kat atas tu. Insya ALLAH adik akan dapat merasai halawatul iman. Apa benda pula dah halawatul iman tak reti arab lah kak. Tak pe2, halawatul iman tu kemanisan beriman kepada Tuhan kita.


Okey. Insya Allah dengan ilmu yang adik-adik dapat ni, membuatkan adik berkobar-kobar (acah2 cm katun dragonball tu) nak membuat perkara MA’ARUF. Bukan dengan cara register ma’aruf club tau. Haha.

Kenapa ya kenapa kena berubah sekarang .
Aku nk tanya kau nk kumpul dosa sampai bila. Hah? Sampai bila ? kalau ko x solat, sampai bila x nk solat. Sampai bila solat kita tu gred D je. Hah? Sampai bila? Jawab skrg  -_- . klo hari ni duk wasep2 pak we, sampai bila dik duk melayan shahwat jer, klo hari ni duk tgok porno, sampai bila dik nak tgok porno? Kalo hari ni, subuh gajah, sampai bila nak subuh gajah tu ?
Kenapa masa2 muda ni kena berubah.
Okey. Aku ade baca satu ayat katanya, pahala kita masa muda inilah yang ada utk masa kita tua dimana saat itu kita x mampu utk beribadah, tak mampu nk sujud, tak  mampu nk rukuk, solat pakai mata je, pahala masa muda inilah adik2. Jadi jika masa muda adik2 sibuk dengan benda2 laghoh, yg itulah yg teman adik masa tua nanti. Ingat senang ke tua2 nk jalan pi majlis ilmu ? sedangkan tempurung lutut pun dah x de. Berapa ramai org tua-tua yg x mampu da nk sujud. So ? muhasabahlah dik.
Move On skrg!!!

Ekhlas-hakakkatang.